Thursday, May 31, 2018

Iftar and Teraweeh at Slim River

 (View of the Ramadan Bazaar from Room 402. I managed to buy Nasi Ayam Madu for the hotel's Muslim staff for their iftar. As for me, I bought nasi kerabu (all time favourite) and a few kuihs too.  Nasi Kerabu is for my iftar. The kuihs are for after Teraweeh.)

 (Iftar with sisters at Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River.  There is also a Masjid with the same name in Ipoh  Here the Iftar is served buffet.)

 (My nasi kerabu. Also three pieces of Ajwa dates. Alhamdulillah)


 (These kuihs I took from the buffet table.  Two pieces epok-epok and a sambal doughnut)

 (The prayer hall, waiting for Teraweeh to begin)

 (Sisters also waiting for Teraweeh to start)

 (It rained the whole day and night too.)

(Our food for sahoor this morning)

TERAPI PESAKIT KOMA DALAM AL-QURAN?

TERAPI PESAKIT KOMA DALAM AL-QURAN?

Tadabbur ringkas juzuk 15 sempena hari ke 15 Ramadhan

Al-Quran bukan sebuah buku sains yang bertanggung jawab mengulas segala fakta saintifik. Ia adalah kitab panduan yang membimbing manusia untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah ayat al-Quran Allah menyentuh aspek saintifik secara tidak langsung dan halus bagi menyerlahkan kemukjizatannya sebagaimana isu rawatan pesakit koma dalam tulisan ini. Ketika menceritakan cara tidur 7 pemuda gua Allah berfirman:

وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Ertinya: Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami bolak-balikkan mereka (dalam tidur itu) ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri daripada mereka, dan tentulah engkau akan berasa sangat gerun takut kepada mereka (al-Kahf 18:18).

Pergerakan dan perubahan posisi dalam tidur adalah tindakan luar kawal manusia. Ia membantu melancarkan pergerakan darah dan mengekalkan kesihatan. Tidur statik tanpa pergerakan tidak baik untuk kesihatan. Ketika mengulas pergerakan tidur 7 pemuda tersebut,  Abdullah ibn ‘Abbas RA menjelaskan mereka digerakkan Allah secara semula jadi untuk memastikan tubuh mereka kekal selamat dan tidak dimakan oleh bumi (Tafsir al-Tabari).

Ketika mengajar ayat ini, seorang murid saya yang juga seorang Doktor perubatan Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Zin bin Bidin (bekas dekan fakulti perubatan Universiti Pertahanan Nasional dan Vice-Chancellor Widad Kolej Universiti, Pahang) berkongsi maklumat tentang rawatan pesakit koma di hospital. Pesakit koma biasanya terdedah kepada berbagai komplikasi kesihatan yang menjejaskan fungsi tubuh badan mereka seperti pengecutan otot (atrophy), pengerasan sendi badan, jangkitan kudis pada bahagian belakang dan perjalanan darah yang tidak lancar. Sekiranya komplikasi ini tidak ditangani sewajarnya, para pesakit koma boleh mengalami lumpuh atau mati.

Bagi mengelakkan semua komplikasi tersebut, pihak Hospital biasanya akan membantu para pesakit koma dengan melakukan aktiviti pergerakan secara berskala setiap hari. Pihak hospital biasanya menggunakan mesin penggerak khusus yang dinamakan sebagai “passive movement machine”. Mesin ini datang dalam bentuk katil berenjin yang dikawal oleh computer. Tilam berangin atau “ripple mattress” juga digunakan untuk meransang gerakan pada tubuh pesakit koma. Rawatan ini sedikit sebanyak membantu para pesakit koma untuk mengekalkan tahap kesihatan fizikal mereka kerana mungkin pada suatu hari nanti mereka akan kembali sedar seperti orang normal yang lain.

Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Agung.

-Abdullah Bukhari @31 Mei 2018 -

Wednesday, May 30, 2018

Iftar at Slim River

Alhamdulillah. Happy after Teraweeh. Now to check in Hotel Summit Signature.

My corner whilst waiting for solat Eshaq and Teraweeh.

Tok Mak (kak Ngahs MILs Mom gave me this baju kurung which she sewed herself. Thank you Tok Mak. She said this is her gift for me to remember her when shes gone. 😢😢😢

Poor Medina, her Mak put tapioca flour on her cheeks because so gatal. Medina has milk rashes on both her cheeks.

Medina enjoying her first fruit. Plum. 😊

Thursday, May 24, 2018

Iftar at Masjid Makmuriah Sungai Besar

We arrived Sungai Besar and checked into Hotel Kompit before proceeding to Masjid Makmuriah for our Iftar and Teraweeh prayers. Alhamdulillah.

