Monday, November 4, 2013

AHLI QURAN (PARA HAFIZ) SEPATUTNYA MENJADI FAQIH!

AHLI QURAN (PARA HAFIZ) SEPATUTNYA MENJADI FAQIH!

Petang ni (26/10/2013) sedang study utk kuliah di masjid Sg. Tua Selayang, terjumpa frasa yg seharusnya saya kongsi kan dgn para Sahabat di luar sana.

Saya sarankan kpd DIRI SAYA & para hafiz al-Quran di luar sana. Para ulama hebat sepanjang zaman memiliki al-Quran Dalam jiwa mereka. Marilah kita contohi mereka.

Al-Dhahhak berkata:

الضحاك في قوله: { بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ }: حق على من تعلم القرآن أن يكون فقيهاً

Memang patut kepada orang yg mempelajari al-Quran MENJADI SEORANG YG FAQIH (MENDALAM PENGETAHUAN AGAMANYA) Tafsir Ibn Kathir pada tafsiran ayat ini:

ما كانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤتِيَهُ اللَّهُ الكِتٰبَ وَالحُكمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقولَ لِلنّاسِ كونوا عِبادًا لى مِن دونِ اللَّهِ وَلٰكِن كونوا رَبّٰنِيّۦنَ بِما كُنتُم تُعَلِّمونَ الكِتٰبَ وَبِما كُنتُم تَدرُسونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya (Ali 'Imran[3:79]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...