Monday, October 8, 2012

Surah Al-Isra' (17:23-24)


Lepas solat zohor tadi terjumpa Dato’ Shukri, Mufti Negeri Kelantan. Beliau adalah ayah kepada Ustaz Mohd Nabil kawan sekelas kami di Ma’ahad Muhammadi Lelaki dahulu (batch 1987-1993). Ustaz Mohd Nabil sekarang bertugas sebagai Qadi di Bachok, Kelantan. Alimnya sama seperti ayahnya. Dato’ Shukri hadir ke UIAM hari ini menyaksikan majlis graduasi anaknya. Malangnya tak sempat pula nak bergambar!

Ramai sekali ibu bapa di UIAM hari ini. Mereka hadir dengan rasa gembira terpancar di wajah menyambut majlis graduasi anak-anak mereka. Bukan semua rakyat Malaysia bertuah memperolehi ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia...saya pun tidak berpeluang. Yang pasti kegembiraan ibu bapa anda pada hari ini adalah salah satu manifestasi arahan Allah dalam ayat ini:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَ
رْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Isra’[17:23-24]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...