I forgot to take a picture during Iftar with the other ladies here.  Iftar was served the old fashion way, ie. tudung sajis were used to cover the food served on dulangs.  No buffet here.  So, four ladies to each dulang.  Since I bought Nasi Ambeng at the Bazar Ramadan in Sungai Besar town, I shared the Nasi Ambeng with the other ladies too. Alhamdulillah.

After solat Maghrib, when I need to take ablution again, I was very impressed with the cleanliness and stench free ladies toilet and also the ablution area.  Kudos to the AJK Masjid Makmuriah.

We returned to the hotel after Teraweeh and had our supper in our room.  We ate the kuihs which I bought at the bazar in Sungai Besar, Alhamdulillah.






(Hubby took this selfie and here is the plastic blue tudung saji and the food served in the dulang)



(if hungry in the middle of the night can find this vending machine at the Lobby, Kompit Hotel)






JAGA PUASA TAHUN INI KERANA RAMADHAN TAHUN HADAPAN BELUM TENTU MILIK KITA

JAGA PUASA TAHUN INI KERANA RAMADHAN TAHUN HADAPAN BELUM TENTU MILIK KITA

Ajal maut bukan di tangan kita. Pada awal Ramadhan ini saya dapat 2 berita kematian kawan yang masih muda, sihat, segar bugar. Keduanya meninggal kerana kemalangan jalan raya. Allah lebih sayangkan mereka. Apa pengajaran untuk kita?

"HAYATI DAN ISILAH RAMADHAN TAHUN INI SEBAIK MUNGKIN. HINDARI PERKARA YANG BOLEH KURUSKAN PUASA KITA. REALITI SEMASA MENUNJUKKAN PUASA RAMAI MUSLIM DI MALAYSIA KURUS KERANA KOMEN , EJEK SINDIR DAN UMPAT KEJI MEDIA SOSIAL (FB DAN WHAT'S APP GROUP)."

Jika ada group yang rancak menambah dosa tanpa sedar dengan ejek, sindir dan umpat maya maka elok left sahaja. Inilah sebabnya nabi beri panduan ini kepada kita:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ وَإِنْ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

Ertinya: Abu Hurayrah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda - Puasa itu adalah perisai (daripada api neraka). Maka janganlah dia berkelakuan keji (seperti bercakap lucah) dan bertindak jahil (bodoh seperti menjerit atau berkelakuan tanpa akhlak). Jika ada sesiapa mencaci atau mencelanya maka UCAPKANLAH SESUNGGUHNYA AKU SEDANG BERPUASA SEBANYAK 2 KALI (sebagai penegasan berganda atau sekali pada lidah dan sekali lagi sebagai peringatan pada hati) (Sahih al-Bukhari).

Ingat! Kalau puasa tahun ini kita terlepas peluang pengisian ibadah kerana sibuk "berbawang" dengan berbagai isu PANAS, puasa tahun hadapan belum tentu milik kita. Pastinya beza antara 2 Ramadhan sudah jauh antara langit dan bumi sebagaimana diceritakan hadith ini:

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً قَالُوا بَلَى قَالَ وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ قَالُوا بَلَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Ertinya:  Talhah bin Ubaydillah menceritakan, pada suatu hari 2 orang lelaki dari Suku Baliyy datang bertemu Rasulullah SAW. Keduanya mereka memeluk islam secara serentak. Seorang dari mereka begitu bersemangat untuk berjihad berbanding yang seorang lagi, lalu dia menyertai perang dan gugur syahid. Kemudian yang seorang lagi terus hidup selepasnya selama setahun kemudian diapun meninggal dunia. Talhah menyambung: “Pada suatu hari aku bermimpi bersama mereka berdua di pintu syurga, kemudian keluar malaikat dari syurga lalu mengizinkan lelaki yang mati kemudian memasuki syurga, kemudian malaikat tadi keluar lagi dan mengizinkan lelaki yang gugur syahid itu memasuki surga, kemudian dia datang semula kepadaku dan berkata: “Engkau pulanglah, kerana giliranmu memasuki syurga masih belum sampai.”

