Tuesday, February 28, 2017

DI SINI KAMU BERCINTA TAPI DI SANA NANTI KAMU BERMUSUH

DI SINI KAMU BERCINTA TAPI DI SANA NANTI KAMU BERMUSUH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-‘Ankabut [29:24-25]) pada 18 November 2014. Antara isunya adalah teguran Nabi Ibrahim AS kepada kaumnya selepas baginda keluar dari api.

Sejurus keluar dari api, nabi Ibrahim AS diarahkan berhijrah meninggalkan kaumnya. Tiada gunanya menagih kasih keluarga dan teman sekampung yang sanggup membakarnya kerana membela patung kaku tak bernyawa. Sebelum meninggalkan kaumnya, nabi Ibrahim AS menempelak tajam:

وَقَالَ إِنَّمَا اتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا مَوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُ بَعْضُكُمْ بِبَعْضٍ وَيَلْعَنُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (25)

Ertinya: Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): "Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala, tidak menyembah Allah itu, HANYALAH KERANA MENJAGA HUBUNGAN KASIH MESRA DI ANTARA KAMU MASING-MASING DALAM KEHIDUPAN DUNIA INI; KEMUDIAN PADA HARI KIAMAT KELAK SETENGAH KAMU AKAN MEMBANTAH SETENGAHNYA YANG LAIN, DAN SETENGAH KAMU PULA AKAN MELAKNATKAN SETENGAHNYA YANG LAIN; dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan" (al-‘Ankabut [29:25]).

Malang sekali jika teman setia yang dikasihi di dunia kelak menjadi musuh yang saling laknat melaknati di akhirat kelak. Inilah contoh “UNHAPPY ENDING” dalam kehidupan manusia. Lihat sahaja bagaimana sang kekasih di dunia boleh  menjadi musuh di akhirat:

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Ertinya: Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) (al-Zukhruf [43:67]).

Allah juga berfirman:

قَالَ ادْخُلُوا فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ فِي النَّارِ كُلَّمَا دَخَلَتْ أُمَّةٌ لَعَنَتْ أُخْتَهَا حَتَّى إِذَا ادَّارَكُوا فِيهَا جَمِيعًا قَالَتْ أُخْرَاهُمْ لِأُولَاهُمْ رَبَّنَا هَؤُلَاءِ أَضَلُّونَا فَآَتِهِمْ عَذَابًا ضِعْفًا مِنَ النَّارِ قَالَ لِكُلٍّ ضِعْفٌ وَلَكِنْ لَا تَعْلَمُونَ (38) وَقَالَتْ أُولَاهُمْ لِأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِنْ فَضْلٍ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ (39)

Ertinya: Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: "Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) neraka". Allah berfirman: "Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui". Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan" (al-A’raf[7:38-39]).

Oleh itu, pilihlah teman atau cinta yang sejati, iaitu cinta yang akan membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Tidak syak lagi, cinta itu adalah cinta Allah dan Rasulullah SAW.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Run 5Km at Kompleks Belia Paroi

Sofiyah and I stayed the night at Mak's abode. So this morning after Fajr prayer I went to Kompleks Belia Paroi to train for MWM 2017 this coming Sunday.

I only ran 5km on the bitumen track at the stadium.  Well hope to Finish the 10km Sunday. In shaa Allah.

Sunday, February 26, 2017

Cucu in Nekliz's House

Cooked Assam Laksa today. Cucu came in the evening.

When hubby returned from our farm we all had dinner. All our children were present except for kak long and her family and also Wahid (oncall).

Saturday, February 25, 2017

Nephew's Wedding

My brother's son Mohd Redzuan wedding reception was held in Seremban at his in-law's abode. Hubby, Sofiyah and I attended the wedding reception. Alhamdullillah.

Thursday, February 23, 2017

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Saba’ [34:39]) pada 21 Februari 2015. Antara isunya adalah jaminan  sebarang sedekah bakal diganti oleh Allah.

