Monday, July 30, 2018

BELAJAR REALITI KEHIDUPAN DARIPADA PARA DOKTOR DAN PESAKIT KANSER PAYU DARA

BELAJAR REALITI KEHIDUPAN DARIPADA PARA  DOKTOR DAN PESAKIT KANSER PAYU DARA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

(30 Julai 2016 - Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).

"Bagaimana kita sebagai perawat nak berhadapan dengan pesakit apabila si suami berkeras tidak membenarkan isteri menerima rawatan di hospital? Lebih teruk lagi ada suami yang menceraikan isteri setelah disahkan menghidap kanser payu dara?

"Bagaimana nak berhadapan dengan pesakit yang disahkan sakit kanser, tapi tak mahu meneruskan rawatan hospital kerana nak cuba rawatan alternatif dahulu? Bila gagal mereka akan kembali ke hospital untuk rawatan susulan, tapi biasanya keadaan mereka sudah kronik?"

Apabila pesakit tidak bertanya soalan, barisan para doktor yang menjadi panel sepentas dengan saya pula bertanya. Pelik juga apabila panelis bertanya kepada panelis. Barangkali mereka memerlukan jawapan dari "Ustaz!"

Itu antara soalan yang saya terima dari barisan panel doktor dalam program unit sokongan pesakit kanser payu dara HUKM pagi ini. Unit ini dipanggil T.E.M.A.N (Team Effort in Maintaining Awareness & Nurturing breast cancer patients). 

Program pagi ini di HUKM sangat bagus bagi memberi sokongan kepada pesakit kanser payu dara. 3 pembentangan dibuat iaitu;

1) Jenis kanser wanita oleh Dr Yulianti, pakar OnG HUKM.

2) Pelangi di hujung taufan oleh Dr Hazli, pakar psikiatri HUKM.

3) Saya membincangkan tajuk "Adakah perubatan Islam bercanggah dengan perubatan moden."

Tajuk saya dipinta khusus oleh pihak penganjur kerana ini antara dilema para doktor. Ramai pesakit yang mahu cuba rawatan alternatif atau "RAWATAN PERUBATAN ISLAM" dahulu seolah-olah rawatan di hospital tidak Islamik. Lalu dalam ceramah, saya jelaskan timbang-tara yang wajib kita lihat dalam isu ini. Perubatan moden yang diasaskan oleh kajian "ANATOMI TUBUH MANUSIA" sebenarnya termasuk dalam perubatan  Islam. Perhatikan firman Allah ini:

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan setiap sesuatu? (Fussilat 41:53).

Juga firman Allah:

وَفِي أَنْفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

DAN JUGA PADA DIRI KAMU SENDIRI. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti kehebatan Allah itu)? (Al-Dhariyat 51:21).

Bahkan nama besar dalam perubatan Islam seperti Ibnu Sina yang diiktiraf ilmu perubatan moden sendiri memajukan ilmu perubatan moden dengan KAJIAN ANATOMI TUBUH MANUSIA dan bukan jampi atau ruqyah semata.

Rasulullah SAW sendiri pun menyarankan para sahabat yang sakit bertemu seorang  tabib Arab bernama al-Harith bin Kaladah yang belajar ilmu perubatan sehingga ke Yaman serta Jandaysabur di Parsi. Ketokohannya disebut dalam sebuah hadith:

عَنْ سَعْدٍ قَالَ مَرِضْتُ مَرَضًا أَتَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي فَوَضَعَ يَدَهُ بَيْنَ ثَدْيَيَّ حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَهَا عَلَى فُؤَادِي فَقَالَ إِنَّكَ رَجُلٌ مَفْئُودٌ ائْتِ الْحَارِثَ بْنَ كَلَدَةَ أَخَا ثَقِيفٍ فَإِنَّهُ رَجُلٌ يَتَطَبَّبُ فَلْيَأْخُذْ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِنْ عَجْوَةِ الْمَدِينَةِ فَلْيَجَأْهُنَّ بِنَوَاهُنَّ ثُمَّ لِيَلُدَّكَ بِهِنَّ

Dari Sa’ad: Aku sakit lalu Rasulullah SAW menziarahiku. Baginda meletakkan tangannya di tengah dadaku sehingga terasa sejuk tangan baginda di dadaku. Baginda bersabda: Kamu sedang sakit dada, pergilah berjumpa al-Harith bin Kaladah dari kabilah Thaqif kerana dia tahu mengubat. Al-Harith kemudiannya mengambil 7 biji kurma Ajwah Madinah dan mengisarnya dengan bijinya kemudian menyuapnya” (Sunan Abu Dawud)

Saranan Rasulullah SAW ini memberi suatu pengiktirafan kepada profesyen doktor yang mengkaji aspek SUNNATULLAH/KESAN AKIBAT/SAINS.

Selain itu, kesan penyembuhan di sebalik ruqyah syar'iyyah atau ayat suci al-Quran yang dibaca berkait rapat dengan kualiti iman dan yakin perawat. Ia disebut dalam sebuah kisah:

أن رجلا مصابًا مرَّ به عبد الله بن مسعود، فقرأ في أذنه هذه الآية: { أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ * فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ } ، حتى ختم السورة فَبَرَأ، [فذكر ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم] (5) ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بماذا قرأت في أذنه؟" فأخبره، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "والذي نفسي بيده، لو أن رجلا مُوقنا قرأها على جَبَل لزال".

Pada suatu hari Abdullah Ibn Mas’ud bertemu dengan seorang lelaki yang ditimpa penyakit. Beliau membacakan ayat (al-Mu’minun  23:115-118) dan lelaki tersebut sembuh dari sakitnya. Beliau kemudiannya menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Ayat apakah yang engkau bacakan pada telinganya?................................ Rasulullah SAW lalu bersabda: Demi yang jiwaku berada pada tangan (kuasa)Nya, sekiranya seorang lelaki yang yaqin (dengan mukjizat al-Quran) membacanya (walaupun) kepada bukit sekalipun, sudah pasti bukit tersebut akan hilang (hancur) (Tafsir Ibn Kathir).

Pesan saya kepada para pesakit, jika mahu berubat dengan kaedah alternatif perubatan Islam sekalipun, pilihlah SIAPA PERAWATNYA. Pastikan yang soleh lagi "asli" serta berdaftar dengan KKM. Pada masa yang sama rawatan dengan hospital (yang juga diiktiraf sebagai perubatan  Islam) mesti diteruskan.

Kesimpulan saya di hujung sesi, tubuh kita ada banyak  komponen iaitu fizikal, mental dan rohani. Jika ia melibatkan fizikal bertemulah para doktor, jika melibatkan mental bertemulah Dr Psikiatri dan jika rohani tidak sihat jumpalah para perawat bertauliah.

Banyak sekali ilmu serta kesedaran baru yang saya pelajari dari para doktor pakar dan pesakit pada hari ini. Semoga program sebegini mampu menjadikan para pesakit tenang dan selamat dari godaan syaitan.

Thursday, July 26, 2018

WAJAH MANUSIA YANG AJAIB..CERMINAN EMOSI..

WAJAH MANUSIA YANG AJAIB..CERMINAN EMOSI..

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Air mukanya berubah dengan ketara. Jelas terpampang keresahan dan kecelaruan minda pada wajahnya....itu adalah ayat yang biasa digunakan bagi menggambarkan emosi seseorang.

Wajah atau muka manusia adalah bukti kehebatan Allah.

Identiti manusia dikenal pada wajahnya.  Disebut ambil gambar (wajah)  IC,  lesen, pasport dan sebagainya.  Tidak pula dikatakan sila ambil gambar tangan, kaki, bahu atau yang lain untuk mengenalpasti identiti seseorang individu. Subhanallah!  Hebat sekali ciptaan Allah.