Menjelang pagi hari Talhah menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi kepada orang ramai, maka mereka semua hairan dengan mimpinya. Lalu perkara itu sampai kepada Rasulullah SAW dan mereka menceritakannya kepada baginda. Tanya baginda: Apa yang menghairankan kamu semua? Mereka menjawab: Wahai Rasulullah SAW lelaki ini lebih bersemangat berjihad berbanding seorang lagi, kemudian dia memperoleh syahid, akan tetapi kawannya yang mati selepasnya lebih dahulu memasuki syurga. Jawab Nabi SAW: Bukankah lelaki ini telah hidup selepas kawannya yang mati syahid itu selama setahun? Jawab mereka: Benar. Sambung baginda lagi: Bukankah dia telah mendapati bulan Ramadhan dan berpuasa dalamnya dan telah mendirikan banyak rakaat solat dalam setahun itu? Jawab mereka: Benar. Sabda Nabi SAW: Maka beza antara mereka lebih jauh dari langit dan bumi.” (Sunan Ibn Majah).

Jangan rosakkan puasa anda dengan aktiviti tak berfaedah media sosial!

- Abdullah Bukhari @ 24 Mei 2018 -

Wednesday, May 23, 2018

Iftar at Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River

I followed hubby to Slim River after I left the hospital.  Well, the surgery was just a small one.  No pain more when I walked.  So, jalan-jalan lah....hehehe...

We left after solat Zuhur.  It was raining when we left Kajang.  During the journey, I slept from Shah Alam on wards.  Then hubby woke me up when we arrived at a Masjid just before reaching Tanjong Malim. We had our solat Asar there.  I also received a packet of bubur lambuk at the Masjid. Alhamdulillah.

Then we went to Pekan Behrang bazaar Ramadan to buy food for iftar.  I bought nasi kerabu, one of my favourite dishes and also traditional kuehs.  I hope the pulut panggang and lepat pisang, also the epok2 gergasi will be delicious too.  Hubby bought this kuih tepung putih which he had never eaten before. I was curious too re its taste.  Well, have to wait till iftar.

When we arrived at Summit Signature Hotel in Slim River, it was already 6pm. So we got ready for Maghrib and Iftar.  Hubby suggested we have Iftar at the Masjid Slim River, Maghrib and also Eshaq and Teraweeh prayers.  In shaa Allah.

At the Masjid, I joined the Muslimah group for Iftar.  There were about forty of us.  Since I brought my own food for Iftar, I did not queue at the buffet table.  But I did choose to take two pieces of kuih burger bom (mini bun sandwich stuffed with sambal tumis ikan bilis) after everyone has taken theirs.

Alhamdulillah after Iftar, then solat Maghrib, I read the Noble Quran continuing from where I left off. Alhamdulillah I managed to complete Juzuk 6. After solat Eshaq and Teraweeh (we did only eight rakaats plus three Witir) we returned to the hotel.

Hubby finally ate the kuih tepung putih,  He said it was sedap (delicious) but the inti kelapa too sikit. Hehehee.... He said sure tangan orang tuo buat ni...

I finally slept at 11.30pm.  Exhausted but happy.  Alhamdulillah.

Hubby? He was still on his handphone. Hahahaaa.......







Toe Nail Surgery


Waiting for my turn.  


After surgery.  Nail gone.  Bandage will be removed Monday, In shaa Allah


Khairulzaman picking me up at the Hospital entrance.

ADAKAH NABI DAN SAHABAT PUASA DALAM PERANG BADAR

ADAKAH NABI DAN SAHABAT PUASA DALAM PERANG BADAR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Ustaz! Ini kali pertama saya dengar para sahabat nabi TAK PUASA ketika berlakunya perang Badar. Biasanya kita ditegur kerana lemah dan lembik ketika puasa, sedangkan para sahabat nabi yang berpuasa tetap gagah perkasa menentang musuh dalam perang Badar. Saya sangsi, betulkah apa yang ustaz sebut?”

Semalam (2 Jun 2017, Jumaat) saya dijemput tazkirah Ramadhan bertajuk “RAMADHAN: HADIAH ALLAH KEPADA KITA” di Pejabat Ana Muslim di Desa Melawati, Selangor. Semasa sessi soal jawab, seorang kaki tangan Ana Muslim bertanya soalan di atas.

Perlu kita sedar dan tahu bahawa Islam adalah agama untuk manusia yang sangat logik. Agak sukar bertempur menghayun pedang, berlari mengelakkan serangan musuh dan sebagainya jika orang Islam berpuasa. Tentang adakah benar atau tidak baginda dan para sahabat berbuka puasa dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah dan perang Badar, cukuplah nass hadith ini menjawab:

سَافَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى مَكَّةَ وَنَحْنُ صِيَامٌ قَالَ فَنَزَلْنَا مَنْزِلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ قَدْ دَنَوْتُمْ مِنْ عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَكَانَتْ رُخْصَةً فَمِنَّا مَنْ صَامَ وَمِنَّا مَنْ أَفْطَرَ ثُمَّ نَزَلْنَا مَنْزِلًا آخَرَ فَقَالَ إِنَّكُمْ مُصَبِّحُو عَدُوِّكُمْ وَالْفِطْرُ أَقْوَى لَكُمْ فَأَفْطِرُوا وَكَانَتْ عَزْمَةً فَأَفْطَرْنَا

Ertinya: Abu Sa’id al-Khudri berkata, kami pernah musafir dengan Rasulullah SAW ke Mekah dalam keadaan kami berpuasa. Kami pun singgah di suatu tempat, setelah itu baginda SAW bersabda: “Kamu sudah hampiri musuh kamu, sedangkan berbuka puasa lebih menguatkan kamu  (untuk menghadapi musuh).” Cadangan nabi itu menjadi pilihan kepada kami, ada yang berbuka manakala ada juga yang meneruskan puasa.  Setelah kami sampai ke tempat persinggahan yang lain, baginda bersabda lagi: "Kamu sedang berhadapan dengan musuh kamu, buka puasa itu lebih kuat untuk kamu maka berbukalah".(Abu Said al-Khudri berkata): Maka itu sudah menjadi satu kewajipan, maka kami pun berbuka (Sahih Muslim  & Sunan Abu Dawud).

Dalam hadith lain disebut:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَامَ الْفَتْحِ إِلَى مَكَّةَ فِي رَمَضَانَ فَصَامَ حَتَّى بَلَغَ كُرَاعَ الْغَمِيمِ فَصَامَ النَّاسُ ثُمَّ دَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ فَرَفَعَهُ حَتَّى نَظَرَ النَّاسُ إِلَيْهِ ثُمَّ شَرِبَ فَقِيلَ لَهُ بَعْدَ ذَلِكَ إِنَّ بَعْضَ النَّاسِ قَدْ صَامَ فَقَالَ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ أُولَئِكَ الْعُصَاةُ

Ertinya: Jabir bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW keluar pada tahun pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan. Baginda masih berpuasa sehingga sampai ke sebuah tempat bernama Kura' al-Ghamim ketika orang masih berpuasa. Baginda meminta segelas air, lalu diangkat dan diminumnya (untuk diminum) supaya ia dilihat orang ramai. Selepas itu, dilaporkan masih ada orang yang berpuasa, baginda lalu berkata: "Mereka itu telah derhaka (sebanyak 2 kali)" (Sahih Muslim).

Dalam riwayat lain, ‘Umar bin al-Khattab turut menceritakan perkara yang sama:

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ غَزَوْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ غَزْوَتَيْنِ يَوْمَ بَدْرٍ وَالْفَتْحِ فَأَفْطَرْنَا فِيهِمَا

Ertinya: ‘Umar RA berkata: Kami berperang dalam 2 buah perang (Badar dan Pembukaan Kota Mekah) bersama Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan, LALU KAMI BERBUKA PUASA PADA KEDUA PERANG TERSEBUT (Sunan al-Tirmidhi).

Hadith ketiga ini dihukum lemah oleh sebahagian ulama, namun begitu kepentingan memenangi jihad sangat mendesak umat Islam berbuka puasa. Allahu A'lam.

Semoga 3 nass ini menjawab soalan yang diajukan. Islam adalah agama yang sesuai untuk manusia. Ketika keadaan terdesak seperti saat perang, musafir dan sebagainya, Allah MEMBERI HADIAH RUKHSAH ATAU KELONGGARAN KEPADA KITA UNTUK BERBUKA. Ia jelas menunjukkan rahmat Allah:

وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر

Ertinya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari yang lain. Allah mahu memudahkan bagimu, dan tidak mahu menyukarkan kamu…. (al-Baqarah[2:185]).

Semoga bermanafaat.

Tuesday, May 22, 2018

My Right Toe Nail



It was after solat Witir at Masjid Uniten last night, when I was adjusting my right foot to sit properly, that I suddenly felt a sharp pain on my right toe nail. It lasted for a few seconds.  So I just ignored it.

Then when I arrived home, I took off my socks and took a look at my toe nail.  Nothing abnormal so I went to the kitchen and have mee hoon soup.  Always hungry after Teraweeh. Hehehe....

When I woke up for Sahoor this morning, and was removing my socks (I slept with socks on) to go to the bathroom, that I felt that sharp pain again.  So I removed the socks slowly.  Then took another look at my toe nail.  But this time I touched it and.....Subhanallah....the toe nail was coming off.  I could flip it open.  So takut.....

