Terima Kasih chef Joha Hassan beri izin copy and paste resipi ini.
Bahan2nya
2kg beras basmathi - direndam 20mins
5 batang lobak merah di potong dadu2 kecil
10gm koma2(saffron) di rendam di air susu suam panas
1 tin susu sejat (Evaporated Milk)
4 batang rempah kayu manis (1 inch panjang)
15 biji rempah buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 biji rempah bunga cengkih
1 inch kunyit segar - ditumbuk halus dengan akar ketumbar
2 labu bawang besar (kunning) di hiris
1 tangkai daun ketumbar - dihiris kasar
25 helai daun pandan yang diikat
1 mangkuk daun pudina
4 sudu besar bawang merah goreng
Garam secukup rasa
500ml air ros & campuran rempah2
250gm mentega
Cara2nya
Cairkan mentega di periok yang besar, sudah ia cair dan panas, letakan hirisan bawang besar, bila ia lembut, masukan rempah2 buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang.
Kemudian masukan rencah kunyit dan akar ketumbar yang di tumbuk, Goreng sebentar untuk bangkitkan aroma nya.
Kemudian letakan daun ketumbar dan daun pudina kisar dan lobak merah. Gaulkan semua bahan2 di dalam periok.
Tuangkan air semangkuk bersama susu cair dan air ros berempah bersama daun pandan yang di ikat.
Letakan garam secukup, rasa kuahnya biarkan ia lemak masin sedikit kerana beras nya akan meresap rasa garam nya. Bila ia mula mendidih, tuangkan beras basmathi yang sudah di rendam.
Masukan koma yang sudah direndam bersama susu cair. Letakan air secukup untuk memasak nasi nya. Paras air mesti lebihi paras beras dalam 1/2 inch. Rasa air di beras, tambahkan garam jika perlu.
Tutup tudong periok dan gunakan api yang sederhana, biarkan ia masak. Sesudah nasi nya kering, taburkan bawang merah goreng dan daun ketumbar segar bersama daun pudina.
No comments:
Post a Comment