Thursday, October 26, 2017

KERANA CINTA AKU DERHAKA - TRAVELOG MENJEJAK SEJARAH JOHOR LAMA

KERANA CINTA AKU DERHAKA - TRAVELOG MENJEJAK SEJARAH JOHOR LAMA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

"SELURUH BANGSA JOHOR DAN BANGSA MELAYU  MESTI MILIKI BUKU INI....."

Itulah ungkapan yang selayaknya saya sebut berkaitan buku terbaru terbitan JEJAK TARBIAH ini.

Pengarangnya Syed Azharul Asriq masih muda belia, baru 24 tahun tetapi buah tangannya ini
mampu membuka minda para pembaca tentang kepentingan sejarah kepada sesebuah bangsa.

Kisahnya travelognya berkisar beberapa siri kembara beliau menjejak sejarah empayar Johor lama di Kota Tinggi. Premis utama buku ini adalah kisah penderhakaan Laksamana Bentan membunuh Sultan Mahmud mangkat di julang, tapi olahannya dibawa ke dimensi lain seperti kerakusan manusia merebut kuasa politik. Sebalik peristiwa ada "dalang" yang merancang. Watak penderhaka rupanya suatu platform merebut kuasa istana.

Banyak fakta sejarah "dihidupkan" dengan olahan dan ulasan menarik. Banyak sekali saya belajar dan ambil manafaat daripada buku ini. Bacalah sendiri! Anda pasti banyak mengangguk kepala sepanjang bacaan sambil berkata: "Oooo begitu rupanya."

Banyak fakta sejarah yang jarang didengar saya dapati dalam buku ini, antaranya;

- Perangai aneh sultan Mahmud dan komplot pembesar istana menjatuhkan sultan Mahmud serta beberapa RIWAYAT lain kisah amuk si laksamana.

- Asal lagu "Kasihan laksamana mati dibunuh" nyanyian Siti Nurhaliza. Beliau adalah pembesar istana yang dibunuh kerana tidak setuju dalam komplot menderhaka kepada sultan.

- Kubur kucing bertanduk kesayangan Sultan Mahmud.

- Sungai Johor adalah saksi bisu selama ratusan tahun melihat perang beberapa empayar nusantara menyerang kerajaan Johor lama.

- Di Kota Gelanggi ada makam Putera Mahkota Jepun yang mati dibaham harimau?

- Kisah raja dan rakyat Johor ditawan ke Acheh yang kemudiannya mendapat tarbiah agama. Asal punca Tun Sri Lanang bersahabat dengan para ulama Acheh. Acheh adalah sebuah empayar hebat di Nusantara pada zaman silam.

- Badang si perkasa berasal dari Johor. Juga kritik kisah Badang yang dikaitkan dengan makan muntah hantu? Semuanya nak dikaitkan dengan hantu?

- Pengarang dicemuh dan diejek kerana terlalu minat mengembara mencari kubur purba. Apa hikmah di sebalik pencarian kubur bagi peminat sejarah?

- Kubur lama dimomokkan dengan hantu dan tumpuan para kaki NGANGKUNG. Juga Kritik P. Ramlee kepada penapis filem pada zamannya yang memotong filem sehingga hilang nilai kritik sosial.

- Kritik penulis kepada sikap keras wahabi Saudi yang memusnahkan binaan kubur atas alasan memerangi khurafat.

- Jawatan Kapitan pada zaman Belanda di Melaka yang sungguh signifikan. Kemudiannya harta benda pada Kapitan dirampas Inggeris. Mengapa?

- Kritik HAMKA kepada pengaji (al-Quran) di makam?

- Kisah Che Guevara (orang kanan Fidel Castro dalam revolusi Cuba 1959) mengembara selama 9 bulan dengan menunggang motor bersama temannya mencari hikmat sejarah. Guevara mendapat inspirasi perjuangan rakyat dan kepentingan sejarah selepas dia melawat kota sejarah Macchu Picchu.

- Makam laksamana bentan tak pernah tenggelam banjir walaupun berlaku banjir besar?

- Ulasan tahun dan matematik berkaitan sumpahan 7 keturunan Mahsuri. Doa Mahsuri yang dizalimi dimakbulkan Allah? Untuk menaikkan kembali nama Kota Tinggi seperti Langkawi memerlukan "Tunku dan Dr Mahathir" yang kedua?

Dan... Banyak lagi fakta yang akan membuatkan anda banyak mengangguk kepala.

Ayuh bangsa Johor dan seluruh rakyat Malaysia.... Bacalah buku ini untuk menghargai sejarah gemilang orang Melayu kerana rata-rata orang tahu kegemilangan Melaka, tetapi tak tahu kegemilangan empayar Melayu di Johor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...