Kerana muka dan wajah juga manusia mabuk. Mabuk memuja wajah kekasih pujaan.  Mabuk menghabiskan beribu ringgit untuk alatan kosmetik atau "plastik surgery".

Wajah yg cantik juga menjadi sebab fitnah kemasyhuran seperti ujian Allah kepada nabi Yusuf AS. Wajah yang cantik juga menjadi sumber pendapatan lumayan dengan profesion peragawan peragawati dan pelakon pujaan. Subhanallah! Hebatnya ciptaan Allah.

Sebarang perubahan emosi segera dapat dikesan pada cerminan wajah, sedangkan tiada satu pun anggota wajah yang berubah apabila si badan mengalami kegembiraan,  kesedihan atau ketakutan.

Hidung masih tetap di tengah wajah. Mulut kekal di atas dagu. Mata tidak juga merapat mendekati satu sama lain.  Pipi juga tidak bertambah kembung atau kecut. Kening juga tidak keguguran bulunya.  Tapi cerminan emosi dapat dilihat dengan ketara pada wajah. Kita akan tahu bahawa si tuan badan sedang marah,  kecewa,  sedih atau gembira hanya dengan cerminan wajah. Subhanallah!   Ajaib sungguh ciptaan Allah.

Dalam al-Quran,  Allah banyak menggunakan wajah dalam menyampaikan mesej suka, bahagia, sedih, duka dan marah. Kenapa? Antara sebabnya wajah adalah harta kemuliaan manusia. 

Lihat beberapa bicara al-Quran tentang wajah...

KETAATAN MUTLAK PADA ALLAH DENGAN MENGHADAP WAJAH DAN HATI HANYA PADANYA..

بَلَىٰ مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِنْدَ رَبِّهِ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita (al-Baqarah [2:112]).

إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)" (al-An'am [6:79]).

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Serta (diwajibkan kepadaku): ' Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik '." (Yunus [10:103]).

KEBENCIAN MELAMPAU PADA AL-QURAN

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنْكَرَ ۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَا ۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكُمُ ۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "(al-Hajj [22:72]).

RESAH MARAH ARAB JAHILIAH KERANA BERITA BURUK KELAHIRAN ANAK PEREMPUAN:

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُمْ بِالْأُنْثَىٰ ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا وَهُوَ كَظِيمٌ

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

يَتَوَارَىٰ مِنَ الْقَوْمِ مِنْ سُوءِ مَا بُشِّرَ بِهِ ۚ أَيُمْسِكُهُ عَلَىٰ هُونٍ أَمْ يَدُسُّهُ فِي التُّرَابِ ۗ أَلَا سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ

Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu (al-Nahl [16:58-59]).

CERIA GEMBIRA DENGAN NI'MAT SYURGA ATAU SEDIH DUKA DENGAN AZAB NERAKA:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya (Ali 'Imran[3:106-107]).

MANUSIA DERHAKA DISERET ATAS  WAJAHNYA KE NERAKA...

يَوْمَ يُسْحَبُونَ فِي النَّارِ عَلَىٰ وُجُوهِهِمْ ذُوقُوا مَسَّ سَقَرَ

Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka (al-Qamar [54:48]).

Tuesday, July 24, 2018

KITARAN BERANTAI TAK PAKSA DIDIK SOLAT

KITARAN BERANTAI TAK PAKSA DIDIK SOLAT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Masa cuti sekolah lepas aku buat kerja sambilan di sebuah lapangan terbang. Setiap kali masuk waktu zohor, aku akan curi masa solat beralaskan plastik hitam dalam stor barang kerana pihak majikan tidak menyediakan ruang solat khas. Lantas aku dianggap paling warak dan alim kerana rajin solat. Dalam kelompok perkerja yang rata-ratanya Melayu Muslim, hanya aku seorang sahaja yang menunaikan solat. Pekerja lain, baik tua atau muda semuanya seakan tak pernah dilihat solat.”

Segar lagi dalam ingatan cerita kawan kami yang sama-sama belajar dalam Tingkatan Lima di Sekolah Agama Arab Ma’ahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu Kelantan. Kami yang dengar ceritanya tersenyum lebar kerana tahu kawan kami ini masih tebal selaput nakalnya dan bukanlah seorang yang “warak atau alim” bagai dipuji orang di tempat kerjanya. Namun kini, apabila semakin dewasa dan banyak melihat ragam manusia baru saya akui Musim yang tidak tinggal solat sebenarnya sangat istimewa. Istimewa kerana KENAL DIRI dan KENAL TUHANNYA.

Sepanjang pemerhatian, saya dapati ramai orang yang tak solat, baik remaja, orang dewasa dan warga emas berpunca daripada kepincangan didikan. Mungkin mereka ini tidak dipaksa-didik oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka dahulu pun mungkin turut tidak dipaksa-didik oleh generasi lampau. Orang yang tak dipaksa-didik untuk solat akan jadi orang dewasa yang tidak pula memaksa-didik anak mereka. Lalu kitaran tidak paksa-didik ini akan terus berhubung dan berantai merentas generasi.

Setelah melihat kecacatan kitaran paksa-didik ini, barulah saya faham mengapa nabi Ibrahim AS berdoa agar ibadat solat mendasar masuk ke dalam jiwa keturunannya:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Ertinya: "Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku (Ibrahim 14:40).

Rasulullah SAW tahu benar solat yang konsisten sukar dilaksanakan jika tidak dilatih semenjak muda merah. Ini sebabnya baginda menyuruh agar solat diisipadu ke dalam jiwa anak-anak seawal 7 tahun. Setelah usia si anak mencecah 10 tahun, lanjutan didikan solat itu perlu disulam dengan didik-pukul (tanpa dera) agar tiang solat benar-benar bertapak kemas ke dalam jiwa si anak. Sabda Rasulullah SAW:

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Ertinya: Suruhlah anak-anakmu solat apabila usia mereka mencecah 7 tahun (agar ia biasa melakukannya setelah dewasa) dan jika mereka enggan solat setelah usia mereka mencecah 10 tahun, pukullah mereka (dengan pukulan kasih sayang yang tidak menyakitkan). Juga asingkan juga tempat tidur antara mereka (Sunan Abu Dawud).

Jangan pula anda salah faham tentang maksud pukul dalam hadith ini. Ia cuma pukulan didik yang ringan seperti jentik bahu atau pulas telinga dan bukannya pukulan kasar yang meninggalkan parut fizikal atau emosi. Batas pukulan ini dijelaskan dalam sebuah hadith lain:

لَا يُجْلَدُ فَوْقَ عَشْرِ جَلَدَاتٍ إِلَّا فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ

Ertinya: Janganlah dipukul (seseorang itu) melebihi 10 sebatan, kecuali ketika melaksanakan satu hukuman yang ditetapkan Allah (seperti 80 sebat bagi penuduh tanpa bukti dan 100 sebat bagi penzina yang belum berkahwian) (Sahih a-Bukhari).

Pernahkah kita terfikir mengapa kata ganti nama doa dalam ayat 6 surah al-Fatihah yang menjadi rukun solat didatangkan Allah dengan lafaz jamak (plural) atau ramai? Mengapa Allah sebut  “TUNJUKI KAMI JALAN YANG LURUS” dan bukannya lafaz individu “ TUNJUKI AKU JALAN YANG LURUS?” Antara signifikannya ia adalah suatu ingatan kepada kita agar turut mendoakan semua Muslim dilimpahi petunjuk daripada Allah dan antara petunjuk terbaik adalah kesedaran untuk mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dengan melaksanakan rukun kedua Islam ini.

