Wednesday, January 17, 2018

PANAS DAN SEJUK DALAM AL-QURAN

Panas dan SEJUK dalam al-Quran.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Pagi ini suhu di masjid Nabawi Madinah sangat sejuk iaitu 13°C. Lantas saya teringat kehebatan pemikiran Imam al-Suyuti. Antara keistimewaan pemikiran Imam al-Suyuti adalah beliau meluaskan jangkauan turunnya ayat al-Quran melebihi aspek Makki (turun di Mekah) & Madani (turun di Madinah).

Beliau turut memasukkan ayat yang turun pada musim panas dan sejuk. Semasa musafir dan kewujudan nabi di Madinah. Pada waktu malam dan pada waktu sejuk.. .semua boleh rujuk kitab beliau al-Itqan Fi Ulum al-Quran...antara ayat yang menggambarkan sejuknya cuaca adalah ayat berkaitan hujan ais:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُزْجِي سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُ ثُمَّ يَجْعَلُهُ رُكَامًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ جِبَالٍ فِيهَا مِنْ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَصْرِفُهُ عَنْ مَنْ يَشَاءُ ۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْأَبْصَارِ

Ertinya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan HUJAN BATU itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan (al-Nur [24:43]).

Manakala ayat yang turun dalam musim panas adalah kisah Allah mencela sikap jahat orang munafiq yang menghasut umat Islam Madinah agar tidak keluar ke medan perang Tabuk dalam musim panas:

فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ لَوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ

Ertinya: Orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "JANGANLAH KAMU KELUAR BERAMAI-RAMAI (UNTUK BERPERANG) PADA MUSIM PANAS INI". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang yang memahami (al-Tawbah [9:81]).

Semoga bermanafaat!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...