Saturday, March 18, 2017

BUMI TURUT BERBANGGA DENGAN ORANG SOLEH??

BUMI TURUT BERBANGGA DENGAN ORANG SOLEH??

Petang ini (18 Mac 2014)  terjumpa Bab yang sangat menarik dalam kitab AL-ZUHD WA AL-RAQA'IQ OLEH ABDULLAH IBN AL-MUBARAK. Setakat pemerhatian saya, buku ini mengumpulkan Hadith, Athar dan kata2 Hikmah Salaf al-Salih tentang IMAN DAN AMAL SOLEH...

Ibn al-Mubarak telah menamakan satu Bab bukunya...

(فخر الأرض بعضها علي بعض - Kebanggan BUMI sebahagiannya atas sebahagian yang lain)

Dalam bab ini disebut..kata2 Salaf al-Salih bagaimana bumi seakan berbicara berbangga dengan LANGKAH ORANG SOLEH YG BERLEGAR DI ATAS MEREKA...

Antara Athar yg disebut...

حدثنا عطاء الخرساني قال : « ما من عبد يسجد سجدة في بقعة (1) من بقاع الأرض ، إلا شهدت له بها يوم القيامة ، وبكت عليه يوم يموت

Ata' al-Khurasani berkata: Tiada seorang hamba pun yg bersujud atas sepotong bahagian bumi, kecuali ia (bumi) akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat..dan bumi juga akan menangisi (kematiannya) pada hari matinya...

Juga kata2 Ali RA:

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال : « إذا مات العبد الصالح ، بكى عليه مصلاه من الأرض ، ومصعد عمله من السماء والأرض ، ثم قرأ :

Apabila seorang hamba yang soleh meninggal dunia, tempat dia biasa bersolat di atas bumi akan menangisi (kematiannya), begitu juga tempat (pintu) naik amalannya di langit..Ali RA kemudiannya membaca ayat ini:

فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ وَمَا كَانُوا مُنْظَرِينَ

Ertinya: Mereka (Firaun dan pengikutnya ketika dibinasakan dalam laut) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi (al-Dukhan[4:29]).

YA ALLAH....BARU SEDIKIT MEMBELEK KARYA IBN AL-MUBARAK, SUDAH TERSENTUH HATI UNTUK MENJADI ORANG SOLEH...BAYANGKAN KUALITI SOLEH BELIAU..JIKA TAK MAMPU MENJADI ORANG SOLEH...CINTAILAH MEREKA.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...