Selain itu, solat adalah warisan para nabi dan orang soleh. Jika kita telusuri dalam al-Quran, para nabi digambarkan Allah sebagai hamba yang bernafas dengan “oksigen” solat:

- Nabi Ibrahim (Ibrahim 14:37 & 40)
- Nabi Musa (Taha[20:13]).
- Nabi Isa (Maryam 19:30-31).
- Nabi Zakariyya (Ali ‘Imran 3:39).
- Maryam (Ali ‘Imran 3:43).
- Nabi Syu’aib (Hud 11:87).
- Nabi Ismail (Maryam 19:54).
- Nabi Muhammad SAW (Taha 20:132).

Percayalah! Apabila Allah sudah hilang daripada jiwa dalam kitaran 5 waktu sehari, nafsu dan syaitan akan mengisi kekosongan itu:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Ertinya: Kemudian mereka diganti oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka) (Maryam 19:59).

Jika orang yang kekal solat pun masih terdedah kepada dosa, bayangkan orang yang tak kenal solat? Orang yang solat adalah orang yang kenal Tuhan mereka. Mereka sedar kekurangan dan kelemahan diri apabila melakukan dosa kerana mereka masih dalam kitaran penyembahan kepada Allah 5 kali sehari. Lambat laun solatnya yang bergerak bersama nafasnya 5 kali sehari akan membersihkan jiwanya sebagaimana firman Allah ini:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Ertinya: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-Ankabut 29:45).

Bagi orang yang tak solat, tiada apa lagi peringatan harian yang boleh mengingatkannya betapa alam ini ada TUHAN, ada dosa pahala dan balasan akhirat.  Kesimpulannya, paksa-didiklah diri kita dan anak keturunan kita untuk konsisten bersolat dan mengenal Allah! Jangan hanya solat sendiri, rangkumkan bersama anak keturunan kita agar kebahagiaan keluarga disuburkan dengan perlaksanaan arahan Allah:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Ertinya: Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa (Taha 20:132).

Monday, July 23, 2018

SANTUN DAN TENANG DI MASJID KASSIM SINGAPURA

SANTUN DAN TENANG DI MASJID KASSIM SINGAPURA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Apa perasaan kita apabila sifat kita dipuji Allah melalui lidah Rasulullah SAW yang mulia? Pasti kita akan terharu dalam kesyukuran. Itulah kemuliaan seorang sahabat Rasulullah SAW yang dikenali sebagai Asyajj ‘Abdul Qays (atau nama sebenarnya al-Mundhir bin al-Harith RA). Ketika tiba di Madinah bersama kaumnya, beliau masuk bertemu Rasulullah SAW dengan penuh adab. Berikutan sikapnya itu Rasulullah berkata:

إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ

Ertinya: Sesungguhnya ada 2 kualiti (sifat) pada kamu yang Allah cintai iaitu sifat Sopan Santun (bijak dalam bertindak) dan tenang (tidak gopoh atau meneliti sebelum bertindak) (Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi).

Khutbah Jumaat di Masjid Kassim, Changi, Singapura hari ini (22 Julai 2016) yang disampaikan Ustaz Irwan Hadi. Khutbahnya ringkas lagi padat, bahasa Inggerisnya jelas dan gaya penyampaiannya agak santai. Sejurus selepas solat saya sempat menyapa Ustaz Irwan Hadi yang memegang jawatan Setiausaha Majlis Fatwa Singapura. Ternyata beliau bukan calang-calang orangnya. Beliau adalah graduan Universiti al-Azhar dan mendapat Master di School of Oriental and Africa Study (SOAS), UK. Tidak hairanlah bahasa Inggerisnya sangat fasih. Alhamdulillah ziarah saya kali ini untuk mengajar kelas Pengajian Jarak Jauh anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di pejabat PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru Agama Singapura) membuka mata hati saya agar menjiwai “SUNNAH AKHLAK” yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Menurut Ustaz Irwan, pihak Jabatan Mufti dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mempunyai sasaran memperkenalkan akhlak kepada masyarakat Islam Singapura dalam khutbah Jumaat pada tahun ini. Subhanallah! Usaha ini sangat bagus kerana “AKHLAK ADALAH DAKWAH TIDAK BERSUARA YANG SANGAT BERKESAN.”

Antara isi menarik khutbah beliau yang sempat saya ingat adalah berkaitan MENJIWAI AKHLAK SOPAN DAN TENANG yang menjadi amalan Rasulullah. Bahkan ia menjadi satu cara berkesan mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. Apabila kita berakhlak dengan kedua akhlak ini, kita akan beroleh pahala mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW.

Aduhai! Malang sekali sesetengah pihak yang sibuk memperjuangkan Islam dalam berbagai platform tetapi tidak menjiwai dua akhlak ini dalam hidup. Akibatnya berbagai komen ejek, senda dan hina dilepaskan bagai peluru berpandu dalam media sosial, sedangkan mereka boleh bersikap SOPAN dan TENANG sebelum memberi komentar. Sudahnya komen tersebut menjadi timbunan dosa halimunan dalam alam maya. Ya Allah! Selamatkan kami dari sifat gelojoh dan TENANGKAN JIWA KAMI agar berfikir lebih bijak.

Ustaz Irwan juga membawa sebuah hadith lain yang menggambarkan betapa pentingnya kedua sifat itu dalam menghadapi krisis hidup. Pernah sekali sekumpulan Yahudi mencaci Rasulullah dengan ucapan salam yang “dijatuhkan huruf alifnya” – السام عليكم – yang bermaksud CELAKA KE ATAS KAMU! Aishah RA bertindak agresif menjawab salam cacian mereka:

قَالَتْ عَائِشَةُ فَفَهِمْتُهَا فَقُلْتُ وَعَلَيْكُمْ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ قَالَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَهْلًا يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ

Ertinya: Aishah menjawab: “Ke atas kalian juga celaka dan laknat!” Berikutan itu Rasulullah menegur Aishah: “ Tunggu dahulu Wahai Aishah, sesungguhnya Allah sukakan lemah lembut dalam semua perkara.” Aishah menjawab: “Tidakkah engkau dengar apa yang mereka ucapkan?” Baginda menjawab: “Aku sudah menjawab – Ke atas kalian juga (cacian itu) (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Hadith ini menjadi saksi betapa baginda sangat tenang menghadapi cacian orang Yahudi. Lafaz yang digunakan baginda pun sopan lagi beralaskan akhlak. Inilah yang sepatutnya kita contohi. Allah mengarahkan baginda perkara yang sama dalam al-Quran:

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Ertinya: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (para sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan urusan keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya (Ali ‘Imran [3:159]).

Ya Allah! Kurniakan kami sifat SOPAN dan TENANG agar kami selamat dari musibah kegelojohan akibat lidah serta tangan di mana jua, di alam zahir atau di alam maya.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, July 19, 2018

DERIA LUAR BIASA PADA RASULULLAH SAW?

DERIA LUAR BIASA PADA RASULULLAH SAW?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Pernah saya tonton rancangan Stan Lee’s Superhuman (pengasas komik Spiderman) yang menceritakan kelebihan “Ang Rita” seorang Sherpa (pemandu pendaki ke Gunung Everest di Banjaran Himalaya) yang mendakwa sudah mendaki Gunung Everest lebih daripada 10 kali. Dia juga mampu bertahan di tanah tinggi tanpa menghadapi masalah untuk bernafas. Manusia normal biasanya akan menghadapi masalah bernafas apabila sampai pada tahap ketinggian tertentu kerana nipisnya oksigen di tanah tinggi. Masalah ini dikenali sebagai “High Altitude Sickness.” Dalam rancangan itu, dibuktikan kemampuan Ang Rita bernafas seperti biasa walaupun berada pada ketinggian yang mustahil bagi manusia.