“Berilah sedekah, rezekimu pasti bertambah!” Ayat itu tampaknya tidak logik kerana pemberian akan mengurangkan harta yang dimiliki. Lazimnya itulah pandangan manusia yang kelabu matanya dari sifat Allah al-Razzaq atau Yang Maha Memberi Rezeki.

Analoginya, sebuah sungai yang tertahan aliran airnya akan mengundang banyak mudarat. Kualiti airnya menurun, baunya busuk menusuk hidung dan tidak sihat untuk diminum. Tak banyak manafaat diperolehi dari kewujudannya. Paling malang adalah “ALIRAN AIR BARU DARI HULU TERHALANG DARI MENGALIR MASUK.” Harta yang terbelenggu di hati si bakhil akan menambah penyakit hatinya, meningkatkan geram kesumat si miskin, membusukkan nama si bakhil dan paling utama “MENGHALANG ALIRAN REZEKI BARU” kerana Pemilik Khazanah Alam ini murka dengan sifat bakhilnya.

Setelah sekatan aliran sungai dibuang, aliran baru menerjah masuk dengan deras dan menghapuskan segala macam penyakit. Bila sungai sudah sihat, semua akan gembira. Beginilah perihalnya dengan manusia pemurah yang rajin bersedekah. Bukan setakat namanya harum, cinta “Pemilik Khazanah Alam” kepadanya juga mencanak naik. Bila Raja Alam Semesta sudah sayang, hidupnya serba kena dan serba indah. Benarlah firman Allah ini:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; “DAN APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; DAN DIA LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI" (Saba’ [34:39]).

Gantian dijanjikan Allah ini adalah gandaan pahala bernilai “10, 700 dan infiniti:”

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Ertinya: Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), MAKA BAGINYA (BALASAN) SEPULUH KALI GANDA (DARI KEBAIKAN) YANG SAMA DENGANNYA; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) (al-An’am [6:160]).

Firman Allah:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti “SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI; TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA,” dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (al-Baqarah [2:261]).

Walaupun begitu, gantian Allah itu boleh sahaja datang dalam rezeki lain yang lebih luas jenisnya. Rezeki ketenangan, keteguhan jiwa, keluarga yang harmoni, Negara yang aman, pemimpin yang baik, tubuh yang sihat, jiran sahabat handai yang baik dan sebagainya.

Yakinlah pada “janji gantian tersebut” kerana Rasulullah SAW menyebut Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi:

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Ertinya: Allah berfirman; bersedekahlah (wahai anak Adam), sudah pasti Aku akan bersedekah (merahmati dan membuka rezekimu) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Juga sabda baginda SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Ertinya: Setiap pagi yang dilalui seorang hamba akan diiringi oleh dua malaikat yang turun. Satu malaikat akan berdoa: Ya Allah! Berikan GANTIAN KEPADA SETIAP YANG BERSEDEKAH (dan berbuat baik). Satu malaikat lagi akan berdoa: Ya Allah! Berikan KEMUSNAHAN KEPADA SETIAP YANG BAKHIL (dan sukar berbuat baik) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Bersedekahlah seikhlas hati kerana sedekah kita kepada orang lain sebenarnya adalah “BANTUAN-SISWA atau REZEKI-SISWA” Allah kepada kita sendiri. Jangan pula sedekah itu disempitkan hanya pada “RINGGIT MALAYSIA” sahaja tetapi ia merangkumi banyak perkara lain. Akhlak yang baik juga sedekah. Menjaga kelestarian alam sekitar juga sedekah. “MELETAK KERETA TANPA MENGHALANG LALUAN ORANG KETIKA SOLAT JUMAAT JUGA SEDEKAH”. “TIDAK MEMOTONG BARISAN KETIKA KESESAKAN JALAN RAYA JUGA SEDEKAH.” Aduhai! Banyak sekali sedekah yang mampu menggandakan gantian pahala kepada kita. Cukuplah sabda Rasulullah SAW ini menutup bicara sedekah saya pada kali ini:

تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Ertinya: Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah suatu sedekah untukmu, menyuruh yang baik serta mencegah yang mungkar juga sedekah untukmu, menunjuk jalan kepada lelaki yang tersesat juga sedekah untukmu, engkau melihat (memimpin) bagi  pihak orang yang rabun (buta) juga sedekah untukmu, engkau membuang batu, duri dan tulang di jalanan juga sedekah untukmu, engkau menuang air dari timbamu ke dalam timba saudaramu juga sedekah untukmu (Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Hibban).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, February 22, 2017

APA ADA DENGAN ARAYSH BALQIS

APA ADA DENGAN ARAYSH BALQIS?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [27:38-40]) pada 19 Mei 2015. Antara isunya apakah tujuan nabi Sulayman AS mahu singgahsana keagungan ratu Saba' dipindahkan dan siapakah yang memindahkannya?

Bayangkan apa akan jadi jika ketika bertempur melawan musuh, tiba tiba keris  Taming Sari lambang keagungan Laksamana Hang Tuah "DIRAMPAS LAWAN TANPA SEDAR?" Pastinya maruah dan kehebatan Laksamana Hang Tuah yang dikata sangat hebat akan jatuh merudum dengan hina.

Jika Hang Tuah tampak hebat kerana Taming Sari, ratu Saba' pula mempamerkan kehebatannya dengan Arasy atau Singgahsananya yang besar dan hebat.   Itulah laporan Hud-hud kepada nabi Sulayman AS:

إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

Ertinya: (Hud-hud berkata) "Sesungguhnya aku dapati seorang Ratu memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari segala sesuatu (yang diperlukan) dan "DIA PULA MEMPUNYAI SINGGAHSANA YANG BESAR" (al-Naml [27:23]).

Sulayman AS bukan calang-calang Rasul dan Raja! Dia mahir politik antarabangsa dan strategi menundukkan musuh. Baginda mahu menundukkan kerajaan Saba' yang bertuhankan Makhluk secara tuntas. Biar ratu Saba' tunduk hanya kepada Allah. Untuk itu Sulayman mahu agar "TAMING SARI ATAU LAMBANG KEAGUNGAN SABA'" tiba terlebih dahulu ke tempatnya sebelum ratu Saba' sampai. Bila melihat lambang keagungan negaranya sudah terlebih dahulu di"FAKS" dan jatuh dengan ajaib sebelum ketibaannya, ratu Saba' pasti tunduk kepada Sulayman AS dan Allah Tuhan semesta alam. Nabi Sulayman AS lalu menyampaikan hasratnya itu kepada rakyatnya:

قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"

قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula SEORANG YANG MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN DARI KITAB ALLAH: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" (al-Naml [27:38-40]).

Jin Ifrit dari spesis jin terkuat mahu menunjukkan kehebatannya memindahkan singgahsana Saba' dalam tempoh separuh hari sebelum nabi Sulayman bangun meninggalkan majlisnya, namun dia masih lemah berbanding "SI ALIM" yang mampu memindahkannya hanya sekelip mata. Ini bukti jelas menunjukkan KEKUATAN FIZIKAL TAK DAPAT MENGALAHKAN ILMU.

Benar! Si perkasa mudah sahaja diakali orang berilmu. Soalan yang sering ditanya siapakah SI ALIM dalam kisah ini? Rupanya para ulama Tafsir membawakan 4 watak iaitu (Tafsir al-Razi):

1) Malaikat yang bersama Sulayman iaitu Jibril atau selainnya,

2) Asif bin Barkhiya iaitu murid merangkap menteri Sulayman yang juga seorang Wali Allah. Pendapat ini antara yang dipegang kebanyakan ulama' Tafsir. Mereka yang menyokong pendapat ini mengatakan ia dipindahkan dengan KARAMAH (Tafsir al-Qurtubi).