I then took a video and post it to my family wassap group since everyone was still asleep.  Then after sahoor, no one asked about my toe nail.  Well, I guess they have not seen the video.  Never mind lah. Do not want to worry everyone.

As usual after solat Fajr and reading the Noble Quran, I went back to sleep.  When I woke up, there was nobody at home.  Then I called KPJ Kajang to see Dr Surendra Masilamoney (orthopaedic surgeon) but his nurse informed me to get a GL from our panel clinic.

At the panel clinic, the doctor said she could remove the nail for me.  But I refused and insisted to see a specialist.  Then with the GL I went to see Dr Surendra. Alhamdulillah, Dr Surendra explained the problem and procedure very professionally unlike the doctor at the panel clinic.

In shaa Allah, surgery scheduled tomorrow at 9.30am.  

Saturday, May 19, 2018

Iftar with Family

(Khairulzaman took these photos using his new mobile)


(Medina being fed lunch by her papa before 'balik kampong for Iftar. 😀)


The contractor came this morning to replace our toilet with a new one.  It uses hydraulic when covering the toilet seat after use. Heheee.... It also has a foot stool to put both feet when using the w.c. as though we are squatting when using it. Hahahaa.....

Anyway all my children and cucus 'balik kampong' to have Iftar with us.  It was funny when I heard the balik kampong coming from kak ngah.  Her house is so close to us and took her and family hardly five minutes to arrive.  Balik kampong indeed.😄 😍




SCKLM 2018 HM Finisher Medal

(Finally SCKLM 2018 HM Finisher Medal arrived via Poslaju this morning. Alhamdullillah)

(SCKLM 2018 said I deserve the medal even I Finished after COT.  Thank you very much SCKLM 2018)





Friday, May 18, 2018

Garmin Forerunner 35

I earned a badge on Garmin Connect. #garmin #beatyesterday

Wednesday, May 16, 2018

KEBAHAGIAAN BERSAMA ORANG SURAU MASJID

KEBAHAGIAAN BERSAMA ORANG SURAU MASJID

Tenang dan bahagia sekali melihat orang surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B bersembang sesama mereka tentang ruang tambahan surau yang baru siap dibina. Ada yang mengukur jumlah jemaah bagi setiap saf. Ada pula berbincang tentang ruang kasut dan sebagainya.

Ruang ini bernilai 60K dan dibiayai dana surau dan waqaf per-kaki para jemaah. Insyaallah ruang ini akan digunakan dalam Ramadhan tahun ini. Saya pernah pesan kepada para murid saya tentang kelebihan orang surau:

"Bila anda berpindah ke tempat baharu, mula-mula sekali carilah surau atau masjid kerana para pengunjungnya adalah orang beriman. Bila teman dan jiran anda orang beriman, Insyaallah hidup anda di tempat itu diberkati Allah!"

Benar! Jemaah surau dan masjid adalah makhluk pilihan Allah. Bukan saya kata, tapi ia janji Allah dan Rasulullah SAW. Hayatilah hadith ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِلَّهِ مَلَائِكَةً يَطُوفُونَ فِي الطُّرُقِ يَلْتَمِسُونَ أَهْلَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا قَوْمًا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَنَادَوْا هَلُمُّوا إِلَى حَاجَتِكُمْ قَالَ فَيَحُفُّونَهُمْ بِأَجْنِحَتِهِمْ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ رَبُّهُمْ وَهُوَ أَعْلَمُ مِنْهُمْ مَا يَقُولُ عِبَادِي قَالُوا يَقُولُونَ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيُمَجِّدُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ هَلْ رَأَوْنِي قَالَ فَيَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ مَا رَأَوْكَ قَالَ فَيَقُولُ وَكَيْفَ لَوْ رَأَوْنِي قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْكَ كَانُوا أَشَدَّ لَكَ عِبَادَةً وَأَشَدَّ لَكَ تَمْجِيدًا وَتَحْمِيدًا وَأَكْثَرَ لَكَ تَسْبِيحًا قَالَ يَقُولُ فَمَا يَسْأَلُونِي قَالَ يَسْأَلُونَكَ الْجَنَّةَ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ أَنَّهُمْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ عَلَيْهَا حِرْصًا وَأَشَدَّ لَهَا طَلَبًا وَأَعْظَمَ فِيهَا رَغْبَةً قَالَ فَمِمَّ يَتَعَوَّذُونَ قَالَ يَقُولُونَ مِنْ النَّارِ قَالَ يَقُولُ وَهَلْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْهَا قَالَ يَقُولُونَ لَوْ رَأَوْهَا كَانُوا أَشَدَّ مِنْهَا فِرَارًا وَأَشَدَّ لَهَا مَخَافَةً قَالَ فَيَقُولُ فَأُشْهِدُكُمْ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ قَالَ يَقُولُ مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ فِيهِمْ فُلَانٌ لَيْسَ مِنْهُمْ إِنَّمَا جَاءَ لِحَاجَةٍ قَالَ هُمْ الْجُلَسَاءُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

