ANGGOTA TUBUH KHIANATI TUAN BADAN?
Malang sungguh jika babak ini berlaku kepada kita semua di akhirat kelak:
حَتَّى إِذَا مَا جَاءُوهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصَارُهُمْ وَجُلُودُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (20) وَقَالُوا لِجُلُودِهِمْ لِمَ شَهِدْتُمْ عَلَيْنَا قَالُوا أَنْطَقَنَا اللَّهُ الَّذِي أَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَهُوَ خَلَقَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (21)
Ertinya: Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan setiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan) (Fussilat 41:20-21).
Dalam sebuah hadith, nabi menjelaskan perkara sama:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مِمَّ أَضْحَكُ قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ مِنْ مُخَاطَبَةِ الْعَبْدِ رَبَّهُ يَقُولُ يَا رَبِّ أَلَمْ تُجِرْنِي مِنْ الظُّلْمِ قَالَ يَقُولُ بَلَى قَالَ فَيَقُولُ فَإِنِّي لَا أُجِيزُ عَلَى نَفْسِي إِلَّا شَاهِدًا مِنِّي قَالَ فَيَقُولُ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ شَهِيدًا وَبِالْكِرَامِ الْكَاتِبِينَ شُهُودًا قَالَ فَيُخْتَمُ عَلَى فِيهِ فَيُقَالُ لِأَرْكَانِهِ انْطِقِي قَالَ فَتَنْطِقُ بِأَعْمَالِهِ قَالَ ثُمَّ يُخَلَّى بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْكَلَامِ قَالَ فَيَقُولُ بُعْدًا لَكُنَّ وَسُحْقًا فَعَنْكُنَّ كُنْتُ أُنَاضِلُ
Ertinya: Anas bin Malik berkata, kami berada bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba baginda ketawa dan bertanya: “Tahukan kalian mengapa aku ketawa?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda menyambung: “(Aku ketawa) kerana mengetahui (kisah) percakapan antara seorang hamba dengan Tuhannya. Dia (si hamba) berkata: “Wahai Tuhanku bukankah Engkau berjanji akan menghindariku daripada sebarang kezaliman?” Tuhan menjawab: “Ya! Pasti!” Si hamba berkata: “(Jika begitu) maka aku tidak akan terima sebarang keputusan (hukuman) terhadap diriku melainkan dengan saksi daripada diriku sendiri” (kerana pensaksian para malaikat mungkin bias kerana malaikat sudah meragui kebaikan manusia sebelum Adam dicipta lagi). Allah berfirman: “Cukuplah dirimu sendiri menjadi saksi (auditor) ke atas perbuatanmu sendiri, juga para malaikat pencatat amalanmu menjadi saksi.” Setelah itu, mulutnya dikunci mati dan dikatakan kepada anggota badannya “Bercakaplah kamu.” Lalu semua anggota badannya berbicara tentang segala amalannya. Selepas itu, kunci pada mulutnya dibuka dan dia bercakap seperti biasa, lalu si hamba berkata (dalam keluhan): “Aduhai celaka! Dahulu aku selalu berhujah mempertahan kamu (wahai anggota tubuhku, sekarang kalian sengaja menjerumuskan diri dalam susah dengan segala pendedahan tadi) (Sahih Muslim, hadith no 5271).
Sebenarnya, banyak juga situasi anggota badan kita SUDAH MENJADI SAKSI menghukum kita atas kesalahan kita sendiri SEJAK DI DUNIA LAGI. Apa contohnya? Banyak.. cop jari dan DNA yang ditemui di tempat jenayah, rakaman suara yang ditemui sebagai bahan bukti, bukti transaksi haram yang masuk ke akaun kita, TANGAN BEKAS PENYOKONG KITA YANG TIDAK MENYOKONG KITA KERANA KITA GAGAL MENUNAIKAN JANJI dan banyak lagi..
TAKUTLAH ALLAH! JAGALAH ANGGOTA BADAN ANDA KERANA IA AMANAH ALLAH. JANGAN SAMPAI IA SEMUA BERPAKAT MENDAKWA KITA DI AKHIRAT KELAK..
- Abdullah Bukhari @ 3 Mac 2019 -

No comments:
Post a Comment