3) Khidir,

4) Nabi Sulayman AS sendiri. Imam al-Razi menyokong pendapat ini dan mengatakan ia dipindahkan dengan MUKJIZAT (Tafsir al-Razi). Walau bagaimanapun, pendapat ini turut dikritik oleh sesetengah Ulama' Tafsir yang lain.

Pokoknya bukan "SIAPA" yang penting dalam kisah ini tetapi "MENGAPA dan APA."  Singgasana Saba' diculik atas strategi dakwah dan yang menggerakkannya adalah IZIN ALLAH YANG DIPINJAMKAN MELALUI ILMU. Itulah rahsia mengapa  lafaz ini digunakan:

قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ

"Berkata pula seorang YANG MEMPUNYAI ILMU PENGETAHUAN DARI KITAB ALLAH"

Setelah faham KUASA ILMU, apa ditunggu lagi? Marilah kita semarakkan pencarian ilmu agar kita mulia sebaris dengan SI ALIM dalam kisah ini di dunia dan di akhirat.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Tuesday, February 21, 2017

MAMPUKAH ULAS ISI SURAH YASIN DALAM 3 MINIT?

MAMPUKAH ULAS ISI SURAH YASIN DALAM 3 MINIT?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Yasin [36:13-15]) pada 2 Februari 2016 di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa,  Kuala Lumpur. Antara isunya adalah muhasabah kefahaman kita terhadap isi surah Yasin.

Pernah kawan saya, Tuan Fazrul Ismail iaitu Jurulatih Akademi Sinergi yang banyak menganjurkan program bagi  membantu orang awam menghayati al-Quran berkata:

"Sasaran saya tahun ini adalah meminta orang awam mengulas isi surah Yasin dalam masa 3 MINIT.  Saya percaya, sesetengah orang kita BELUM TENTU MAMPU menggunakan 3 minit itu walaupun sudah lama membaca Yasin."

Saya lantas menyampuk:

"Usahkan Yasin, bagi yang tak peduli, surah Al-Fatihah pun belum tentu lepas."

Sudah lama surah Yasin dibaca, tapi pasti ada yang kebingungan apabila nama negeri Antakiyah dibangkitkan. Apa kaitan Antakiyah dengan Yasin? Tambah kehairanan apabila disusulkan pula soalan "siapa 3 utusan Allah yang dihantar kepada penduduk Antakiyah."

Jika kebingungan dan kehairanan itu turut sama menyelubungi anda pada saat awal membaca nota ini, bermakna anda perlu melakukan “over-haul” yang menyeluruh dalam cara interaksi anda dengan al-Quran, “LEBIH-LEBIH LAGI SURAH YASIN YANG SUDAH SEKIAN LAMA DIBACA.” Jangan hanya kekal menjadi burung “kakak tua” dari muda sampai ke tua. Bacalah Tafsir surah Yasin dan kenalilah isinya kerana itulah matlamat asal al-Quran diturunkan.

Surah Yasin turun di Mekah untuk menegur orang Mekah yang degil menolak dakwah Rasulullah SAW. Kadangkala manusia degil hanya faham bahasa amaran. Oleh itu Allah membawakan kisah malang penduduk sebuah kisah negeri yang sekapal akidahnya dengan penduduk Mekah iaitu percaya Allah itu wujud tapi menyembah makhluk lain yang tak bernyawa.

Para ulama Tafsir menamakan negeri yang disebut surah Yasin sebagai ANTAKIYAH. Tiga utusan Allah itu pula diperselisihkan oleh para ulama, namun yang paling masyhur menyatakan mereka bertiga adalah wakil nabi Isa AS yang bernama Sadiq, Masduq dan Salum (Tafsir al-Tabari).  Ada pula yang menamakan mereka Yuhna, Bulus dan Syam'un (Tafsir Ibn Kathir). Nama Antakiyah juga mirip sebuah tempat di Turki yang bernama Antakya. Ia pernah menjadi tempat perkembangan agama Kristian. Yang pasti perincian nama tempat dan watak dalam kisah ini boleh dikategorikan sebagai Isra’iliyyat kategori ketiga (kisah bersumber dari periwayatan Ahli Kitab yang tak dapat dipastikan kesahihannya). Allah sengaja tidak memperincikan nama mereka kerana ia bukan matlamat asal yang mahu diutarakan:

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ (13) إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ (14) قَالُوا مَا أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا وَمَا أَنْزَلَ الرَّحْمَنُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ (15) قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ (16) وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ (17)

Ertinya: Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang dikatakan ANTAKIYAH) iaitu ketika mereka didatangi Para Rasul (Kami), Ketika Kami mengutus kepada mereka “2 ORANG RASUL” lalu mereka mendustakannya; kemudian “KAMI KUATKAN (KEDUA RASUL ITU) DENGAN RASUL YANG KETIGA”, lalu para Rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami diutuskan kepada kamu '. Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".  Para Rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Para Rasul yang diutus kepada kamu, "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintahNya dengan cara yang jelas nyata" (Yasin [36:13-17]).

Kedegilan mereka sangat dahsyat sehingga terpaksa diutus sampai 3 utusan mengetuk minda syirik mereka. Apa pengajaran kisah ini untuk manusia moden seperti kita? Mudah sahaja, “JANGAN SEKALI-KALI KITA MENJADI DEGIL SEPERTI PENDUDUK ANTAKIYAH ATAU MEKAH.”

Sungguh pada zaman ini bukan lagi “3 ORANG WAKIL ALLAH” diutus untuk membimbing kita, tetapi sudah beribu ulama’ dalam beribu medium. Tidak cukup dengan itu, segala bagai teknologi moden memudahkan kita mengenal dan mematuhi arahan Allah.

Oleh itu, marilah kita ubah cara interaksi dengan al-Quran. Sempurnakan pakej interaksi dengan al-Quran yang merangkumi Tajwid, Tafsir, Tahfiz dan Penghayatan. Jangan hanya tertahan di "Darjah 1 Tajwid" sehingga tua tanpa naik ke Darjah seterusnya.  Sungguh malang jika sudah lama bergelar “HAFIZ YASIN” tapi gagal menghadam isinya sebagaimana yang dikehendaki Allah. Lebih malang jika tak mampu pun "WALAU 3 MINIT" mengulas apa yang Allah mahu sampaikan dalam surah ini.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Monday, February 20, 2017

ETS to Slim River

Off to Slim River again. So Khairul and Sofiyah sent me to KL Central to catch the 4pm ETS to Slim River. 

We arrived at KL Central twenty minutes before the train leaves.  I rushed to the tickets counter and after purchasing the one way ticket, I was told to go to the KTM platform at GL. I was one of the few last minute passengers boarding the ETS.

After getting my seat, the train starts on its journey.  The movie today was Kung Fu Panda. 🙄

I noticed for the first time, the wide glassed windows has shades which one can pull down to block the sun rays. 😆

I waited for laling when I reached Slim River. When laling finally came we drove to the hotel. We break fast in our room. Dates with hot Milo.

After our solat we had our dinner at one of the restaurants near the hotel. Alhamdullillah.

Sunday, February 19, 2017

TABOO AGAMA BERKAITAN DERMA ORGAN?

TABOO AGAMA BERKAITAN DERMA ORGAN?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Pagi ini (Sabtu, 18 Ferbuari 2017) berpeluang menjadi panelis dalam Forum Antara Agama sempena Program “ORGAN FOR LIFE” anjuran University of Malaya Medical Society dan Pusat Transplan Nasional Bertempat di Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Forum ini bertujuan merungkai pandangan agama yang berbeza berkaitan hukum Derma Organ. Saya mewakili agama Islam bersama 3 lagi wakil agama lain iaitu, Kristian, Hindu dn Budha.

