Tuesday, April 25, 2017

AYAH BONDA ADALAH WALI KERAMAT

AYAH BONDA ADALAH WALI KERAMAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Sungguh! Ibu bapa adalah insan penuh keramat. Saya pernah mengalami bukti keramatnya ibu ketika berusia 14 tahun. Pada suatu pagi saya berselisih faham dengan ibu, lantas saya keluar ke sekolah dalam perasaan marah kepada ibu walaupun salahnya jelas di pihak saya. Itulah gelojak jiwa si anak remaja yang bodoh. Ketika hampir sampai ke jalan raya untuk menaiki bas ke sekolah, tiba-tiba saya dengar satu bunyi kuat dari atas. Bunyi kelapa gugur!

Astaghfirullah! Biji kelapa kecil itu “HINGGAP TEPAT ATAS KEPALA SAYA.” Saya hampir jatuh terduduk kerana sakitnya tak terkira. Pada waktu itu rasa bersalah segera hinggap ke dalam minda. Pagi itu saya mendapat “teguran tunai” dari Allah atas kebiadaban dengan ibu. Pulang sahaja dari sekolah petang itu, saya segera memohon maaf dan mencium ibu. 

Sekarang, kisah itu sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Abah dijemput Allah pada tahun 2007. Manakala pada tanggal 17 April 2017 lepas tepat jam 6:38 pagi, bonda saya Kamariah binti Haji Mohd Nor pula dijemput Allah setelah hampir 4 tahun bertarung hidup dalam koma di Kelantan. Ibu jatuh koma pada tahun 2013 kerana serangan jantung dan strok.

Saya antara yang paling kurang jasa kepada ibu setelah beliau koma di Kampong kerana Allah takdirkan rezeki saya berada di Selangor. Saya cuma mampu pulang sebulan sekali menjengok ibu. Adik beradik di kampong berpeluang menabur bakti menjaga rapi ibu. Jagaan adik beradik kami mendapat pujian para doktor yang merawat. Luka di belakang ibu cepat sembuh, kulitnya segar dan lembab. Pendek kata ibu kelihatan seperti puteri yang tidur nyenyak walaupun sedang koma.

Iri hati saya terhadap adik beradik yang begitu banyak jasa menjaga ibu selama tempoh koma mendorong saya berdoa tanpa putus:

“Ya Allah! Berilah aku peluang berbakti kepada ibu! Berilah rezeki agar aku dapat bersama ibu ketika Engkau menjemputnya. Berikan peluang padaku mengimamkan solat jenazahnya dan berikan aku peluang untuk menyambut ibu masuk ke liang lahad.”

Alhamdulillah! Ternyata Allah sangat Pemurah kerana doa saya itu dimakbulkan sepenuhnya ketika ibu dijemput pulang oleh Allah. Pengorbanan abah dan ibu mendidik serta membesarkan kami 11 beradik sangat besar. Antara resepi utama mereka berdua adalah doa, doa dan doa.  Antara doa wajib yang selalu diulang oleh abah selepas kami selesai solat berjamaah adalah doa nabi Ibrahim AS yang direkodkan Allah dalam al-Quran:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang yang soleh!" (al-Saffat [37:100]).

Ternyata abah dan ibu sangat menjiwai sabda Rasulullah SAW ini:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ertinya: 3 jenis doa yang tiada keraguan pada penerimaannya (oleh Allah), iaitu doa (ibu) bapa kepada anaknya (sama ada doa yang baik atau buruk), doa orang musafir dan doa orang yang sedang dizalimi (Sunan Abu Dawud).

Bakti kepada ibu bapa menduduki carta kedua selepas ketuhanan Allah. Buktinya, Allah selalu menggandingkan kepentingan menjaga Hak-Nya sebagai Tuhan bersama hak ibu bapa dalam banyak ayat (al-Baqarah[2:83], al-Nisa’ [4:36], al-An’am[6:151], al-Isra’ [17:23-24]  dan Luqman [31:13-14]). Dengan kata lain, derhaka kepada Allah dan ibu bapa menjadi 2 dosa besar yang wajib dihindari sejauh mungkin. Bukan setakat itu, hak bapa dalam nasab serta penamaan anak-anak adalah hak ekslusif yang diwartakan Allah. Menafikan hak itu termasuk dalam dosa besar yang dilarang Allah:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Ertinya: Panggilah anak angkat itu dengan ber"bin"kan kepada bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui (siapa nama) bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara seagama denganmu dan sebagai "maula-maula" kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Ahzab [33:5]).

