Monday, April 30, 2018

PUASA MARYAM DALAM MUSIM PRU

PUASA MARYAM DALAM MUSIM PRU

"Ustaz! Apa pendapat ustaz mengenai bla..bla...syurga....neraka....mimpi....tunggang agama.... biadab dengan ulama...derhaka ibu....bla..bla...?"

"Maaf! Saya tak pandai politik. Awak boleh rujuk orang yang lebih pandai. Saya hanya orang biasa2 sahaja. Dosa banyak dan amal kurang. Bimbang silap komen bakal mengundang amarah dan kutukan.  Silap tulis nanti jadi bahan bincang yang mengundang dosa media sosial.... tambahan pula saya sedang praktik puasa Maryam AS."

"Puasa Maryam? Macamana tu Ustaz?"

"Senyap diam dan tak komen apa2 seperti firman Allah ni:

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau (Wahai Maryam) melihat seseorang manusia, maka katakanlah: SESUNGGUHNYA AKU BERNAZAR UNTUK DIAM MEMBISU  (TAK KOMEN SESUATU YANG TIADA KEPERLUAN ATAU BOLEH BUKA PINTU FITNAH) KERANA (ALLAH) AR-RAHMAN; (SETELAH AKU MENYATAKAN YANG DEMIKIAN) MAKA AKU TIDAK AKAN BERKATA-KATA KEPADA SESIAPAPUN DALAM  KALANGAN MANUSIA PADA HARI INI" (Maryam [19:26]).

- Abdullah Bukhari @ 30 April 2018  -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...