Beberapa soalan wajib yang diajukan kepada setiap panelis adalah:

1) Religious point of view on organ donation

2) Religious taboo regarding organ donation

3) Inter-religious organ donation

4) Is donating organ is good deeds, whereby it affects your after-life?

5) What’s your message to the audience regarding organ donation?

Soalan yang sangat menarik perhatian adalah RELIGIOUS TABOO REGARDING ORGAN DONATION. TIADA! Itu jawapan saya. Banyak orang Islam yang tidak mengetahui kemuliaan derma organ bertanya ADAKAH PENDERMA ORGAN AKAN MENANGGUNG DOSA PENERIMA selepas dia kembali sihat. Berikut adalah beberapa isi jawapan saya:

Kita tidak menanggung dosa orang lain. Ini dalilnya:

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Ertinya: Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain (al-An’am[6:164], al-Isra’[17:15] dan Fatir[35:18]).

Juga sebuah hadith:

قَالَ رَجُلٌ لَأَتَصَدَّقَنَّ اللَّيْلَةَ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ زَانِيَةٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ اللَّيْلَةَ عَلَى زَانِيَةٍ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ غَنِيٍّ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى غَنِيٍّ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى غَنِيٍّ لَأَتَصَدَّقَنَّ بِصَدَقَةٍ فَخَرَجَ بِصَدَقَتِهِ فَوَضَعَهَا فِي يَدِ سَارِقٍ فَأَصْبَحُوا يَتَحَدَّثُونَ تُصُدِّقَ عَلَى سَارِقٍ فَقَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ عَلَى زَانِيَةٍ وَعَلَى غَنِيٍّ وَعَلَى سَارِقٍ فَأُتِيَ فَقِيلَ لَهُ أَمَّا صَدَقَتُكَ فَقَدْ قُبِلَتْ أَمَّا الزَّانِيَةُ فَلَعَلَّهَا تَسْتَعِفُّ بِهَا عَنْ زِنَاهَا وَلَعَلَّ الْغَنِيَّ يَعْتَبِرُ فَيُنْفِقُ مِمَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ وَلَعَلَّ السَّارِقَ يَسْتَعِفُّ بِهَا عَنْ سَرِقَتِهِ

Ertinya: Seorang lelaki (dari Bani Isra’il) berkata, “Malam ini aku akan bersedekah.'' Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang penzina. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang penzina. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang penzina. Lelaki tersebut berkata lagi: “Malam ini aku akan bersedekah lagi.''

Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang kaya. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang kaya. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang kaya. Lelaki tersebut berkata lagi: “Malam ini aku akan bersedekah lagi.''

Dia kemudiannya keluar bersedekah dan tanpa disedarinya dia telah bersedekah kepada seorang pencuri. Pagi esoknya, orang ramai bercerita bahawa sedekahnya itu telah diberikan kepada seorang pencuri. Lelaki itu pasrah berkata: Ya Allah, segala puji bagiMu. (Tanpa kusedari) aku telah bersedekah kepada seorang penzina, seorang kaya dan seorang pencuri. Kemudiannya, seseorang datang kepadanya (dalam mimpinya) dan berkata, “SEMUA SEDEKAH YANG ENGKAU BERIKAN SUDAH DITERIMA (ALLAH). BERKENAAN SI PENZINA, SEDEKAHMU ITU MUNGKIN BAKAL MENGHALANGNYA DARI TERUS BERZINA. BERKENAAN SI KAYA, SEDEKAHMU ITU MUNGKIN BAKAL MENYEDARKANNYA SERTA MENDORONGNYA AGAR MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH. BERKENAAN SI PENCURI, SEDEKAHMU ITU MUNGKIN BAKAL MENGHALANGNYA DARI TERUS MENCURI (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim).

