Wednesday, May 31, 2017

Our Fourth Grandchild, In shaa Allah

Alhamdullillah, kak ngah had an ultrasound and her baby is growing well in her womb.  Her morning sickness has also diminished. Alhamdullillah.

Hubby broke fast with his co-workers at Tanjong Malim. So there's only me with our two sons breaking fast at home....☺

Tuesday, May 30, 2017

"RANCANG, BUNUH DAN NAFI" ADALAH STRATEGI MAFIA PURBA"

"RANCANG, BUNUH DAN NAFI" ADALAH STRATEGI MAFIA PURBA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [26:48-51]) pada 26 Mei 2015. Antara isunya adalah kelicikan perancangan 9 Mafia Jahannam kaum Thamud.

Filem aksi Hollywood “Bourne Identity, Bourne Supremacy, Bourne Ultimatum dan Bourne Legacy” sungguh mendebarkan hati. Heronya adalah produk “tukang bunuh rahsia” keluaran CIA. Setelah program “kilang tukang bunuh” mengalami kegagalan, semua produk kilang itu disenyapkan satu persatu. Heronya pula terselamat lantas membalas dendam dan memporak perandakan kilang pengeluarnya.

Inilah gambaran sesetengah filem aksi Barat. Mungkin ada yang kata ia sekadar khayalan manusia yang tiada asas, namun apa yang dikhayalkan mungkin berasal daripada realiti. Seakan sudah menjadi “rahsia umum” bagaimana agensi perisikan sesetengah Negara mahu membunuh sesetengah watak yang dianggap mengancam keselamatan. Rancangan membunuh pula dibuat rapi agar peluru yang membunuh tidak kembali makan tuan. Apa yang penting, ancaman terus diam. “Rancang, bunuh dan nafi” seakan menjadi “rukun” sesetengah agensi perisikan. Rupanya strategi ini adalah warisan purba dari kaum Thamud:

وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ (48) قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ (49) وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (50) فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ (51)

Ertinya: Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai maksiat) dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun. Mereka berkata (sesama sendiri): "HENDAKLAH KAMU MASING-MASING BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH, BAHAWA SESUNGGUHNYA KITA AKAN MEMBUNUH SOLEH DAN PENGIKUTNYA SECARA MENGEJUT PADA WAKTU MALAM, KEMUDIAN KITA AKAN BERKATA KEPADA WARISNYA: ` KAMI TIDAK HADIR (DI TEMPAT) PEMBUNUHAN (SOLEH APALAGI MEMBUNUHNYA ATAU MEMBUNUH) PENGIKUTNYA, DAN SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH BERKATA BENAR." Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya (al-Naml[27:48-51]).

9 mafia kaum Thamud dalam kisah ini berada pada “PUNCAK KEJAHATAN” mereka kerana Allah menegaskan 2 sifat mereka pada ayat 48 “YANG SEMATA-MATA MELAKUKAN KEROSAKAN DI BUMI (DENGAN BERBAGAI-BAGAI MAKSIAT) DAN TIDAK MELAKUKAN KEBAIKAN SEDIKITPUN.”  Sesetengah manusia jahat ada juga kebaikan yang dibuat, tetapi tidak pada 9 Mafia kaum Thamud ini. Yang mereka tahu hanya jahat, jahat dan jahat sahaja. Bagai dikata, Iblis pun “tabik hormat” pada mereka.

