Saturday, January 7, 2017

KOMENTAR BUKU: CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR

KOMENTAR BUKU: CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Sebuah buku yang perlu dibaca semua. Ia cukup rencah kehidupan beberapa orang doktor yang jarang kita nampak atau ketahui. Buku ini adalah diari ringkas para doktor. Buku ini ada informasi yang sangat berguna untuk orang awam. Juga ada kisah lawak ringkas antara doktor dan pesakit.

Saya cadangkan semua anda di luar sana agar MEMBACA BUKU INI...

Antara isi yang sangat berguna untuk kita ketahui:

- Para doktor ADALAH MANUSIA yang wajib dikasihani.

- Pesakit sepatutnya menghargai pengorbanan pekerja perubatan dan bukannya mencari salah mereka untuk viral di media sosial.

- Sebab mengapa tempoh menunggu di Hospital kerajaan agak lama (ms 66-71).

- Kisah pengorbanan doktor wanita yang ikhlas bekerja sehingga keguguran bayi yang hanya menunggu hari untuk bersalin. Kisah ini mampu menitiskan air mata (ms 92-101).

- Perubatan moden vs perubatan Islam ms 39-44). Wajib baca..

- Bahaya ubat alternatif yang tidak lulus kajian klinikal.

- Mengapa tiada testimoni NEGATIF pada ubat alternatif?

- Sudut jihad dalam profesyen kedoktoran.

- The risk is real!

- Maksud istilah KNBM (Keep Nil By Mouth atau Puasa , DIL (Death In Line) DNR (Do Not Resuscitate), serta justifikasi prosuder setiap istilah. Semua term ini menunjukkan betapa profesyen perubatan memiliki standard pengurusan yang tinggi (ms 112-115 & 128-130).

- Faham pengorbanan seorang jururawat di Hospital. Mereka adalah insan yang sangat mulia.

- Tamparan sepatu. Kisah pesakit menyedarkan doktor agar pergi solat berjemaah (ms 147-149).

- Dilema doktor yang dituduh pemalas sehingga menyebabkan kematian. Penjelasan yang cuba diberi tidak diterima atau tidak cuba diterima ahli waris (wajib baca pada ms 150 - 154).

- Kerja gila. Kisah doktor yang merawat anak yang sakit dimaki hamun. Selepas anaknya meninggal dunia, si ibu hilang kewarasan lalu membuat report polis mendakwa hospital menculik anaknya (ms 167-170).

- Cara kreatif dan unik dietitian ajar pesakit tentang kencing manis (198-201).

*****

Isi buku ini mengingatkan saya kepada "luasnya ilmu Allah" yang dikurniakan kepada manusia melalui berbagai disiplin ilmu, antaranya adalah ilmu perubatan yang jelas menampakkan KUASA ALLAH PADA JASAD MANUSIA:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Ertinya; Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan "PADA DIRI MEREKA SENDIRI", sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan setiap sesuatu?(Fussilat [41:53]).

KESIMPULANNYA. ..saya suka dan banyak belajar dari buku ini. Kalau berkesempatan bertemu semua penulisnya. ..RASA SANGAT NAK BELANJA MEREKA....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...