Pada akhir forum, apabila moderator bertanya apakah pesanan anda kepada orang awam berkaitan derma organ, ini jawapan saya:

“SUDAH SAMPAI MASANYA KITA MELUASKAN SKOP DERMA DAN SEDEKAH. Ia tidak sepatutnya dibataskan kepada derma wang ringgit atau barangan sahaja. Organ pada tubuh yang paling disayangi seseorang individu sepatutnya dimasukkan dalam senarai BARANGAN DERMA yang boleh dikempen sebagai alat sedekah yang berkesan dan mampu memberikan kehidupan atau nyawa kepada orang lain. Anggota badan atau organ adalah harta yang paling kita sayangi. Menderma organ sangat menjiwai firman Allah ini:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya (Ali ‘Imran[3:92]).

Semoga penglibatan orang agama dalam program sebegini mampu memberikan impak positif kepada keindahan Islam.

Saturday, February 18, 2017

Gugurls Day Out

After attending Kursus Haji this morning, Kak Ngah took Sofiyah and I to IOI Putrajaya to watch an Indonesian movie 'Syurga yang tak di Rindukan 2'.

We then had Japanese cuisine at the mall. All of us love Japanese food especially at Sushi King. But this time we had it at Sushi Zanmai. 

On our way to the car park we took these pictures. The huge painting behind us is at the Lower Ground floor beside Manhattan Fish Mart.

HIDUP INI HANYA SESAAT, USAHLAH SIBUK MENCARI YANG BUSUK SAHAJA

HIDUP INI HANYA SESAAT, USAHLAH SIBUK MENCARI YANG BUSUK  SAHAJA.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Hidup di dunia cuma sekejap, sekadar sehari. Sehari? Ini silap. Masakan sehari, kita sudah berpagi dan bermalam hampir puluhan tahun. Kalau mahu dikira, kita sudah melihat terbit dan jatuhnya matahari sebanyak ribuan kali. Mustahil jika dikata hidup duniawi ini cuma sehari, namun siapalah kita bila berhadapan dengan firman Allah:

يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا

Mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja".

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا

(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat" (Taha [20:13-104]).

Cuma sehari! Itulah sebenarnya usia kita di dunia berbanding tuaian hasil yang bakal kita petik di akhirat. Oleh kerana begitu singkatnya hidup kita di dunia, isilah hidup ini dengan keharuman amal soleh. Hiasilah dunia yang pendek ini dengan kalam indah bersulam pahala bukan kalam yang busuk lagi mengundang dosa.

Tapi manusia yang jahil dan pendek akalnya suka mengisi hidup singkat ini dengan bicara kosong yang busuk. Kerjanya tiada lain melainkan mengesan benda huduh dan busuk pada orang, lalu dicanang yang busuk itu seluasnya. Matanya seperti "radar najis pada lalat", nampak sahaja segala kelemahan manusia lalu diadun menjadi makanan harian untuk dihidang kepada orang.

Ini sebabnya ilmu penyucian jiwa, tasawwuf atau akhlak senantiasa perlu digandingkan bersama akidah dan fiqh. Adunan ketiganya bakal melahirkan Muslim sejati YANG PALING MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW.

Bukan hanya mengelar diri pejuang SUNNAH tapi akhlaknya bertaraf tong sampah kerana siang malamnya sibuk mencari kepincangan orang seolah diri begitu sempurna. Pepatah Arab ini sepatutnya menyedarkan kita semua:

الدنيا ساعة....فاجعلها طاعة

Dunia ini hanya SESAAT, isilah ia dengan penuh TAAT.

Sebelum sibuk mengesan keburukan dan kesilapan orang lain, kesan dan tangisilah dahulu keburukan dan kesilapan diri sendiri. Anda pasti akan kesuntukan masa membersih kotoran diri, apatah lagi menjadi tukang cuci orang lain.