Dalam ayat di atas mereka mengatur 3 strategi licik terhadap nabi Saleh dan pengikutnya iaitu “RANCANG, BUNUH dan NAFI.” Rancangan mereka itu dibuat selepas mereka membunuh unta betina yang dibawa Allah sebagai bukti kerasulan nabi Saleh kepada kaum Thamud. Mereka sebenarnya rasa terancam dengan amaran “KEMUSNAHAN DALAM MASA 3 HARI” oleh nabi Saleh, oleh itu mereka berkata “Sebelum kami nahas, lebih baik dibunuh sahaja Saleh.” Maka bertitik tolak dari rasa takut itulah 3 strategi tersebut diambil:

وَيَا قَوْمِ هَذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آَيَةً فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ قَرِيبٌ (64) فَعَقَرُوهَا فَقَالَ تَمَتَّعُوا فِي دَارِكُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ ذَلِكَ وَعْدٌ غَيْرُ مَكْذُوبٍ (65)

Ertinya: "Dan (nabi Saleh AS berkata) wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang dekat masa datangnya". “MEREKA KEMUDIANNYA MENYEMBELIH UNTA ITU, LALU BERKATALAH NABI SOLEH KEPADA MEREKA: BERSENANG-SENANGLAH KAMU DI TEMPAT MASING-MASING SELAMA TIGA HARI; TEMPOH YANG DEMIKIAN ITU, IALAH SUATU JANJI YANG TIDAK DAPAT DIDUSTAKAN" (Hud [11:64-65]).

Rupanya “genetik jahat” mafia purba sentiasa turun kepada generasi manusia zaman seterusnya. Inilah kerisauan malaikat seawal penciptaan nabi Adam AS dahulu (al-Baqarah [2:30]). Strategi jahat sebegini akan semakin bergelojak apabila didorong kegilaan mempertahankan kuasa. Demi kuasa, apa sahaja sanggup dilakukan, biar orang lain mati asal aku kekal berkuasa. Balasan azab akhirat? Ia bukan suatu kerisauan penting kerana mereka ini sudah menolaknya di awal kisah lagi. Pun begitu, manusia zalim perlu sedar bahawa Allah tetap ada dan akan sentiasa melindungi orang beriman daripada kejahatan mereka. Bersandarlah kepada Allah, pasti kita akan selamat. Jika kita terkorban sekalipun akibat kezaliman manusia yang zalim, akhirat tetap ada untuk diraikan kejayaan kita mengatasi manusia yang zalim.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

Monday, May 29, 2017

Aminuddin's Thirty Second Birthday

My son-in-law celebrated his 32nd birthday today. So after Solat Teraweeh  we bought him a cake complete with fireworks. Aminuddin was caught by surprise when Wahid brought the cake to him...so cute.

But then, it is also my daughter-in-law's 23rd birthday too. They shared the same date but different years. Since Maisarah was not with us, Aminuddin got to cut the cake all to himself, otherwise he has to share the cake with Maisarah. 😅😅😅

In shaa Allah when Maisarah comes home this weekend we will get her a cake too.

Ramadan - Day Four

Hubby and I had our Solat Teraweeh at Masjid Uniten. Just the two of us since the rest of our children had their Teraweeh prayers at the new Surau near our abode.

Masjid Uniten now has a covered walkway from the main gate to the Masjid's entrance. Not only that they have also built a new entrance to the Ladies ablution area, thus easy access from the ground floor. Alhamdullillah.

Sunday, May 28, 2017

Atukde and Cucude

Our grandson Muhammad Zavian had hiccups this morning when he and his parents were preparing to go home. So I tore a small piece off NST, lick it and pasted it on Muhammad Zavian's forehead. This is an old remedy to get rid of hiccups for babies.....

Hubby as usual will force his cucus to stroke his now greyed beard everytime he carried them in his grandfartherly arms.....😁😁😁

Saturday, May 27, 2017

Iftar - First Day Ramadan

I did all the cooking for Iftar today and as usual a must have mee hoon soup for dear hubby. The only outside dish is Ikhwan Murtabak bought at the new food court at Sungei Kantan.

All my children and grandson were here except for kak ngah and kak long with their families. They were at their in-laws for Iftar.

