Monday, January 21, 2013

MUDA LAGI SUDAH BERJASA..SEJAUH MANA CINTA KITA KEPADA RASULULLAH?


* Terpegun membaca sebuah hadith tentang kisah 2 pemuda Ansar yang terlibat dalam perang Badar. Maksud hadith itu secara ringkas:

Ketika Abdul Rahman Ibn ‘Awf berada dalam barisan sebelum tercetusnya perang Badar, beliau mendapati di sebelahnya 2 pemuda Ansar yang masih amat muda. 

Salah seorang daripada mereka bertanya: Wahai Pak Cik, adakah Pak Cik kenal si Abu Jahal?

Abdul Rahman menjawab: Ya! Mengapakah kamu bertanya tentang perihalnya?

Pemuda itu menjawab: KAMI MENDENGAR DIA SELALU MENCACI RASULULLAH SAW, DEMI (ALLAH) YANG JIWAKU BERADA PADA TANGAN/KUASANYA, JIKA AKU MENDAPATINYA SUDAH PASTI AKU TIDAK AKAN MELEPASKANNYA SEHINGGALAH DIA MATI TERLEBIH DAHULU DARIPADA KAMI. Abdul Rahman begitu terpegun dan mendapati temannya juga berkata demikian. Setelah menunjukkan kepada mereka berdua yang mana satu Abu Jahal, mereka segera meluru ke arah Abu Jahal dan membunuhnya…Mereka berdua adalah Mu’adh ibn ‘Amru ibn al-Jamuh dan Mu’adh atau Mu’awwidh ibn ‘Afra’ (Sahih Muslim dalam Kitab al-Jihad Wa al-Siyar).

*Rasulullah SAW begitu istimewa kepada para sahabat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan cinta kepada baginda Rasulullah. Sejauh mana pula cinta kita kepada baginda? Jangan pula sampai kita yang menghina baginda dengan mempersendakan agama Allah.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Ali ‘Imran[3:31]).





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...