Monday, December 24, 2012

Lafaz Amin sesudah bacaan al-Fatihah


Lafaz Amin sesudah bacaan al-Fatihah adalah suatu doa yang bermaksud: Terimalah daripada kami dan perkenankanlah doa kami. Ia berasal daripada hadith nabi: 




إِذَا أَمَّنَ الْإِمَامُ فَأَمِّنُوا فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ تَأْمِينُهُ تَأْمِينَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Ertinya: Apabila imam menyebut Amin, maka sebutlah Amin. Maka sesungguhnya sesiapa yang bersamaan bacaan Aminnya dengan bacaan Amin malaikat, diampunkan dosa terdahulu (Sahih al-Bukhari).

Lafaz (آمِين) Amin sesudah bacaan al-Fatihah bukanlah al-Quran yang menuntut pembacanya mengikut kaedah Tajwid. Menurut Imam al-Nawawi terdapat 4 kaedah bacaan Amin sesudah al-Fatihah iaitu:

1) Bacaan secara panjang (lebih 2 harakat) tanpa membaca tasydid pada Mim (آمِين)

2) Bacaan secara Qasar (2 harakat) tanpa tasydid pada Mim (ءَامِين)

3) Bacaan secara IMALAH “EMIN”.

4) Bacaan secara panjang (lebih 2 harakat) dengan mentasydidkan Mim (آمِّين)

Walau bagaimanapun, bacaan yang pertama dan kedua adalah yang paling masyhur (al-Nawawi, al-Adhkar, Bab al-Qira’at Ba’d al-Ta’awwudh, hal 41) 

sumber:Ustaz -Abdullah Bukhari Abdul Rahim
*selamat maghrib :)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...