Muhammad Zavian, our grandson joined us for Iftar and he has a special seat between his babah and bonda.  As for me, since I was sitting infront of him, I took a few continous shots of his antics at the dining table. You are so adorable Muhammad Zavian. 😚😚😚

Friday, May 26, 2017

Ramadan Qareem - 1438

Alhamdullillah fasting begins tomorrow. So beginning tonight, we will do Solat Teraweeh during the whole month of Ramadan.

This morning I took Mak to KPJ Seremban to replace her hand brace at the Physiotherapy Clinic there. Then I drove Mak around Seremban town. She remembers the shops and malls that she goes to before she had the stroke in 2013.

Then on our way home I bought fried bananas and sweet potatoes for mak and abah. After solat Zohor I managed to vacuum and mop the whole house before I left to fetch Sofiyah at her university.

It took me two hours to reach the university from Seremban. Sofiyah was already waiting for me there.  I was grateful when she told me she would drive us home.  Thus I could nap all the way home...😴😴😴

When hubby returned from work just before Maghrib, we all had our dinner. Then after solat Maghrib we drove to Masjid Uniten for Teraweeh prayers. Alhamdullillah.

JANGAN TUNGGU SAKIT MATA BARU NAK KHATAM AL-QURAN

JANGAN TUNGGU SAKIT MATA BARU NAK KHATAM AL-QURAN!!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Masuk sahaja bulan Ramadhan, terus saya teringat kisah ini! Kisah yang sungguh unik dan dan diceritakan sendiri Tan Sri Dato’ Syed Muhammad kepada saya. Kisah indah bagaimana beliau diajak lembut oleh Prof. Dr. Muhaya (tokoh motivasi dan pakar mata tersohor negara) untuk khatam al-Quran.

Pada suatu ketika, Tan Sri  Dato’ Syed Muhammad menjalani pembedahan mata dengan dengan Prof. Dr. Muhaya. Sebelum pembedahan dijalankan, Prof Dr. Muhaya memintanya membaca segala doa dan ayat suci yang dihafaznya sebagai wirid sebelum pembedahan. Pada saat kemuncak sebelum pembedahan, Prof. Dr. Muhaya meminta Tan Sri Dato’ Syed mengikutnya berdoa:

*"DATO'! IKUT SAYA BACA DOA INI. YA ALLAH SEMBUHKAN MATA SAYA SUPAYA DALAM BULAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG SAYA DAPAT KHATAM AL-QURAN”.*

Selepas pemulihan matanya, Tan Sri Dato’ Syed memasuki bulan Ramadhan seperti biasa. Beliau lantas teringat doanya sebelum pembedahan mata. Doa itu seakan menjadi janji padanya dengan Allah, lalu demi menunaikan janji, Tan Sri Dato’ Syed menggagahkan diri membuka lembaran mushaf al-Quran. Bermula daripada surah al-Fatihah, helai demi helai, kemudian berlanjutan kepada surah demi surah dan akhirnya Ramadhan tersebut menjadi saksi bagaimana ni’mat matanya itu digunakan untuk mengkhatamkan al-Quran. Sungguh menakjubkan kerana itulah kali pertama dalam hidupnya beliau berjaya mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan.

Sungguh! Saya terkesima dan terpegun mendengar kisah ini. Ia adalah contoh praktikal dalam dakwah. Berdakwahlah di mana sahaja anda berada.

*AYUH KITA TANAM AZAM UNTUK KHATAM AL-QURAN PADA BULAN INI*.

Kisah di atas adalah petikan daripada buku saya:
BERJALAN..MELIHAT..MENTAFSIR..CERITA WARTAWAN AL-QURAN

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, May 24, 2017

BAGAIMAMA YA'QUB TAHU YUSUF MASIH HIDUP?

BAGAIMANA YA’QUB TAHU YUSUF MASIH HIDUP?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yusuf[12:84-87]) pada 4 Mei 2016. Antara isunya adalah nabi Ya’qub tahu Yusuf masih hidup. Bagaimana?