Abu Hurayrah RA berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Allah mempunyai para malaikat yang tugasnya mengelilingi dunia mencari ahli zikir (orang yang menghadiri majlis ilmu, zikir dan sebagainya). Apabila menemuinya, para malaikat memanggil malaikat yang lain seraya berkata “Ayuhlah kamu semua memenuhi hajat kamu – menyertai majlis zikir.” Para malaikat itu kemudiannya berkerumun mengelilingi orang yang sedang berzikir itu dengan sayap mereka sehingga memenuhi antara mereka dan langit dunia (terdekat).

Allah kemudiannya bertanya kepada mereka, sedangkan Allah Maha Tahu perbuatan mereka - "Apa yang diminta oleh hamba-Ku (dalam majlis zikir tersebut?).”Para malaikat menjawab: “Mereka bertasbih, bertakbir, memuji dan mengangungkan-Mu.” Allah bertanya lagi: “Adakah mereka (mampu) melihat-Ku?” Para malaikat menjawab: “Demi Allah! Mereka tidak dapat melihat-Mu.” Allah bertanya: “Apa akan jadi jika mereka mampu melihat-Ku?” Para malaikat menjawab: “Sudah pasti mereka akan tambah banyak beribadat pada-Mu, mengagungkan-Mu, memuji-Mu dan bertasbih pada-Mu.”

Allah bertanya lagi: "Apa yang mereka mohon pada-Ku?" Malaikat menjawab: "Mereka memohon syurga." Allah bertanya: "Adakah mereka pernah melihat syurga-Ku?" Malaikat menjawab: "Tidak pernah.” Allah bertanya: "Apa akan jadi jika mereka dapat melihat syurga!" Malaikat menjawab: "Sudah pasti mereka akan bertambah keinginan mencapainya.”

Allah bertanya: “Apa yang mereka mohon perlindungan (dari-Ku)?” Malaikat menjawab: “Mereka memohon perlindungan-Mu dari azab neraka.” Allah bertanya: "Adakah mereka pernah melihat neraka?" Malaikat menjawab: "Tidak pernah.'" Allah bertanya: "Apa akan jadi jika mereka dapat melihat neraka!" Malaikat menjawab: "Sudah pasti mereka akan lari jauh daripadanya dalam ketakutan.”

Allah berfirman: “Aku jadikan kamu semua sebagai saksi bahawa Aku sudah ampunkan (dosa) mereka.” Satu malaikat berkata: “Dalam kalangan mereka ada seorang lelaki yang datang bukan kerana niat berzikir, tetapi masuk bersama mereka kerana suatu tujuan lain.”  Allah berfirman:  “Mereka semua (Aku ampunkan) kerana orang yang duduk bersama mereka tidak akan ditimpa celaka (Sahih al-Bukhari).

Semua kita maklum bahawa masjlis zikir atau majlis ilmu biasanya berlangsung dalam surau atau masjid. Rupanya dalam diam, para malaikat turut berdamping dengan kaki surau dan masjid sebagaimana sabda Rasulullah SAW ini:

إن للمساجد أوتادا هم أوتادها ، لهم جلساء من الملائكة ، فإن غابوا سألوا عنهم ، وإن كانوا مرضى عادوهم ، وإن كانوا في حاجة أعانوهم .

Ertinya: Sesungguhnya bagi masjid itu ada "tiang serinya", mereka (kaki surau masjid) mempunyai teman (se-masjid) dari kalangan para malaikat, jika mereka tidak hadir (ke masjid) para malaikat akan bertanya khabar perihal mereka, jika mereka sakit para malaikat akan menziarahinya dan jika mereka mempunyai keperluan, para malaikat akan membantu mereka (Mustadrak al-Hakim).

Ayuh kita sertai kelab elit orang beriman ini. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.

- Abdullah Bukhari @ 15 Mei 2018  -

Medina's First Spoonfed






Nekliz babysit Medina again today.  She woke up, again at 9.30am.  Then I bathe her and bottle-fed her (her Mak's stored breastmilk).  As usual Medina loves bathing.  I put her in the huge laundry basin (no tub, tub left at Mak's house) because the bathroom sink could no longer accommodate her. She's getting chubbier and heavier. Alhamdulillah. After finishing her milk, I put her in the stroller (a present when Sofiyah was a baby) now almost twenty years and still looking good. I then pushed her around the neighbourhood.  It was almost fifteen minutes before eleven o'clock, so we returned home.  Not healthy to be outdoors between 11am to 3pm.

