Monday, February 26, 2018

TANGANI FENOMENA JUAL AGAMA

TANGANI FENOMENA JUAL AGAMA 

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Ketika manusia yang kosong jiwanya mencari agama, muncul pula segelintir “ifrit bertubuh manusia” memperkudakan agama untuk kepentingan mereka. Fenomena “tunggang agama” bukanlah perkara baru yang hanya berlaku kepada umat Islam, tetapi sudah lama berlaku semenjak zaman nabi Musa lagi. Firman Allah:

وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (168) فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الْأَدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لَا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ وَالدَّارُ الْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (169)

Ertinya: Dan Kami pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di serata) dunia ini. Antara mereka ada yang soleh dan ada juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "AKAN DIAMPUNKAN KELAK DOSA KAMI" PADAHAL JIKA DATANG KEPADA MEREKA KEBENDAAN YANG HINA SEPERTI ITU MEREKA AKAN MENGAMBILNYA LAGI. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? (al-A’raf[7:168-169]).

Agama ditunggang mereka sesuka hati. Hukum Allah diubah sesuai dengan kepentingan diri sendiri. Mereka turut menerima rasuah atas fatwa yang dikeluarkan (Tafsir Ibn Kathir). Sungguh berani mereka memperbudakkan Allah dengan tanggapan dosa mereka pasti diampunkan Allah walaupun dosa itu dilakukan berulang kali. Sikap ini bercanggah dengan maksud taubat yang memerlukan penyesalan yang benar setulus hati. Dalam ayat lain Allah menegaskan perkara yang sama......

Dapatkan rencana penuh dalam Utusan Malaysia hari ini, 26 Februari 2018...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...