Usah cepat melopong dengan kelebihan itu kerana manusia kesayangan kita semua, baginda nabi Muhammad SAW memang memiliki banyak kelebihan fizikal yang luar biasa. Antaranya baginda mampu melihat para malaikat, jin dan syaitan. Baginda terbang ke langit tinggi bersama Jibril tanpa memerlukan peralatan moden yang diperlukan angkasawan. Bukan setakat itu, deria baginda juga sangat luar biasa sebagaimana di sebut sebuah hadith:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي أَرَى مَا لَا تَرَوْنَ وَأَسْمَعُ مَا لَا تَسْمَعُونَ أَطَّتْ السَّمَاءُ وَحُقَّ لَهَا أَنْ تَئِطَّ مَا فِيهَا مَوْضِعُ أَرْبَعِ أَصَابِعَ إِلَّا وَمَلَكٌ وَاضِعٌ جَبْهَتَهُ سَاجِدًا لِلَّهِ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا وَمَا تَلَذَّذْتُمْ بِالنِّسَاءِ عَلَى الْفُرُشِ وَلَخَرَجْتُمْ إِلَى الصُّعُدَاتِ تَجْأَرُونَ إِلَى اللَّهِ

Ertinya: Abu Dhar RA berkata Rasulullah SAW pernah bersabda: “SESUNGGUHNYA AKU LIHAT APA YANG KAMU TIDAK LIHAT. AKU JUGA DENGAR APA YANG KAMU TAK DENGAR. Langit  bergetar dan sangat patut baginya untuk bergetar kerana tiada tempat seluas 4 jari melainkan ada sahaja malaikat yang meletak dahinya sujud kepada Allah (maksudnya langit dipenuhi para malaikat yang beribadat kepada Allah). Demi Allah, sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu pasti kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis. (Pasti) kamu juga tidak akan bersenang lenang bersama isteri atas katil dan pastinya kamu akan keluar ke jalanan mengharap rahmat Allah (Sunan al-Tirmidhi).

Banyak bukti yang menunjukkan kelebihan “deria lihat, dengar dan rasa” pada Rasulullah SAW. Antaranya;

1) Baginda mampu dengar, lihat dan tahu situasi dalam kubur:

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

Ertinya: ‘Uthman bin ‘Affan berkata; apabila selesai mengkebumikan jenazah, baginda duduk seketika di kuburnya dan bersabda: “Mohonlah ampunan untuk saudaramu ini dan mohonlah pada Allah agar memberikannya keteguhan (jiwa) kerana sesungguhnya dia sekarang disoal (oleh 2 malaikat) sekarang (Sunan Abu Dawud.)

Juga sebuah hadith lain;

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ

Ertinya: Abdullah bin ‘Abbas menceritakan, pada suatu hari, Rasulullah SAW melalui sebuah kebun di Madinah atau Mekah, lalu baginda mendengar suara 2 manusia sedang diazab dalam kubur mereka. Rasulullah SAW lalu bersabda: Mereka berdua diazab kerana dosa yang besar….. seorang darpadanya tidak berlindung ketika kencing (kencing secara terbuka) dan seorang lagi (diazab) kerana berjalan membawa umpatan (melaga-lagakan antara manusia) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

2) Baginda juga mampu melihat daripada belakang kepalanya seakan ada mata tambahan di situ. Kenyataan ini memang pelik bunyinya, namun ada hadith berbicara mengenainya:

أَتِمُّوا الرُّكُوعَ وَالسُّجُودَ فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنِّي لَأَرَاكُمْ مِنْ بَعْدِ ظَهْرِي إِذَا مَا رَكَعْتُمْ وَإِذَا مَا سَجَدْتُمْ

Ertinya: (Anas bin Malik RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda); “Sempurnakan pergerakan ruku’ dan sujud (kamu). Demi jiwaku yang berada dalam tangan-Nya (kuasa-Nya) SESUNGGUHNYA AKU MEMANG MELIHAT DARIPADA BELAKANGKU APABILA KAMU RUKU’ DAN SUJUD” (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Dalam hadith lain perkara sama turut disebut oleh Abu Hurayrah RA:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ يَوْمًا ثُمَّ انْصَرَفَ فَقَالَ يَا فُلَانُ أَلَا تُحْسِنُ صَلَاتَكَ أَلَا يَنْظُرُ الْمُصَلِّي إِذَا صَلَّى كَيْفَ يُصَلِّي فَإِنَّمَا يُصَلِّي لِنَفْسِهِ إِنِّي وَاللَّهِ لَأُبْصِرُ مِنْ وَرَائِي كَمَا أُبْصِرُ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ

Ertinya: Abu Hurayrah RA berkata, pada suatu hari Rasulullah pernah solat bersama kami. Selesai solatnya baginda berpusing dan berkata: “Wahai fulan! Mengapa kamu tidak memperelokkan solatmu? Hendaklah orang yang solat memerhatikan (kesempurnaan) solatnya kerana faedah solat itu kembali padanya. Demi Allah! AKU MEMANG LIHAT (SESUATU) DARI ARAH BELAKANGKU SEBAGAIMANA AKU LIHAT SESUATU DARI DEPANKU (Sahih Muslim).

Adakah kemampuan baginda ini hanya berbentuk bayangan atau pandangan mata hakiki? Ia dibincangkan oleh para ulama dan ramai ulama berpandangan ia adalah pandangan hakiki atas kapasiti mukjizat baginda (Syarh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi).

3) Mata baginda tidur sedangkan hati baginda tidak tidur. Aishah RA pernah ditanya mengenai bentuk solat malam nabi pada bulan Ramadhan. Ini jawapan beliau:

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي

Ertinya: Rasulullah SAW tidak menambah solat malam pada bulan Ramadhan dan bulan lainnya lebih daripada 11 raka’at. Baginda mendirikan solat 4 raka’at, jangan ditanya tentang kualiti dan panjangnya (solat itu kerana ibadat baginda tiada bandingnya dengan orang lain). Baginda pun meneruskan solatnya 4 raka’at lagi dan jangan ditanya tentang kualiti dan panjangnya (solat itu). (Selepas itu baginda tidur seketika) dan baginda teruskan lagi solatnya sebanyak 3 raka’at. Aishah bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur (seketika) sebelum solat witir (dalam bilangan ganjil).” Rasulullah menjawab: “Wahai Aishah! 2 MATAKU TIDUR TETAPI HATI JANTUNGKU TIDAK TIDUR” (Sahih al-Bukhari& Muslim).

Bagi orang biasa, tidur mereka akan membatalkan wudhuk. Perkara itu tidak berlaku pada Rasulullah SAW. Itu yang dapat difahami daripada hadith di atas. Pun begitu, ada yang kurang setuju dan cuba menyangkal kelebihan “mata tidur tetapi tidak hati jantung nabi tetap sedar” ini dengan membawa kisah nabi lena sehinga luput waktu solat Subuh. Dalam sebuah riwayat disebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ عَرَّسْنَا مَعَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ نَسْتَيْقِظْ حَتَّى طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَأْخُذْ كُلُّ رَجُلٍ بِرَأْسِ رَاحِلَتِهِ فَإِنَّ هَذَا مَنْزِلٌ حَضَرَنَا فِيهِ الشَّيْطَانُ

Ertinya: Abu Hurayrah RA berkata; “Kami pernah tidur lewat malam bersama Rasulullah SAW (dalam sebuah musafir panjang). Kami tidak sedar daripada tidur sehinggalah matahari terbit.” Baginda bersabda: “Setiap seorang daripada kalian mesti pegang tali unta dan bergerak ke tempat lain kerana tempat ini didatangi syaitan” (malam tadi sehingga melalaikan kita daripada bangun tepat pada waktunya) (Sahih Muslim).