Hubungan anak dengan ibu pula berada pada tahap yang lebih tinggi kerana ibu menanggung susah yang jauh lebih hebat. Susah “asasi” dalam kandungan dan susuan sahaja sudah mencecah 30 bulan sebagaimana firman Allah:

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا

Ertinya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan… (al-Ahqaf [46:15]).

Cara mengenang jasa ibu bapa kita yang masih hidup atau sudah dijemput Allah adalah dengan menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan pengampunan kepada mereka. Ia direkodkan Allah dalam kisah doa nabi Ibrahim AS:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ertinya: "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Ibrahim [14:41]).

Juga doa nabi Nuh AS:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Ertinya: "Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!" (Nuh[71:28]).

Akhir kata, bagi menghibur jiwa orang yang diuji kehilangan ibu bapa tercinta, ketahuilah bahawa perpisahan itu hanya seketika. Kita bakal bersatu kembali  dengan mereka dalam syurga kelak “jika kita turut bersatu dalam iman dan taqwa” bersama mereka semasa di dunia ini. Bukan saya kata, tetapi Allah sendiri yang jamin dalam firman-Nya:

وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalan mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur[52:21]).

Bahkan dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW turut menegaskan perkara yang sama:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ أَنَّى لِي هَذِهِ فَيَقُولُ بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Ertinya: Sesungguhnya Allah akan benar-benar mengangkat kedudukan hamba yang soleh dalam syurga kelak. Dia pun akan bertanya: Wahai Tuhanku, bagaimana mungkin aku mendapat kedudukan (yang tinggi sebegini sedangkan amalku tidak seberapa). Allah lalu menjawab: Ia berkat anakmu yang selalu memohon pengampunan (kepada Allah terhadap) dosamu  (Musnad Ahmad).

Ayuh! Tingkatkan usaha kita semua menjadi anak yang soleh agar ni’mat bahagia, rindu dan cintakan ibu bapa terus bersambung di akhirat kelak. 

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, April 23, 2017

BENARKAH KISAH PEDANG UKASYAH YANG AJAIB?

BENARKAH KISAH PEDANG UKASYAH YANG AJAIB?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Ketika remaja dahulu (1991 - 2000) kami biasa membaca komik alih Bahasa dari Hong Kong. Antara komik kegemaran ramai adalah Pedang Setiawan dan Wira Sakti karya pelukis kidal Hong Kong Ma Wing Shing. Watak Wira Wah, Pedang Sakti, Penjejak Awan, Penjejak Badai, Pendekar Tanpa Nama memang tidak asing pada kami. Begitu juga nama pedang mereka seperti pedang istimewa, pedang salji, pedang pendekar, pedang merah dan sebagainya. Sehingga kini ada ramai kawan memakai nama samaran dalam facebook dengan nama watak tersebut.

Ketika membaca sirah perang Badar saya terbaca sebuah riwayat “pedang yang ajaib.” Ia melibatkan kisah pedang seorang sahabat nabi yang patah. Setelah pedangnya patah, ‘Ukasyah bin Mihsan datang menemui Rasulullah SAW. Baginda mencabut sebatang ranting kayu lalu mengarahkan beliau berperang dengan ranting tersebut. Setelah berada dalam tangannya, ranting tersebut bertukar menjadi sebilah pedang panjang yang kuat, tajam menghiris dan bersinar penuh kilatan. Beliau menggunakan pedang itu bertempur menentang Muysrikin Quraysh dalam perang Badar dan akhirnya umat Islam mendapat kemenangan yang gemilang. Pedang itu kekal bersamanya dalam banyak perang lain. pedang itu kemudiannya dinamakan sebagai – العَون – PEMBANTU. Kisah ini disebut dalam banyak riwayat seperti Sirah Ibn Ishaq, Sirah Ibn Hisyam, Zad al-Ma’ad oleh Imam Ibn al-Qayyim.

