KALAU BENAR MIMPI NABI SEBUT SUMAC UBAT COVID SARANLAH PADA WHO!
Hairan saya! Semua mesej masuk wassup group terus ditelan tanpa risau. Jika kita risau tertelan racun yang boleh memudaratkan tubuh, KITA SEPATUTNYA LEBIH RISAU MENELAN DAKWA DAKWI tak pasti tentang agama. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan NABI KITA SAW.
Terbaru orang berkongsi kisah mimpi seorang wanita alim Turki yang bermimpi bertemu Nabi sebanyak 2 kali. Dalam mimpi itu Nabi menyatakan ubat CORONA VIRUS adalah Sumac sejenis herba seiras Za'faran.
Jika kita mencipta sesuatu dakwaan palsu pada Yang Dipertuan Agong, atau mendakwa bermimpi YDPA mengarahkan sesuatu yang tak pasti, lalu kita sebarkan dakwaan dan mimpi itu serata Malaysia, apa agaknya pihak Istana negara atau pihak polis lakukan? Anda mungkin ditahan atas dakwaan MENGHINA YDPA.
Itu baru YDPA...sebarang dakwaan atas nama nabi jauh lebih bahaya! Dakwa dakwi tanpa bukti atas nama Nabi termasuk dosa besar yang wajib dielakkan.
Mimpi tak boleh dijadikan hujah. Mesej tersebut cuba menunggang pula sebuah hadith nabi yang mengatakan:
مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ أَوْ لَكَأَنَّمَا رَآنِي فِي الْيَقَظَةِ وَلَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي
Ertinya: Sesiapa yang melihatku dalam mimpinya, maka dia akan MELIHATKU KETIKA SEDAR, ATAU DIA SEAKAN-AKAN SUDAH MELIHATKU KETIKA SEDAR, SESEUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK DAPAT MENJELMA DALAM RUPAKU (Sahih al-Bukhari, Muslim, Sunan Abu Dawud).
Hadith ini sahih tanpa pertikai. Tapi cara penyebar mesej sandarkan hadith ini yang jadi pertikaian. Pernah saya dengar kisah seorang wanita menjadi pengikut tegar Ayah Pin selepas bermimpi melihat Ayah Pin duduk bersebelahan dengan Nabi. Lalu dia terus memasang akidah, Ayah Pin direstui Nabi dalam perjuangannya.
Hadith mimpi bertemu nabi perlu diaudit terlebih dahulu. Panjang huraiannya.
Jika benar mimpi itu datang daripada Nabi, sabarlah seketika. Jangan terus disebar dengan yakin SEBALIKNYA MOHON PARA DOKTOR ATAU SAINTIS ATAU WHO SUPAYA KAJI APA NUTRISI DALAM SUMAC. Adakah benar ia mujarab untuk membunuh CORONA VIRUS? Jika benar berapa dosnya? Buktikan dahulu, barulah nampak umat Islam lebih cerdik dan berpijak di bumi nyata dan bukannya Umat yang suka merujuk pada mimpi atau suka bermimpi di siang hari.
Nasihat saya kepada semua pembac dan pengguna media sosial. Sabar! Sabar! Sabar! Jangan mudah mendakwa sesuatu atas nama Nabi kita yang tercinta. Sayangilah nabi kita secara betul mengikut landasan ilmu.
Abdullah BUkhari bin Abdul Rahim.
31 Mac 2020.

No comments:
Post a Comment