I had a lot of ironing to do, so I put Medina on the huge cushion and gave her, her chewing toys, turned on the television to watch CNA whilst doing the ironing.  Once a while I would pick her up and played with her.

Then her uncle Khairulzaman came and played with her.  Uncle Khairulzaman leaving for work yet have time to play with his adorable niece.

Medina's Mak then arrived from work (she took half day leave) to feed Medina for the first time.  Her first solid food.  Mak prepared the blended Avocado for Medina.  Nekliz had the honour of feeding her first. Actually her Mak don't know how to feed her first time.  So I taught Mak how to feed Medina. Alhamdulillah she loves the Avocado.  Mak said three days Avocado, followed by Brocolli, carrots, potatoes etc.  When Medina's Mak was a baby, Nekliz fed her tepung beras boiled over slow fire only.  😀😀😀


Tuesday, May 15, 2018

Babysit Medina




Medina's babysitter has a follow-up at Serdang Hospital, so Nekliz helped to babysit her today.

Nekliz put her in the stroller and pushed her around TSA.  Nekliz managed to do two laps when Hjh Rafisah with her adorable grandson stopped us infront of their house to get to know Medina. Hehee.....






Monday, May 14, 2018

SELAMAT HARI IBU..RAIKAN IBU BAPA SEPANJANG HIDUP...

SELAMAT HARI IBU..RAIKAN IBU BAPA SEPANJANG HIDUP...

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Ustaz! Apa sebenarnya hukum menyambut hari ibu? Ada fatwa kata harus, ada pula kata ia berasal dari tradisi bukan Islam. Kita pula haram mengikut budaya bukan Islam. Pening kami Ustaz.”

Saya tak mampu menjawab soalan itu, tambahan pula pihak autoriti agama pastinya sudah mengambil kira semua aspek yang perlu sebelum mengeluarkan fatwa berkaitannya. Cuma antara kesilapan sesetengah umat Islam adalah “JIWA MEREKA HANYA TERGERAK UNTUK MENGENANG JASA IBU BAPA SETELAH IA DIGERAKKAN OLEH PIHAK BUKAN ISLAM”, sedangkan Islam sudah lama mewartakan HARI IBU BAPA SETIAP HARI SEPANJANG HAYAT. Bahkan ia selalu disebut sejurus larangan menyekutukan Allah. Mengapa? Tidak lain kerana Allah adalah sebab kewujudan kita di dunia, maka sewajibnya kita mempertuhankan Allah sahaja. Ibu bapa pula menjadi sebab kedua lahirnya kita ke dunia, maka sewajibnya kita berbuat baik serta mengenang mereka sepanjang hayat dan selepas kematian mereka.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا (24)

Ertinya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "WAHAI TUHANKU! CUCURILAH RAHMAT KEPADA MEREKA BERDUA SEBAGAIMANA MEREKA TELAH MENCURAHKAN KASIH SAYANGNYA MEMELIHARA DAN MENDIDIKKU SEMASA KECIL." (al-Isra’ [17:23]). 

Bakti doa kepada ibu bapa sangat mudah semudah lafaz doa dalam ayat di atas - وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا – pendek dan ringkas tak sampai pun 10 saat. Jika masih memberi alasan doa kepada ibu bapa perlu bertangguh serta hanya dibuat sesekali setelah diswastakan kepada pihak surau dan masjid, sungguh kita adalah anak yang tidak mengenang budi.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah akhlak mulia para nabi:

يَا يَحْيَى خُذِ الْكِتَابَ بِقُوَّةٍ وَآَتَيْنَاهُ الْحُكْمَ صَبِيًّا (12) وَحَنَانًا مِنْ لَدُنَّا وَزَكَاةً وَكَانَ تَقِيًّا (13) وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا (14) وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا (15)

Ertinya: "Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak. dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan dia seorang yang bertaqwa. DAN DIA TAAT SERTA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPANYA, dan dia pula tidak sombong angkuh atau derhaka. Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari dia mati, serta pada hari dia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat) (Maryam[19:12-15]).


Juga kisah bakti nabi Isa AS:

قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آَتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ ‎وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا (31) وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا (32)

Ertinya: Ia menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi. Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. "SERTA (DIPERINTAHKAN DAKU) TAAT DAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUKU, DAN IA TIDAK MENJADIKAN DAKU SEORANG YANG SOMBONG TAKBUR ATAU DERHAKA (Maryam[19:30-32]).