Walau bagaimanapun, riwayat ini dipertikaikan kesahihannya oleh Imam al-Dhahabi dalam kitabnya Siyar A’lam al-Nubala’ kerana riwayat ini dinuqil oleh Ibn Ishaq “tanpa sanad.” Pihak yang mempertahankan kisah ini pula menyatakan ia sebahagaian dari Mukjizat Rasulullah SAW. Pun begitu, sebarang mukjizat baginda perlu disokong oleh nass yang kuat dan nass disokong pula oleh sanad atau rantaian periwayatan yang kukuh. Bak kata Abdullah ibn al-Mubarak:

الْإِسْنَادُ مِنْ الدِّينِ وَلَوْلَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

Ertinya: Isnad (rantaian periwayatan dalam mengukuhkan kesahihan sesuatu periwayatan) termasuk dalam tuntutan agama. Jika tiada (tangung jawab meneliti) isnad, sudah pasti sesiapa sahaja boleh berkata dan mendakwa sesuatu (tanpa bukti) (Sahih Muslim).

Ketidak-sahihan kisah “pedang ajaib ‘Ukasyah” ini juga dikritik oleh pengkaji moden seperti Muhammad bin Abdullah al-‘Awsyan dalam bukunya (ما شاع ولم يثبت في السيرة النبوية  - Apa banyak tersebar dalam kitab sirah tetapi tidak sahih).

Saya insan kerdil dan tidak berilmu. Biarlah para ulama berselisih pandangan dalam kajian dan pendapat mereka. Saya lebih suka memfokuskan kelebihan ‘Ukasyah dengan riwayat yang lebih sahih. Tanpa bantuan pedang ajaib bergelar al-‘Awn sekalipun, ‘Ukasyah tetap istimewa kerana sudah mendapat tiket ke syurga berkat doa Rasulullah SAW dalam hadith ini:

يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِي زُمْرَةٌ هُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا تُضِيءُ وُجُوهُهُمْ إِضَاءَةَ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ الْأَسَدِيُّ يَرْفَعُ نَمِرَةً عَلَيْهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ ثُمَّ قَامَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَقَالَ سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

Ertinya: Sejumlah 70 ribu manusia dari umatku akan masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka bersinar seperti bersinarnya bulan penuh pada malam bulan purnama. … ‘Ukasyah bin Mihsan al-Asadiy lantas mengangkat baju kulitnya (seperti kulit harimau) sambil berkata: Ya Rasulullah, doakan untukku agar aku termasuk dalam kumpulan mereka. Rasulullah berdoa: Ya Allah! Jadikan dia dari kumpulan itu.  Kemudiannya seorang lelaki Ansar bangun dan berkata sama sperti Ukasyah. Baginda menjawab: “Ukasyah sudah mendahuluimu (dalam mendapat kelebihan itu) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

‘Ukasyah sudah pasti istimewa kedudukannya dalam Islam sama ada dengan kisah pedangnya atau tidak. Sumbangannya juga sudah terpaku kemas dalam sejarah perang Badar walaupun bukan semua ulama setuju dengan kisah pedangnya. Ayuh bersama mencontohi beliau berbakti untuk Islam. Mana tahu kita akan bertemu dengan ‘Ukasyah dalam syurga kelak. Bila bertemu nanti, tanyalah sendiri padanya “benarkah pedang anda begitu ajaib bagai yang dikata? 

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, April 20, 2017

Second Day Kursus Haji Intensif

Today we attended Day Two of the Kursus Haji Intensif.  After lunch and solat there was a written test for us Hajj pilgrims.

Alhamdulillah I managed to score 23 out of 25 questions.

Wednesday, April 19, 2017

Kursus Intensif Haji

This morning hubby and I attended a two days Kursus Intensif Haji at Masjid Penjara Kajang. I wore my full Ihram attire, all white, including my shoes.

The men were taught how to wear the Ihram using only two pieces of white cloth. Well....for today they need not remove their clothing when wearing the Ihram.

Then during lunch break I rushed home to check on Kak Ngah who was having morning sickness.  I was relieved when she was on the phone chatting with her bff.  Otherwise she would be sleeping all the time.  Alhamdulillah.