Selepas beralih tempat, barulah solat Subuh didirikan. Antara tujuan nabi beralih tempat adalah mengelakkan tempat yang pernah dijejak oleh Syaitan. Orang yang mempertikaikan kelebihan “hati jantung tidak tidur” pada Rasulullah menggunakan kisah daripada hadith terlajak tidur ini sebagai sandaran hujah mereka. Kata mereka:

“Kalau benar hati jantung baginda tidak tidur, mengapa baginda boleh tidak sedar daripada tidur baginda sehingga terlepas waktu solat subuh?”

Ketika menjawab soalan tersebut, Imam al-Nawawi berkata:

“Hati jantung fungsinya mengesan rasa atau perasaan seperti sakit dan sebagainya. Ia tak mampu mengesan terbitnya matahari seperti kemampuan mata zahir. Kemampuan mengesan terbitnya matahari ditanggap oleh mata zahir. Sedang (dalam kisah hadith nabi lena itu menunjukkan) yang tidur adalah mata nabi dan bukannya hati jantung (Syarh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi).

Mudahnya, kita katakan dalam peristiwa tersebut, mata zahir Rasulullah SAW tidur nyenyak dek keletihan yang amat sangat sehingga gagal bertindak balas dengan sinar matahari. Ini sifat manusia biasa yang ada pada baginda.  Hati jantung baginda pula kekal sedar beribadat kepada Allah dalam kapasiti baginda sebagai seorang nabi.

Ini antara beberapa kelebihan Rasulullah SAW yang saya jumpa dan mampu kongsi agar cinta dan kagum kita kepada baginda mencanak naik. Umat Islam sungguh beruntung kerana memiliki “super hero” yang benar wujud. Watak Rasulullah SAW bukan seperti watak khayalan dalam komik yang direka oleh orang Barat. Apa yang lebih penting bukan sekadar kagum dengan kelebihan luar biasa deria baginda, tetapi menggigit kemas segala peninggalan baginda. Firman Allah:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (31) قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْكَافِرِينَ (32)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah MAKA IKUTILAH DAKU, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang kafir (Ali ‘Imran [3:31-32]).

Menutup nota Tafsir kali ini saya kongsikan sebuah hadith yang secara tidak langsung menyebut keajaiban deria rasa orang beriman dalam umat nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah SAW:
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِدْتُ أَنِّي لَقِيتُ إِخْوَانِي قَالَ فَقَالَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَلَيْسَ نَحْنُ إِخْوَانَكَ قَالَ أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَلَكِنْ إِخْوَانِي الَّذِينَ آمَنُوا بِي وَلَمْ يَرَوْنِي

Ertinya: Anas bin Malik RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Aku harap dapat bertemu dengan saudaraku.” Para sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu?” Nabi menjawab: “Kamu adalah para sahabatku, akan tetapi saudaraku adalah orang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku (Musnad Ahmad).

Deria “mata dan “telinga” orang beriman sangat hebat. Walaupun jauh zamannya, kita tetap beriman kepada baginda seolah baginda wujud di hadapan kita. Iman kita itu mengundang rindu nabi kepada kita semua. Subhanallah! Beruntungnya orang beriman. Ayuh kita gunakan deria luar biasa ini untuk menambah iman kita kepada Rasulullah SAW.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Sunday, July 15, 2018

Fraser's Hill Tristate Ultra Trail 2018

I woke up when I heard the Azan from the nearby Masjid.  Laling went to the Masjid for his solat.  After I had my bath, I did my solat Fajr and also read the Noble Quran.  Whilst reading, Laling returned from the Masjid. It was already 6.40am.  I then did my warm ups in our room.  I was surprised when Laling said he will accompany me to the Starting Line. Alhamdulillah.

When we arrived at the venue, I noticed there were not many runners for the 15Km category.  In fact, the organiser said they will not check our backpack for the mandatory items.  What lah..... I brought along all the things they said mandatory.

Then whilst waiting for the Start gun, I wanted to drink from my water bladder. Imagine my shock and panic when not a drop pass through. I tried several times but failed.

So I approached this bro and told him my problem. He did try to assist, but alas I still could not drink from my water bladder. Feeling frustrated I approached this group of runners and they too helped to ensure I could drink from my water bladder. They even helped to remove the water bladder and tried to find out what went wrong. At first water did flow out, I was thankful to them. But then when they put the water bladder back into the pocket, and when I tried to drink, again no water flowed. Since it was almost time to Start the run, I thanked them profusely. They said maybe once I began running the water bladder will function then.

Well, unfortunately it did not. So, at the first CP KM5 where the water station was also located, I managed to drink and also ate a banana. Alhamdulillah.

I was feeling extremely thirsty when ascending the hill after making a U-turn from the CP and tried my water bladder. It still did not function. Frustrated I almost gave up but, thankfully, when I arrived at this camp site where I saw a group of hikers. I asked for water and they willingly poured a cup for me (cup bring own self...mandatory item!)

One of them asked me whether I have finished my drinking water since he saw me wearing my Salomon. I informed him I was unable to drink from the water bladder since it malfunctioned. Again they willingly helped to check and rectify the problem. Alhamdulillah they managed to make my water bladder function again. I thanked them and continued my run.

When I arrived at the entrance of Hemmant Trail where the second WS was located, I did not stop to drink. Then halfway into Hemmant Trail, guess who I bumped into? My laling! He did not continue his sleep after all but was worried about me and came looking for me when he noticed most 15KM runners have Finished their run. So laling followed me until we reached the end of Hemmant Trail.

There were no signage to indicate where 15KM runners should continue their run. Just bold black arrows pointing at the entrance of Bishops Trail. I then asked two runners infront of me whether 15KM runners follow this trail. They replied affirmative. So I followed with Laling close behind me.

Then along Bishops Trail I saw this lady runner infront of me walking so slowly. I caught up with her and she told me her ankle was hurting very badly. So I told her my laling and I will accompany her until we reached the end of Bishops Trail.

The trail was very slippery and there were plenty of decayed tree trunks across our paths. Huge tree trunks. We just could not leave the lady runner on her own so we helped her the best we could. She is one strong and very determined lady runner. Of course she could not run anymore. So we too walked with her.

Alhamdulillah I still have plenty of water so I shared it with her whenever she felt thirsty. We could not call for help since there was no mobile signal in this jungle. So slowly we made our way to the end of Bishops Trail.

Then at the entrance of Maxwell Trail, she managed to call her running buddy. When we reached the main road, laling told her to wait at the hut by the roadside. Since it was a busy road, she said it was okay to leave her there and wait for her friend. She then gave me a big hug and thanked me. Then she shook Laling's hand and thanked him too.

Laling then asked me whether I wanted to quit the run. I told him I may be the last runner, but I will not quit. I want to Finish my run regardless of the time. I knew I have exceeded COT which was at four hours flat.

Laling and I then began ascending the hill and infront of The Pines we saw the BOMBA orange pickup truck driving downhill. We guessed BOMBA was picking up the injured runner. True indeed because when the BOMBA passed by us again, there was the lady runner and her friend. She waved at us and shouted her thanks again and again. We were with her the last two hours and did not get her name.

Laling needed to go to the toilet when we passed the horse riding ranch and archery. So he told me to go ahead and Finish the run.