Jadilah Muslim sejati! Kenang dan sambut hari ibu bapa setiap hari sepanjang hayat kerana ia arahan Islam bukan kerana ia dipopularkan orang Barat.  Semasa hidup, bakti kepada ibu bapa adalah dengan menjadi anak soleh berbakti serta menggembirakan mereka, manakala selepas kematian mereka adalah dengan panduan hadith ini:

عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ مَالِكِ بْنِ رَبِيعَةَ السَّاعِدِيِّ قَالَ
بَيْنَا نَحْنُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلَمَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ بَقِيَ مِنْ بِرِّ أَبَوَيَّ شَيْءٌ أَبَرُّهُمَا بِهِ بَعْدَ مَوْتِهِمَا قَالَ نَعَمْ الصَّلَاةُ عَلَيْهِمَا وَالِاسْتِغْفَارُ لَهُمَا وَإِنْفَاذُ عَهْدِهِمَا مِنْ بَعْدِهِمَا وَصِلَةُ الرَّحِمِ الَّتِي لَا تُوصَلُ إِلَّا بِهِمَا وَإِكْرَامُ صَدِيقِهِمَا

Ertinya: Abu Usayd Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan, pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Salamah bertanya baginda: Wahai Rasulullah adakah masih ada peluang untukku berbuat baik kepada kedua ibu bapaku selepas kematian mereka berdua? Baginda SAW menjawab: Ya! Dengan berdoa kepada mereka, memohon pengampunan untuk mereka, menyempurnakan segala janji mereka selepas kematian mereka, menghubung silaturahim yang tidak mungkin dihubung melainkan dengan kewujudan mereka (saudara marayang agak jauh) dan memuliakan kawan mereka berdua (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, May 13, 2018

New Carpet for Surau beside Rumah Liza


(the surau beside Rumah Liza)
(Old Carpet)
(New Carpet)

The surau beside our homestay Rumah Liza, finally have new carpet installed. Alhamdullillah. 

Jazakallahu khair to our friends and neighbours who donated their RMs, thus we managed to buy new carpet to cover the entire floor of the surau. Alhamdulillah.

Photo Credit: Kamaruzaman Budin ☺



Saturday, May 12, 2018

Luncheon with Ustaz - End of Semester





This morning I drove to UIA Gombak only after hubby left for our farm in Pedas. Thus, I arrived at 8am sharp and, have to wait for my turn to read the Noble Quran at Tahsin Class. I was the second last student to read, so I waited for my classmate to finish her turn and both of us left after Ustaz Zul recited dua for us.

Then I rushed to Tafseer class, but I was already five minutes late. So sorry Ustaz Abdullah.

When class finally ended, two of my classmates came along with me for our end of semester luncheon at Restaurant Taj Hadramawt Taman Melati.

Our new semester will begin after Eid Mubarak, In shaa Allah.

I arrived home safely, did my laundry and took a nap. 😁😁😁

Then, after Asar, I drove to Pedas to Dusun Liza.  I arrived safely and hubby welcomed me but he had to go to the Masjid for solat Maghrib and will return after solat Eshaq.

We then had dinner at Chembong Food Court. Alhamdulillah.

Photo Credit: Hjh Rose and Hjh Haslinda

Wednesday, May 9, 2018

Morning before Voting PRU 14



Kak ngah and family stayed overnight at our abode. So this morning before I left for Seremban to vote PRU 14, I played with Medina after filling the mini pool with water. I think she enjoys it but looking at the pictures her Mak took, she hardly smiles. Hahahhaha......

In the evening it was grandson's turn at the pool. But I was not around to watch and play with him. So sorry Muhammad Zavian. Nekliz still in Seremban.


PRU 14


After playing with my grand-daughter, Medina this morning, Khairulzaman drove me to Seremban to bring abah to the polling station at Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar.  Abah wanted to wear the BN vest and cap, but I told him he cannot wear it on polling day at the polling station.  The vest and cap was given to me by BN supporters when I was at Summit Signature Hotel Slim River.  I knew that would be very happy to receive it.  Indeed he was when I gave it to him.  He is forever a BN supporter.  I took abah to the polling station after I did my voting at SMK Dato Sheikh Ahmad, Sikamat Seremban.


I did my voting here (above collage), at SMK Dato Sheikh Ahmad.  My vote is Secret. Hahahaa......and here are the list of candidates for both Parlimen and ADUN.




PH won the Elections. Alhamdulillah. We love you Tun Mahathir.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...