Thursday, February 1, 2018

TUJUH PESANAN RASULULLAH SAW YANG TAK DILEPAS AMAL OLEH ABU DHAR...

TUJUH PESANAN RASULULLAH SAW YANG TAK DILEPAS AMAL OLEH ABU DHAR...

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ أَمَرَنِي بِحُبِّ الْمَسَاكِينِ وَالدُّنُوِّ مِنْهُمْ وَأَمَرَنِي أَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ دُونِي وَلَا أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقِي وَأَمَرَنِي أَنْ أَصِلَ الرَّحِمَ وَإِنْ أَدْبَرَتْ وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَسْأَلَ أَحَدًا شَيْئًا وَأَمَرَنِي أَنْ أَقُولَ بِالْحَقِّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا وَأَمَرَنِي أَنْ لَا أَخَافَ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لَائِمٍ وَأَمَرَنِي أَنْ أُكْثِرَ مِنْ قَوْلِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ مِنْ كَنْزٍ تَحْتَ الْعَرْشِ

Abu Dhar berkata: “Kekasihku Rasulullah SAW menyuruhku mengamalkan 7 perkara iaitu;

(1) mencintai serta mendekati orang miskin,

(2) melihat orang yang lebih rendah daripadaku (dalam hal duniawi) dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadaku (dalam perihal harta atau pangkat),

(3) menghubung silaturahim (hubungan keluarga) walaupun (ahli keluarga itu) berpaling (tidak menghiraukannya atau jauh jaraknya),

(4) jangan meminta sesuatu kepada sesiapa pun,

(5) berkata benar walaupun ia pahit,

(6) jangan takut celaan orang yang mencela dalam melaksanakan arahan Allah,

(7) MEMPERBANYAKKAN UCAPAN HAWQALAH KERANA IA ADALAH ANTARA KHAZANAH ALLAH DARI BAWAH ARASYH (Musnad Ahmad).

Semoga kita mampu mengikuti Sunnah baginda ini.

- Abdullah Bukhari -

لا حول ولا قوة الا بالله
وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

Ertinya: Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu (al-Kahf [18:39]).

[Ust Abdullah Bukhari]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...