After I did solat zohor I returned to Masjid Kajang to attend the second half of the Kursus Intensif.

Alhamdulillah, completed day one.

Sunday, April 16, 2017

JANGAN TERLEBIH PUJI KERANA HANYA AKU TAHU DOSAKU

JANGAN TERLEBIH PUJI KERANA HANYA AKU TAHU DOSAKU

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Selesai kelas Tafsir semalam (15 April 2015), seorang murid tampil memuji:

“Masya Allah! Ayat al-Quran memang mengalir laju dari lidah Ustaz.”

Sejurus itu segala dosa mulai menerjah masuk ke dalam minda. "Aduh! Malu sekali aku menerima pujian itu sedang dosaku tidak kurang timbunannya. Jika yang memuji tahu segala koleksi dosaku, usahkan memuji menjeling pun tak mahu."

Ketika dipuji usahlah kembang hidung atau gembira, sebaliknya “SEGERALAH INGAT DOSA KITA BAGI MENGELAKKAN DIRI HANYUT TERBANG DI AWANGAN.” Jika dosa kita “meninggalkan bau busuk” menusuk hidung sudah pasti tiada siapa yang akan memuji. Sahabat Rasulullah SAW sangat halus jiwanya. Sejurus dipuji mereka segera berdoa:

كان الرجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا زكي (1) قال : الَلَّهُمَّ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ ، وَاغْفِرْ لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ

Ertinya: Seorang sahabat Rasulullah SAW apabila dipuji akan segera berdoa: “Ya Allah! Jangan Engkau hukumku atas apa yang mereka katakan (puji) dan ampunkanlah dosaku apa yang mereka tak tahu (akan dosa yang selalu aku lakukan) (Al-Adab al-Mufrad Imam al-Bukhari).

Dalam riwayat lain ditambah pula lafaz:

وَاجْعَلْنِي خَيْرًا ِممَّا يَظُنُّونَ

Ertinya: Dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka (Sya’b al-Iman Imam al-Bayhaqi).

Tidak dinafi, adakala pujian itu baik untuk meransang pencapaian sesetengah orang atau anak-anak. Pun begitu wajib juga diingat, puji boleh jadi bahaya dan beracun jika tidak diurus sebetulnya. Berapa ramai bangsawan, orang kenamaan, cerdik pandai, ilmuan dan ramai lagi menderita “SAKIT SUKAR DITEGUR” kerana selalu menerima pujian. Mereka menjadi ketagihan pujian dan hanya mampu bergerak setelah disuntik dengan “STEROID PUJIAN.”

Oleh kerana itu Rasulullah SAW memang “DOKTOR ROHANI” terbaik apabila bersabda agar pujian dielakkan:

جَاءَ رَجُلٌ فَأَثْنَى عَلَى عُثْمَانَ فِي وَجْهِهِ فَأَخَذَ الْمِقْدَادُ بْنُ الْأَسْوَدِ تُرَابًا فَحَثَا فِي وَجْهِهِ وَقَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا لَقِيتُمْ الْمَدَّاحِينَ فَاحْثُوا فِي وُجُوهِهِمْ التُّرَابَ

Ertinya: Pada suatu hari seorang lelaki memuji Uthman di depannya. Miqdad bin al-Aswad lalu mengambil tanah dan menaburnya ke atas muka lelaki tersebut seraya berkata: Rasulullah SAW berpesan “Apabila kamu bertemu dengan orang yang suka memuji maka taburkan tanah (debu) ke atas muka mereka” (Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi).

Allah juga menegaskan jangan terlalu suka dipuji kerana ia sangat beracun:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى

Ertinya: (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; “MAKA JANGANLAH KAMU MEMUJI-MUJI DIRI KAMU (BAHAWA KAMU SUCI BERSIH DARI DOSA).” Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa (al-Najm[53:32]).