Kesedihan atas kehilangan Yusuf sudah lama berlingkar erat dalam jiwa Ya’qub. Anak kesayangannya itu hilang tanpa berita. Nak dikata mati, mana kuburnya? Mana surat matinya? Nak dianggap hidup mana bayangnya? Ia menjadi riwayat tergantung yang sangat menyeksa jiwa. Pun begitu, baginda sentiasa menaruh harapan agar anak kesayangannya ini kembali. Hati kecil baginda dapat merasai Yusuf masih hidup di sebuah tempat yang tidak baginda tahu lokasinya. Sebenarnya ia bukan sekadar harapan kosong tetapi suatu kepastian yang belum tiba. Soalannya bagaimanakah baginda tahu Yusuf masih hidup? Renunglah ayat ini:

وَتَوَلَّى عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَى عَلَى يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ (84) قَالُوا تَاللَّهِ تَفْتَأُ تَذْكُرُ يُوسُفَ حَتَّى تَكُونَ حَرَضًا أَوْ تَكُونَ مِنَ الْهَالِكِينَ (85) قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ (86)  يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ (87)

Ertinya: Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah dua belah matanya kerana ratap tangis dukacitanya kerana dia orang yang memendamkan marahnya dalam hati. Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga ayah jatuh sakit merana, atau akan binasa". (Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanya mengadu susah dan dukacitaku kepada Allah dan AKU TAHU (DENGAN PERANTARAAN WAHYU) DARIPADA ALLAH, APA YANG KAMU TIDAK TAHU. WAHAI ANAKKU! PERGI DAN INTIPLAH KHABAR BERITA MENGENAI YUSUF DAN SAUDARANYA (BUNYAMIN), DAN JANGANLAH KAMU PUTUS ASA DARIPADA RAHMAT SERTA PERTOLONGAN ALLAH. Sesungguhnya tidak putus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (Yusuf [12:84-85]).

Ketika mengulas ayat ini, para ulama' Tafsir mengatakan ada 2 faktor yang menyebabkan nabi Ya’qub AS tahu Yusuf masih hidup iaitu;

1) Mimpi nabi Yusuf AS ketika kecil yang belum terlaksana. Maksud mimpi itu sangat unik iaitu semua ahli keluarga baginda akan tunduk hormat kepada Yusuf. Tanda hormat pula biasanya dilakukan kepada orang yang mulia dan tinggi pangkatnya. Ini menunjukkan Yusuf bakal memegang suatu pangkat di luar sana. Realisasi penghormatan itu belum berlaku dan selagi ia belum berlaku bermakna Yusuf masih hidup. Lihat firman Allah ini:

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ (4) 

Ertinya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku" (Yusuf [12:4]).

Sebuah riwayat daripada Ibn ‘Abbas menyatakan baginda nabi Ya’qub bersabda:

أعلم أن رؤيا يوسف صادقة، وأني سأسجد له.

Ertinya: Aku tahu bahawa mimpi Yusuf adalah benar dan aku pastinya akan tunduk hormat kepadanya (Tafsir al-Tabari).

Rasa nabi Ya’qub AS ini adalah pantulan wahyu daripada Allah. Ternyata benar sekali rasa itu kerana Allah membuktikan kebenaran mimpi Yusuf di akhir kisah baginda AS:

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا وَقَالَ يَا أَبَتِ هَذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا وَقَدْ أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُمْ مِنَ الْبَدْوِ مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي إِنَّ رَبِّي لَطِيفٌ لِمَا يَشَاءُ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Ertinya: Dan dia dudukkan kedua ibu bapanya (bersamanya)  atas kerusi kebesaran. DAN SETELAH ITU MEREKA SEMUA TUNDUK  HORMAT KEPADA YUSUF. DAN (PADA SAAT ITU)  YUSUF BERKATA: "WAHAI AYAHKU! INILAH TAFSIR MIMPIKU DAHULU. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENJADIKAN MIMPIKU ITU BENAR. Dan sesungguhnya Dia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia keluarkan daku daripada penjara; dan Dia membawa kamu ke mari daripada dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan hubungan antaraku dan saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (Yusuf [12:100]).

