Monday, June 24, 2013

Jadilah Orang Tua yang Tidak Putus Pahalanya


JADILAH ORANG TUA YANG TIDAK PUTUS PAHALANYA

Alhamdulillah pagi ini (subuh @ 24/6/2013) berkesempatan solat Subuh bersama Tuan Guru Nik Aziz di masjid Pulau Melaka, Kedai Lalat. Bacaan solat subuh beliau amat pendek pagi ini, suaranya pun sangat perlahan, selesai solat beliau terus bangun bertongkat meninggalkan masjid. Nampak jelas keuzuran beliau.

Terlintas di hati firman Allah:

لَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ فى أَحسَنِ تَقويمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

ثُمَّ رَدَدنٰهُ أَسفَلَ سٰفِلينَ

Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

إِلَّا الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَلَهُم أَجرٌ غَيرُ مَمنونٍ

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus (al-Tin[95:4-6]).

Antara tafsiran ayat di atas menjelaskan orang Tua yg secara konsisten beribadah pada usia muda akan tetap diberikan pahala spt zaman muda walaupun jumlah ibadah pada usia Tua semakin berkurang dek kerana keuzuran (Tafsir al-Qurtubi).

Ayat ke surah al-Tin itu dijelaskan Allah dlm firman lain:

اللَّهُ الَّذى خَلَقَكُم مِن ضَعفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعدِ ضَعفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعدِ قُوَّةٍ ضَعفًا وَشَيبَةً ۚ يَخلُقُ ما يَشاءُ ۖ وَهُوَ العَليمُ القَديرُ

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa (al-Rum[30:54]).

* Inilah fitrah setiap manusia, usah takut kpd ketuaan TETAPI takutlah jika kemalasan beribadah pada usia muda tidak membantu kita di usia Tua.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...