Bersyukurlah kepada Allah yang sangat Pemurah dan Penyayang kerana banyak menutup aib kita sehingga mudah mulut manusia memuji kebaikan kita. Dengan penutupan aib itu, tampaklah kita sebagai manusia terhormat dan baik pada mata manusia. Apa nak buat, sesetengah manusia memang ikhlas memuji tanpa madah berhelah. Biarkan mereka. Bila menerima pujian, segeralah ingat segala dosa yang pernah dilakukan kerana ia adalah antibiotic rohani yang sangat mujarab bagi mengelakkan hati kita dijangkiti sakit “sukar menerima teguran.” Mohon dijauhkan Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, April 15, 2017

ALLAH MEMANGGIL MANUSIA PULANG DENGAN MUSIBAH

ALLAH MEMANGGIL MANUSIA PULANG DENGAN MUSIBAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-Sajdah [32:21]) pada 14 April 2015. Antara isunya adalah kesatuan antara syariat nabi Muhammad SAW dan Musa AS.

Manusia banyak jenis. Ada yang lembut hatinya bak air, sekali sentuh terus berkocak. Ada yang liat, disiram berkali-kali baru lembut. Ada juga yang keras membatu. Kalau setakat sentuhan manja atau siraman air panas pun masih belum terjejas kerasnya. Hanya tukul besi sahaja mampu memecahkan egonya. Kadang kala bagi manusia jenis batu, hatinya hanya akan bergetar setelah dilanda taufan musibah atau menerima tamparan hebat dari Allah:

وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Ertinya: Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), SUPAYA MEREKA RUJUK KEMBALI BERTAUBAT (al-Sajdah [32:21]).

Asalnya ayat ini bertujuan menyedarkan Musyrikin Mekah yang degil menolak Islam bawaan Rasulullah SAW. Berbagai azab menimpa mereka seperti kemarau, kesusahan dan kekalahan dalam perang Badar (Tafsir al-Jalalayn). Benar! Ramai yang tersentak sedar akibat musibah tersebut lalu menerima Islam seperti Khalid bin al-Walid, ‘Amru bin al-‘As, Ikrimah bin Abu Jahal, ‘Abbas bin Abdul Mutalib, Abu Sufyan, Mu’awiyah dan beberapa yang lain.

Dalam ayat lain juga Allah berfirman dengan nada yang sama:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Ertinya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, SUPAYA MEREKA KEMBALI (INSAF DAN BERTAUBAT) (al-Rum [30:41]).

Kedua ayat bersatu pada lafaz hujungnya yang datang dalam “Adat al-Tarajjiy” atau perkataan yang membawa maksud harapan – لعل  - mudah-mudahan. Sebarang ayat yang disebut dengan lafaz ini mampu dicapai oleh manusia yang berusaha. Ringkasnya keinsafan dan kesedaran untuk kembali ke pangkal jalan MEMANG TERBUKA DAN MAMPU DICAPAI MANUSIA DERHAKA apabila menerima musibah dan azab duniawi.

Allah tidak zalim kerana menjentik manusia degil dengan kasar. Allah sebenarnya sangat sayang hambaNya kerana masih memberi peluang dengan teguran musibah. Ia samalah seperti sayang ibu bapa terhadap anaknya yang degil. Rotan si ayah bukan kerana benci tapi demi untuk mendidik dan menyedarkan anak yang sangat dengil melawan agar tidak memudaratkan diri. Selepas ini, apabila berlaku musibah, bersyukurlah kerana ia satu manifestasi teguran dan kecaknaan Allah pada kita. Sabda Rasulullah SAW:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Ertinya: Tiadalah menimpa seorang Islam sesuatu kepayahan, kesakitan, kesedihan, kedukaan, penindasan, sehinggalah sepotong duri yang nenikamnya melainkan Allah akan menghapuskan dengannya(kesusahan itu) dosa-dosanya (Sahih al-Bukhari).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Kursus Haji - Closing

This morning when hubby and I arrived at Masjid Penjara Kajang for our Kursus Haji, we noticed there were no shoes left on the rack provided, on our way to the Masjid's car park. Then hubby exclaimed that the jemaah were at the area near the football field. Oh no! I thought the practical for Hajj kursus is next week.

Then when we joined the jemaah, the ustaz was already explaining the Hajj ritual when in Mudzalifah and Mina. Then followed by Tawaf and Saie. Props were used for all these rituals. Alhamdullillah.

We then went to Kelinik Dr Karim for our additional vaccination which is Influenza and Pneumoccocol. Cost of the vaccination for hubby and I, RM320. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...