2) Nabi Ya’qub AS bermimpi bertemu dengan malaikat maut dan bertanya perihal Yusuf. Adakah si malaikat pernah mengambil nyawa Yusuf. Malaikat maut memberitahu Ya’qub dia belum pernah mencabut nyawa Yusuf (Tafsir al-Baghawi). Harapan dari wahyu yang belum nyata ini menyebabkan baginda mengarahkan anaknya kembali ke Mesir buat kali ketiga dan mencari bayang Yusuf AS:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Ertinya: Wahai anak-anakku! PERGI DAN INTIPLAH KHABAR BERITA MENGENAI YUSUF dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir" (Yusuf [12:87]).

Inilah keajaiban kisah nabi Ya’qub dan Yusuf AS. Apa yang pasti, kisah ini mengajar kita betapa harapan yang direalisasikan dengan usaha dan doa pasti membuahkan hasil. Allah juga menguji mereka berdua dalam tempoh masa yang lama sebagai signifikan betapa hidup pasti disulami ujian baik dan buruk. Beruntung sekali orang yang membaca al-Quran dan mengambil pengajaran pada setiap patah firman Allah. Sungguh! Al-Quran itu adalah panduan hidup manusia, ketika susah dan ketika senang.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Tuesday, May 23, 2017

SCKLM 2017 - Results #runnorlirun

Results are out so does the eCert. Alhamdullillah.

JAUHI TEMAN YANG MENJADI PEMBUNUH

JAUHI TEMAN YANG MENJADI PEMBUNUH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Benar sekali kata pepatah “Teman ketawa senang dicari, teman menangis jarang ditemui.”

Itu baru satu pepatah, di luar sana masih banyak manusia yang berdamping bagaikan teman rapat tetapi bersifat "syaitan dalam tubuh manusia." Mereka ini menyembunyikan pisau menunggu masa untuk menikam belakang kita. Inilah teman buruk yang wajib dijauhi. Meremang bulu roma saya ketika membaca sebuah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

اللهم إني أعوذ بك من جار السوء ومن زوج تشيبني قبل المشيب ومن ولد يكون علي ربا ومن مال يكون علي عذابا ومن خليل ماكر عينه تراني وقلبه يرعاني إن رأى حسنة دفنها وإن رأى سيئة أذاعها

Ertinya: “Ya Allah! Aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada jiran yang (akhlaknya) buruk, juga (Aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada) pasangan (isteri atau suami) yang menjadikan aku tua sebelum tua (menyusahkan kita dengan akhlak buruk mereka), juga (Aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada) anak yang menjadi tuan ke atas diriku, juga (Aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada) harta yang menjadi sebab azab bagi diriku, juga (Aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada) teman yang jahat merancang, matanya melihatku sedangkan hati jantungnya menjaga (memerhati silapku). Jika dia melihat kebaikan (ku) disembunyikannya dan jika dia melihat keburukanku  segera disebarkannya (Kitab al-Du’a oleh Imam al-Tabrani, turut disebut oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah).

Doa nabi itu sangat benar! Ia mengajar kita agar memilih teman yang betul. Kesilapan memilih teman akan membawa bencana dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi cangkuk bisa mengheret kita ke neraka. Ia disinggung Allah dalam sebuah kisah al-Quran:

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَالَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا (27) يَاوَيْلَتَا لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا (28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا (29)

Ertinya: Dan (ingatkanlah) perihal hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama Rasul? "Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! "Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)" (al-Furqan [25:27-29]).