I was so disappointed when I arrived at Finished and they (the crew at the Finish line) told me I DNF. I should have explained to them not to DNF me since I was helping an injured runner. Frustrated I returned to the hotel.

When laling returned to our room he asked whether I received a medal. I told him   its ok if I did not get a medal, but it hurts lots when they said I DNF.

Laling then comforted me and told me he would speak to the organiser and explained what I went through.

When we checked out of our hotel, laling drove to the event venue and met with Mr Toto. Mr Toto promised to look into this matter tomorrow. According to him there were 36 DNF runners, me included. 😢😢😢












(Photo Credit above: Fraser's Hill Tristate Ultra Trail 2018)

 (along Bishops Trail, so close to the ravine)


(My Hero selfie)













Saturday, July 14, 2018

RKPC at Fraser Hill

This morning hubby and I attended a kenduri at our neighbour's house.  Our neighbour's son and his wife will be going for their Hajj this coming Tuesday, In shaa Allah.

After the kenduri, hubby and I drove to Fraser Hill where I will be collecting my race bib and running tee opposite Punchak Inn. After collecting my RKPC we had tea at the only food court here.

Then we check in to Shahzan Inn just before Maghrib.  Hubby went to the Masjid for his prayers.  I did mine in our room.  After solat, I began to alter the running tee.  I unpick both sides of the tee about seven inches from its hem.  Now I have a tee with a seven inches slit on both sides. Then I sewed a button on each side too. 

When hubby returned from the Masjid, we had dinner at the hotel's restaurant.  After dinner we returned to our room to watch a rerun of the World Cup 2018 Semi-finals. 










Wednesday, July 11, 2018

JANGAN JADI FOLLOWER FACEBOOK DAN WHATS' APP GROUP IBLIS.

JANGAN JADI FOLLOWER FACEBOOK DAN WHATS' APP GROUP IBLIS.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

(Rencana lama 11 Julai 2018).

Sesetengah kita sangat takut dengan kemunculan syaitan dalam rupa ngeri “sang hantu” yang selalu difiksyenkan para pembikin filem seram, tetapi tanpa sedar sesetengah kita sudah menjadi pengikut syaitan dalam penyebaran berita palsu perosak agama dan masyarakat. Jika mampu dilihat, pasti “FACEBOOK IBLIS” sudah mempunyai bukan jutaan malah berbillion “follower dalam kalangan manusia.” Mohon dijauhkan Allah! 

Rupanya “DUA” kali Allah menegaskan betapa kegilaan menyebarkan berita tak pasti adalah perangai syaitan. Jika difikir dengan tenang memang sebaran berita tanpa semak sangat bahaya kepada manusia, manakala kemusnahan mutlak manusia adalah matlamat utama syaitan yang sudah “DIAKUJANJIKAN” Iblis sejak seawal penciptaan Adam AS.

Ketika membaca al-Quran, hati saya diketuk 2 ayat yang menyebut “PERANAN SYAITAN” dalam keghairahan menyebar berita tanpa semak atau lebih parah lagi berita palsu. Perhatikan firman Allah ini:

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; DAN JIKA TIDAKLAH KERANA LIMPAH KURNIA ALLAH DAN BELAS KASIHANNYA KEPADA KAMU, TENTULAH KAMU (TERBABAS) MENURUT SYAITAN KECUALI SEDIKIT SAHAJA (IAITU ORANG YANG TEGUH IMANNYA DAN LUAS ILMUNYA DI ANTARA KAMU) (al-Nisa’ [4:83]).

Ayat ini diturunkan menegur segelintir Muslim pada zaman Rasulullah SAW  yang membuat spekulasi tanpa bukti bahawa baginda SAW menceraikan para isteri baginda. ‘Umar bin al-Khattab RA yang mendengar spekulasi ini segera pergi bertemu baginda bagi menjelaskan kebenaran spekulasi tersebut. Baginda lantas menafikan spekulasi itu dan ternyata tindakan murni ‘Umar seumpama air sejuk yang memadamkan terus segala berita tak pasti itu (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim & Tafsir Ibn Kathir).

Perkara yang sama turut berlaku ketika Aishah RA difitnah oleh Presiden Persatuan Orang Munafiq Madinah, Abdullah bin Ubay. Fitnah  ini sangat dahsyat seumpama tsunami api yang hampir meruntuhkan rumah tangga Rasulullah SAW. Kisah tersebut dapat dihayati pada ayat 11 – 26 surah al-Nur. Akhirnya nama Aishah RA dibersih-sucikan secara tuntas oleh Allah dengan penurunan ayat ini:

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

Ertinya: (Lazimnya) perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. MEREKA (YANG BAIK IAITU AISHAH DAN SAFWAN BIN MU’ATTAL) ITU ADALAH BERSIH DARI (TUDUHAN BURUK) YANG DIKATAKAN OLEH ORANG (YANG JAHAT); MEREKA (YANG BAIK) ITU AKAN BEROLEH PENGAMPUNAN (DARI ALLAH) DAN PENGURNIAAN YANG MULIA (al-Nur [24:26]).

Walaupun begitu, yang menariknya dalam cerita fitnah Aishah ini pun, nama syaitan turut disebut oleh Allah dalam pertengahan kisahnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Wahai orang yang beriman, JANGANLAH KAMU MENURUT JEJAK LANGKAH SYAITAN; DAN SESIAPA YANG MENURUT JEJAK LANGKAH SYAITAN, MAKA SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU SENTIASA MENYURUH (PENGIKUT) MELAKUKAN PERKARA YANG KEJI DAN PERBUATAN YANG MUNGKAR. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (al-Nur [24:21]).

Subhanallah! Kedua ayat di atas mengulang sebut “tangan syaitan” dalam penyebaran berita palsu yang boleh meruntuhkan kesejahteraan serta ketenteraman masyarakat umat Islam. Biarlah sabda Rasulullah SAW ini menjadi antivirus bagi iman kita agar tidak terus percaya dan sebar sebarang  berita yang diterima:

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Ertinya: Cukuplah seseorang itu digelar pendusta jika dia berbicara dengan apa sahaja yang didengarnya (Sahih Muslim).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, July 5, 2018

HANYA ALLAH MAMPU MENGHAPUS KESUSAHAN

HANYA ALLAH MAMPU MENGHAPUS KESUSAHAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Terpegun seketika ketika menelaah kitab Tafsir Ibn Kathir pagi ini (5 Julai 2015)! Kisah ini sungguh menarik walau status kesahihannya masih tergantung. Pun begitu, saya yakin dengan kesolehan Imam Ibn Kathir ketika memuatkan kisah ini dalam kitab Tafsirnya.

Memang Allah adalah satu-satuNya Zat yang berkuasa menghapus segala kesusahan dan menghilangkan segala keresahan:

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

Ertinya: Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu) (al-Naml[27:62]).

Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir menyebut sebuah riwayat al-Hafiz Ibn ‘Asakir:

وذكر الحافظ ابن عساكر في ترجمة رجل -حكى عنه أبو بكر محمد بن داود الدّينَوَري، المعروف بالدّقّيِّ الصوفي -قال هذا الرجل : كنت أكاري على بغل لي من دمشق إلى بلد الزّبَدَاني، فركب معي ذات مرة رجل، فمررنا على بعض الطريق، على طريق غير مسلوكة، فقال لي: خذ في هذه، فإنها أقرب. فقلت: لا خبرَةَ لي فيها، فقال: بل هي أقرب. فسلكناها فانتهينا إلى مكان وَعْر وواد عميق، وفيه قتلى كثير، فقال لي: أمسك رأس البغل حتى أنزل. فنزل وتشمر، وجمع عليه ثيابه، وسل سكينا معه وقصدني، ففررت من بين يديه وتبعني، فناشدته الله وقلت: خذ البغل بما عليه. فقال: هو لي، وإنما أريد قتلك. فخوفته الله والعقوبة فلم يقبل، فاستسلمت بين يديه وقلت: إن رأيت أن تتركني حتى أصلي ركعتين؟ فقال: صل وعجل. فقمت أصلي فَأرْتِج عليَّ القرآن فلم يَحضرني منه حرف واحد، فبقيت واقفًا متحيرًا وهو يقول: هيه. افرُغ. فأجرى الله على لساني قوله تعالى:{ أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ } ، فإذا أنا بفارس قد أقبل من فم الوادي، وبيده حربة، فرمى بها الرجل فما أخطأت فؤاده، فخر صريعًا، فتعلقت بالفارس وقلت: بالله مَنْ أنت؟ فقال: أنا رسول[الله] (1) الذي يجيب المضطر إذا دعاه، ويكشف السوء. قال: فأخذت البغل والحمل ورجعت سالما.

Ertinya: Al-Hafiz Ibn ‘Asakir menceritakan kisah seorang lelaki yang digelar al-Diqqiyy al-Sufi…

"Aku menunggang keldaiku dari Damsyiq menuju negeri al-Zabadani. Perjalananku diiringi seorang lelaki dan kami melalui beberapa jalan yang tidak biasa dilalui orang ramai."

Lelaki tersebut berkata kepadaku: “Ikutlah jalan ini kerana ia adalah jalan pintas yang lebih dekat.”

Aku menjawab: “Aku tak biasa melalui jalan ini.”

Lelaki itu meyakinkanku: “Betul! Ia jauh lebih dekat”.

Kami pun mengikut jalan tersebut sehinggalah kami sampai ke sebuah tempat yang tersorok lagi dalam dan kelihatan banyak tulang mayat bertaburan di situ….lelaki itu kemudiannya menghunuskan pisaunya. Aku cuba melarikan diri dan berkata kepadanya: “Ambillah keldai dan semua hartaku.”

Perompak itu berkata: “Memang ia sudah menjadi milikku, tapi aku tetap mahu membunuhmu.”

Aku cuba menggerunkannya dengan azab Allah, tetapi tetap tidak dipedulikannya. Aku kemudiannya meminta agar dibenarkan bersoalat 2 rakaat. 

Lelaki itu berkata: “Sila dan solatlah dengan segera!” Aku mula bersolat tetap aku tidak mampu membaca sebarang ayat (kerana ketakutan yang amat sangat). Akhirnya aku terduduk kebingungan. Lelaki itu berkata: “Sudah! Cukup!”

Tiba-tiba Allah menggerakkan lidahku untuk membaca ayat ini (al-Naml: 62). Sejurus selepas itu, tiba-tiba seorang penunggang kuda bersenjatakan tombak muncul dari permukaan lembah tersebut. Penunggang kuda itu melontarkan tombaknya dan tepat menikam jantung si lelaki itu yang langsung jatuh tersungkur.

Aku memegang penunggang kuda itu seraya berkata: “Demi Allah! Siapakah kamu ini?”

Penunggang kuda itu berkata: “Aku adalah utusan Allah! yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan.”  Sesudah itu, aku mengambil keldai serta barangku dan kembali dengan selamat (Tafsir Ibn Kathir).

Memang hanya Allah pelindung sebenar. Itulah intisari Tawhid yang perlu dipasak kemas dalam hati setiap orang beriman:

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: Dan jika Allah kenakan engkau dengan sesuatu yang bahaya, maka tiada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia kehendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya dari hamba-Nya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Yunus[10:107]).

Itulah sebabnya ketika lari menyelamatkan dirinya dari buruan bangsawan Qibti selepas terbunuh seorang lelaki Qibti secara tak sengaja, nabi Musa berdoa harap hanya pada Allah:

وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى قَالَ يَا مُوسَى إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ (20) فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (21)

Ertinya: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu". Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "WAHAI TUHANKU, SELAMATKANLAH DAKU DARIPADA KAUM YANG ZALIM " (al-Qasas [28:20-21]).

Rasa TAWHID seeloknya dipasak semenjak kecil lagi sebagaimana kisah nasihat baginda kepada anak kecil yang juga sepupunya Abdullah Ibn ‘Abbas:

يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

Ertinya: Wahai anak! Aku akan mengajarkanmu beberapa pelajaran berguna. Jagalah hak Allah, pastinya Allah akan menjagamu. Jagalah hak Allah, pastinya Allah akan membantumu. Jika engkau mahu meminta sesuatu maka mintalah dari Allah.  Jika engkau mahukan pertolongan, maka mintalah pertolongan darinya. Percayalah bahawa jika seluruh umat manusia berkumpul untuk memberikanmu sesuatu manafaat, mereka tidak akan mampu (sama sekali)  memberikanmu manafaat melainkan apa yang sudah Allah tentukan untukmu. Dan jika mereka (seluruh umat manusia) berkumpul untuk memudharatkanmu, mereka tidak akan mampu (sama sekali)  memudharatkanmu melainkan apa yang sudah Allah tentukan untukmu. Pena taqdir sudah diangkat dan kertas taqdirmu juga sudah kering! (Taqdir yang ditulis semenjak azali sudah muktamad dan tidak akan berubah) (Sunan al-Tirmidhi).

Teguhkan iman dan Tawhid kita hanya pada Allah! Mohonlah hanya padaNya dan bukan pada yang lain.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Tuesday, July 3, 2018

DOSA DIPANDANG MUDAH

DOSA DIPANDANG MUDAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

“Ustaz! Ada teman sepejabat saya, baru kematian suami. Eddahnya belum habis tapi beraya sakan. Cara pakainya penuh ranggi, cat mukanya mengalahkan opera cina. Apa yang patut saya buat?”

Saya terkejut apabila menerima soalan ini. Ini adalah kesilapan kritikal yang berlaku dalam masyarakat kerana terlalu ghairah menyambut hari raya. Perlu diingat Islam sangat menjaga kehormatan wanita. Wanita yang masih berada eddah kematian suami wajib menjaga diri sebagaimana arahan Allah ini:

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Ertinya: Orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat (al-Baqarah 2:234).

Wanita yang berada dalam eddah kematian suami tidak boleh keluar rumah kecuali untuk keperluan mendesak seperti mencari rezeki. Mereka juga tak boleh berhias atau melakukan tindakan yang boleh mengundang pinangan baru sebelum berakhirnya eddah. Antara sebab larangan ini adalah bagi memastikan rahim mereka benar-benar bersih daripada zuriat suami yang baru meninggal dunia. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat tentang kematian suaminya. Jika isteri terlalu galak keluar dan bersuka ria, mata awam boleh berprasangka dengan berbagai andaian. Ini secara tak langsung akan mencemar maruah wanita.

Islam bukanlah agama yang pasif dan membunuh naluri manusia untuk bergembira pada hari raya, tetapi syariat Islam mempunyai hikmah tertentu yang kadangkala tidak difahami oleh manusia.

Dua hari raya yang diwartakan Islam adalah hari kebesaran agama dan bukannya perayaan budaya atau bangsa. Islam adalah agama Allah dan Allah pula Tuhan semua bangsa dunia, bukan Tuhan orang Arab atau orang Melayu sahaja. Salah benar jika ada yang beranggapan ‘Idul fitri adalah hari raya bangsa Melayu. Apatah lagi jika ‘Idul Fitri cuba diinstitusikan dengan menu orang Melayu seperti ketupat dan lemang.

