Thursday, January 11, 2018

PATUHI NABI PASTI DAPAT PETUNJUK

PATUHI NABI PASTI DAPAT PETUNJUK

قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ ۖ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ۚ وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Ertinya: Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. "DAN JIKA KAMI TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK"; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" (al-Nur [24:54]).

Frasa ( وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا ) dalam ayat ini sangat besar dan hebat maknanya. Hurai  Imam al-Tabari:

  وإن تطيعوا - أيها الناس - رسول الله - فيما يأمركم وينهاكم - ترشدوا وتصيبوا الحقّ في أموركم

Ertinya: Jika kamu wahai manusia mentaati Rasulullah pada arahan dan larangannya, kamu akan mendapat petunjuk dan mendapat kebenaran dalam semua urusanmu  (Tafsir al-Tabari).

Ketika menghuraikan frasa ayat di atas, seorang tokoh salaf Abu 'Uthman al-Naysaburi berkata:

من أمر السنة على نفسه قولا وفعلا نطق بالحكمة ، ومن أمر الهوى على نفسه نطق بالبدعة ،

Ertinya: Sesiapa yang menjiwai/menghayati Sunnah (nabi) pada dirinya secara kata-kata dan perbuatan akan (diberi anugerah mampu) berbicara dengan penuh hikmah (bijaksana). Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya akan berbicara dengan Bid'ah (Siyar A'lam al-Nubala').

MENJIWAI SUNNAH nabi merangkumi penghayatan kepada pencarian ilmu, pemantapan akidah dan penghayatan akhlak.

Saya pernah temui orang yang menjiwai SELURUH SUNNAH NABI dan saya dapati bicara mereka penuh hikmah. Semoga kita semua mendapat petunjuk sebenar dengan penghayatan kepada sunnah nabi SAW.

- Abdullah Bukhari  -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...