Bukan setakat itu, ada orang yang rapat akrab semasa di dunia boleh menjadi musuh ketat di akhirat kelak. Apa yang manisnya, keadaan buruk ini tidak berlaku kepada orang beriman:

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ (66) الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ (67)

Ertinya: (Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara keduniaan. “PADA HARI ITU SAHABAT KARIB: SETENGAHNYA AKAN MENJADI MUSUH KEPADA SETENGAHNYA YANG LAIN, KECUALI ORANG YANG PERSAHABATANNYA BERDASARKAN TAQWA (IMAN DAN AMAL SOLEH)” (al-Zukhruf [43:.66-67]).

Memang persahabatan murni orang beriman mengundang pujian Allah dan Rasulullah SAW. Persahabatan jenis ini juga dijanjikan syurga. Lihat 2 nass ini:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (71) وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (72)

Ertinya: Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, melarang daripada berbuat kejahatan; mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat yang baik dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar (al-Tawbah [9:71-72]).

Juga sabda Rasulullah SAW:

ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Ertinya: Ada 7 golongan yang bakal dilindungi Allah di bawah naunganNya pada hari (kiamat) yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja iaitu; pemimpin yang adil, anak muda yang membesar dalam ibadat kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya senantiasa terikat dengan masjid, “2 LELAKI (ATAU WANITA) YANG SALING BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH, BERTEMU DAN BERPISAH KERANANYA”,  lelaki yang digoda (berzina) oleh wanita yang memiliki pangkat dan kecantikan lalu dia berkata “sesungguhnya aku takutkan Allah, lelaki yang menyembunyikan sedekahnya sehingga (seakan-akan) tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya dan seorang lelaki yang mengingati Allah secara bersendirian lalu mengalirlah kedua air matanya (kerana gentarkan Allah) (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Kita tidak dapat hidup sendiri di dunia ini. Kita memerlukan bantuan orang lain bagi melengkapkan hidup. Oleh itu, pilihlah teman yang baik agar kelangsungan hidup menjadi baik sehingga ke alam akhirat.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Sunday, May 21, 2017

SCKLM 2017 #runnorlirun

This morning after solat Fajr, kak ngah and her hubby, Aminuddin fetched Sofiyah and me for our journey to Sogo Jalan TAR, the Starting line for my 10km Standard Chartered KL Marathon 2017..🏃🏃🏃🏃🏃

We arrived at Jalan TAR sharp at 7am and made our way from the car park to Sogo. The weather was absolutely fine. Alhamdulillah.My son-in-law Aminuddin will run with me in the 10km category. The only difference is I am a Veteran runner whilst Amin is an Open runner....🤗

Our run started at 7.45am and whilst walking to the front in our running pen, we saw my hubby waving at us from outside the fence. Hubby will be running the 5Km Fun Run category. This will be his first SCKLM run.  

There are three categories for the 10KM i.e. Speed, Cruise and Leisure. I chose the latter because I want to take my time in Finishing the race. Still I hope to Finish under two hours In shaa Allah.

Aminuddin and I passed the 5km mark and he told me "Ummi I think we are running faster this time." Really? MashaAllah.

I told Aminuddin not to wait for me when running. He should just go ahead at his speed but he insisted to run with me...at my snail pace...😅😅😅

After the seventh kilometre with three kilometre to Finish, it rained. Both of us were soak to the skin. At first it was just drizzling when we ran up Padang Merbok (I really dread this part) but as soon as we reached the top it pours. I had to remove my glasses since it got misty.  But then, I am long sighted, so no problem running without my spectacles.

Alhamdullillah the rain stopped shortly but it continued to drizzle until the Finished line. Kak ngah and Sofiyah were already waiting for us at the kerb about 100 metres from the Finish line to take our pictures.

Hubby too Finished his 5km Fun Run and got his medal but...his name was not on his running bib. Kak ngah managed to buy a bib for hubby from another runner who could not make the run. So hubby In shaa Allah next year please confirm asap if you want to run the prestigious SCKLM 2018. 😆😆😆

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...