Jika Islam tidak diutus melalui Rasulullah SAW, dua hari raya Islam tidak mungkin kita sambut dengan meriah. Perhatikan kisah sejarah awal sambutan hari raya  dalam hadith ini:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَقَالَ مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ قَالُوا كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

Ertinya: Anas menceritakan ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduknya memiliki 2 hari raya yang mereka bergembira padanya. Rasulullah bertanya: “2 hari apa ini?” Mereka menjawab: “2 hari yang kami biasa bergembira padanya ketika Jahiliyah.” Rasulullah SAW pun bersabda: “SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH GANTI KEDUA HARI TERSEBUT DENGAN 2 HARI YANG LEBIH BAIK, IDUL ADHA DAN IDUL FITRI.” (Sunan Abu Dawud).

Apabila difaham bahawa ‘Idul Fitri adalah anugerah Allah kepada umat Islam, maka sangat malang dan tidak cocok jika sambutannya disulami perbuatan melanggar suruhan Allah. Setakat pemerhatian penulis, banyak kesilapan yang dilakukan oleh ramai Muslim ketika menyambut hari raya, antaranya:

- Sibuk berhari raya sehingga mengabaikan solat sunat hari raya dan solat Fardhu.

- Berhabis harta, bergolok gadai kerana tak mahu kalah dalam sambutan hari raya.

- Pergaulan tanpa kawal antara saudara mara yang sah nikah atas alasan sambutan hari raya. Pergaulan ini melibatkan banyak isu seperti bersalaman secara bebas, mendedahkan aurat dan sebagainya.

- Mengunjungi kubur dalam keadaan melanggar adab ziarah kubur seperti tidak berusaha mengingati mati, melakukan perkara haram seperti merokok dan memijak kubur orang lain.

Walau bagaimanapun, antara DUA dosa yang selalu dipandang remeh walaupun memberi impak besar kepada setiap Muslim adalah;

PERTAMA: Meneruskan dosa yang ditangguh seketika kerana bulan Ramadhan. Ramai Muslim menangguhkan dosa kerana menghormati bulan Ramadhan. Setelah Ramadhan berlalu, mereka kembali kepada dosa lama seperti manusia “gian dosa.” Kaki tak solat kembali lupa jalan ke surau masjid atau berapa jumlah rakaat solat 5 waktu kerana sibuk dengan rutin harian. Kaki dedah aurat mulai hilang tudung atau baju sopan di celah timbunan baju dalam almari. Kaki umpat kembali mengaktifkan akaun facebook atau what’s app group yang dijadikan medium kutuk umpat setelah bercuti seketika dalam bulan Ramadhan. Kaki gaduh kembali mencari isu untuk “dinyalakan” dalam kandang “politik” atau pergaduhan keluarga yang padam seketika dalam bulan Ramadhan.

Sebenarnya dalam bulan Ramadhan dahulu pun sudah ada kaki dosa yang cuma mengawal dosa pada siang Ramadhan sahaja. Sebaik  sahaja azan Maghrib dikumandang, mereka “TERUS” berbuka puasa dengan dosa asap rokok, dosa tidak solat dan dosa-dosa lain.

Mungkin mereka ingat Allah hanya wujud pada siang Ramadhan sahaja. Atau mungkin mereka tak tahu bahawa Allah Tuhan kepada semua 12 bulan dan bukan hanya Tuhan yang mencipta Ramadhan.


Sikap ini sangat bahaya kerana mereka seakan mempersenda makna taubat. Mereka tidak menjiwai makna taubat yang merangkumi sesalan dan azam sepenuh hati tidak akan mengulangi dosa lampau sebagaimana firman Allah:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Ertinya: Dan (manusia yang berhak mendapat syurga adalah) orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (Ali ‘Imran 3:135).

Jika taubat sebelum Ramadhan tidak digerakkan oleh niat yang ikhlas, apa agaknya penerimaan Allah terhadap amalan puasa mereka? Saya sangat bimbang setelah membaca sabda Rasulullah SAW ini:

عن كعب بن عجرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « احضروا المنبر » فحضرنا فلما ارتقى درجة قال : « آمين » ، فلما ارتقى الدرجة الثانية قال : « آمين » فلما ارتقى الدرجة الثالثة قال : « آمين » ، فلما نزل قلنا : يا رسول الله لقد سمعنا منك اليوم شيئا ما كنا نسمعه قال : « إن جبريل عليه الصلاة والسلام عرض لي فقال : بعدا لمن أدرك رمضان فلم يغفر له قلت : آمين ، فلما رقيت الثانية قال : بعدا لمن ذكرت عنده فلم يصل عليك قلت : آمين ، فلما رقيت الثالثة قال : بعدا لمن أدرك أبواه الكبر عنده أو أحدهما فلم يدخلاه الجنة قلت : آمين

Ertinya: Ka’ab bin ‘Ujrah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Bawa datang mimbar itu.” Kami pun membawa mimbar yang dipinta, apabila baginda menaiki satu anak tangga baginda berkata:”AMIN!” Apabila baginda menaiki tangga kedua, diucapnya lagi: “AMIN!” Apabila baginda menaiki tangga ketika, diucapnya lagi: “AMIN!” Para sahabat bertanya mengenainya, baginda bersabda: “JIBRIL DATANG MENEMUIKU DAN BERKATA “SIA-SIALAH (HIDUP) ORANG YANG MASUK KE BULAN RAMADHAN TETAPI TIDAK DIAMPUNKAN DOSANYA (SELEPAS HABIS RAMADHAN). OLEH ITU AKU UCAPKAN AMIN. Apabila aku menaiki tangga kedua, Jibril berkata Sia-sialah (hidup) orang yang disebut namamu di sisinya tetapi dia (diam) tidak berselawat. Aku pun ucapkan Amin. Apabila aku menaiki tangga ketiga, Jibril berkata lagi sia-sialah (hidup) seseorang yang sempat bersama seorang atau kedua ibu bapanya yang tua tetapi usaha menjaga keduanya tidak membawanya ke syurga. Oleh itu, aku ucapkan Amin!” (Mustadrak al-Hakim).

KEDUA. Dosa mengambil hak orang lain semasa majlis sambutan hari raya. Ada sesetengah pengunjung majlis sambutan ‘Idul Fitri bersikap pelik apabila sanggup membungkus atau “tapau makanan” yang disediakan penganjur walaupun majlis belum habis berlangsung. Tapau mereka pula dilakukan senyap-senyap tanpa pengetahuan apatah lagi izin pihak penganjur. Apa agaknya istilah terbaik bagi tindakan ambil barang orang tanpa pemiliknya tahu atau izin? Ia sangat mirip dengan makna curi, dan curi adalah jenayah yang sangat dimurkai Allah. Semua Muslim wajib tahu, yang haram itu bukan hanya “babi,” ambil hak orang lain tanpa izin juga dosa yang ada hukuman dunia dan akhiratnya.

Tindakan si pelaku yang “tapau makanan” tanpa izin telah menzalimi 2 pihak iaitu pihak penganjur yang berhasrat agar “semua jemputan yang dijemput” dapat meni’mati hidangan dan juga menzalimi tetamu yang tiba lewat.

Sempena ‘Idul Fitri yang mulia ini, marilah sama-sama kita sambut PERAYAAN AGAMA kita ini dalam kehendak Allah. Jangan kerana galak berhari raya menyebabkan kita menjentik kemurkaan Allah.Teruskan momentum ibadah Ramadhan bersama kegembiraan Syawwal, mudah-mudahan hidup kita diberkati dan amalan kita diterima Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...