Friday, January 3, 2014

Anda Selesa Dengan Amalan Anda?

ANDA SELESA DENGAN AMALAN ANDA? SEMASA DI DUNIA ORANG BERIMAN DAN AHLI SYURGA TIDAK SELESA DENGAN AMALAN MEREKA...

Insya Allah malam ini (2 Januari 2013) akan berkongsi sedikit ilmu di Masjid Ibn Sina Titiwangsa dalam Kuliah Bulanan (Khamis pertama). Kuliah ini saya namakan TADABBUR AL-QURAN.

Dalam kuliah lepas saya berkongsi tentang AYAT-AYAT SYURGA yang menghuraikan keadaan Syurga secara umum menurut al-Quran. Selepas kuliah saya ditegur oleh Ayah Angkat saya Tan Sri Abdul Ghani Aziz agar menghuraikan ciri ahli syurga secara lebih mendalam...dibimbangi sesetengah orang awam akan berasa selesa dan melihat syurga itu "seakan sudah menjadi milik mereka" dengan HANYA SEDIKIT AMALAN MEREKA.

Oleh itu, kuliah kali ini saya huraikan ciri-ciri ahli syurga. Tajuk bulan ini adalah: CHECKLIST AHLI SYURGA.

Antara ciri ahli syurga adalah TIDAK SELESA DAN SENANTIASA RISAU JIKA AMALAN MEREKA TIDAK DITERIMA. MEREKA JUGA ORANG YANG PALING TAKUT AZAB NERAKA..Firman Allah:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ

Ertinya: Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar (runsing jika amalan mereka tidak diterima Allah) kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka (al-Mu’minun[23:60]).

Juga firmanNya:


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا (65) إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا (66)

Ertinya: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan
Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"; (al-Furqan[25:65-66]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...