DOA HINDAR AZAB BERASAL DARIPADA DOA ORANG KAFIR?
Tak dinafi, doa terbaik adalah doa dari al-Quran dan al-Sunnah. Pun begitu, setiap doa dalam al-Quran ada konteksnya tersendiri. Bukan sewenang-wenangnya boleh kita petik untuk diamalkan. Contohnya doa ini. Nilailah sendiri adakah wajar ia kita baca?
وَقَالُوا رَبَّنَا عَجِّلْ لَنَا قِطَّنَا قَبْلَ يَوْمِ الْحِسَابِ (16)
Ertinya: Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): "Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)" (Sad 38:16).
Doa ini adalah doa ejek orang Mekah terhadap Nabi SAW. Memang biadab kerana mereka mahu Allah segerakan azab ke atas mereka. Sangat tak patut jika kita turut membaca doa ini hanya kerana TERTARIK DENGAN PERKATAAN RABBANA – WAHAI TUHAN KAMI – yang biasa menjadi pembuka doa.
Baru sekejap orang berkongsi doa yang dikatakan elok diamal untuk menghindar azab COVID 19. Ia dipetik dari al-Quran:
رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ
Ertinya: (Pada saat itu Musyrikin Quraysh yang dilanda musibah kemarau panjang dek kerana kedegilan mereka tak mahu beriman dengan Nabi Muhammad SAW berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini daripada kami, sesungguhnya kami akan beriman!" (al-Dukhan 44:12).
Zahirnya nampak sangat sesuai dibaca bagi menghindari COVID 19, namun begitu kisah di sebalik doa ini wajib diketahui terlebih dahulu. Saya percaya selepas kita tahu kisah doa ini, kita akan tersentak seketika untuk mengamalkannya.
Kisahnya, penduduk Mekah pada zaman nabi sangat degil menolak Islam dan melakukan berbagai sabotaj terhadap perkembangan Islam. Baginda lalu berdoa agar mereka ditimpa azab kemarau seperti kemarau zaman nabi Yusuf AS. Berikutan doa baginda SAW itu, mereka derita kemarau sehingga kelihatan asap tebal (al-Dukhan yang menjadi sempena nama surah ini) musim kemarau meliputi langit Mekah. Terdesak dengan situasi tersebut mendorong mereka merayu kepada Allah dengan DENGAN MEMBACA DOA DI ATAS (Sahih al-Bukhari, Hadith no 4445 & 4448).
Ini sebabnya apabila ada teman berkongsi doa ini untuk dibaca sebagai ikhtiar menolak bencana COVID 19 saya tersentak seketika. Mungkin ada yang berkata, memang asalnya doa ini berasal daripada rintihan Musyrikin Mekah, tetapi maknanya tetap boleh dipakai untuk menolak bencana COVID 19.
Saya jawab begini, jika ia bagus dibaca ketika bencana melanda pastinya Rasulullah SAW yang terlebih dahulu membaca dan menyarankannya agar kita baca. Sebaliknya baginda mengajar banyak doa lain seperti:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئْ الْأَسْقَامِ
Ertinya: “Ya Allah! Aku mohon perlindunganmu dari (bahaya) penyakit sopak, gila, kusta dan semua penyakit yang bahaya" (Sunan Abu Dawud dan Musnad Ahmad).
Saya juga tak jumpa dalam mana-mana hadith Sahih nabi arahkan kita baca doa dalam surah al-Dukhan ayat 12 di atas untuk hindari azab atau bencana yang melanda. Oleh itu, berpada-padalah dengan doa yang JELAS DARIPADA BAGINDA TENTANG CARA MENGHINDARI WABAK PENYAKIT. Semoga Allah rahmati kita semua dan segera menghapuskan COVID 19 INI.
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
19 Mac 2020.

No comments:
Post a Comment