Sebelum mengutuk kepincangan orang lain yang sudah dijemput Allah atau belum,  tanya dahulu diri sendiri, sejauh mana sumbangan aku untuk ummah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, February 16, 2017

"DOA VALET"? JANGAN DAKWA ANDA ADA SHARE PADA NAMA ALLAH AL-MUJIB

"DOA VALET"? JANGAN DAKWA ANDA ADA SHARE PADA NAMA ALLAH AL-MUJIB

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Usai kelas Tafsir Sabtu lepas (11 Februari 2017), seorang murid saya menghulurkan sampul duit dengan jumlah 3 angka. Saya tanya:

"Apa ni?"

Murid saya menjawab:

"Duit untuk bacaan doa kenduri kahwin anak saya tempohari. Lupa nak beri pada hari tu."

Saya jawab: "Tak perlulah, sebab saya rasa memang dah ikhlas berdoa. Bimbang nanti doa saya itu DITENDANG TURUN kerana hati saya berubah dengan duit ini."

Penolakan saya bukan bermaksud saya nak tunjuk baik, cuma RISAU HATI SAYA TERCEMAR DEK SAMPUL ITU. Tambahan pula sefaham saya, doa bukan suatu PRODUK AGAMA yang patut diniagakan. Apatah lagi dipakej atau dikosmetikkan dengan KELEBIHAN LOKASI MULIA MEKAH MADINAH. Atau ditokok tambah dengan TESTIMONI KAMPUNGAN PEMAKBULAN DOA SI FULAN ITU DAN INI.

PEMAKBULAN DOA adalah hak mutlak Allah. Ia sangat cocok dengan nama Allah al-Mujib atau yang Maha memperkenankan doa.

وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا قَالَ يَاقَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرُهُ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

Ertinya: Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi SENTIASA MEMPERKENANKAN PERMOHONAN HAMBANYA" Hud [11:61])

Hak ini pun tidak dimiliki oleh Rasulullah SAW:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Ertinya: Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang yang beriman" (al-A'raf [7:188]).

Memang dalam Islam disarankan berdoa dengan cara tertentu dan pada tempat tertentu, namun menjual atau mengeksploitasi tempat untuk "JUALAN PEMAKBULAN DOA" adalah suatu tindakan biadab yang seakan mencabar NAMA ALLAH AL-MUJIB.

Jika benar mahu berdoa kepada sesiapa yang berhajat, di Mekah, Madinah, atas bukit, di bulan atau di mana sahaja...usahlah dipakejkan dengan berbagai harga yang melampau...berdoalah dengan ikhlas...IKHLAS ITU SEUMPAMA BATERI UTAMA DALAM DOA.

Wednesday, February 15, 2017

Trip to Melaka

Craving for assam pedas so hubby and I went to Melaka and had our assam pedas at this restaurant. The gulai udang galah which I ate cost RM40 just for one udang galah. 😲😲😲

DENDAM KESUMAT AKAN MENYUKARKAN LALUAN KE SYURGA

DENDAM KESUMAT AKAN MENYUKARKAN LALUAN KE SYURGA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Tazkirah ringkas 10 minit surah (al-Hijr [15:45-47]) pagi Ahad (14 Februari 2016) di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B. Ayat yang dibaca dalam solat Subuh menyentuh isu dendam kesumat antara ahli syurga yang dicabut Allah sebelum mereka melangkah ke syurga.

Dendam kesumat, hasad dengki, permusuhan dan kebencian adalah penyakit yang berbahaya. Ia bukannya “koleksi rasa” yang perlu disimpan dalam hati. Walau sedap pada rasa dek kerana “perencah syaitan”, ia seumpama barah yang memakan hati saban hari. Orang beriman juga tidak terkecuali dari terkena jangkitan penyakit ini. Jika tidak masakan orang beriman pun boleh berselisih pendapat dan bermasam muka sesama mereka. Bukti paling terang akan bahaya penyakit ini adalah janji Allah yang akan membuang jauh “rasa ini” dari jiwa ahli syurga. Jika ia baik, sudah pasti Allah tidak akan membuangnya. Firman Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (45) ادْخُلُوهَا بِسَلامٍ آمِنِينَ (46) وَنزعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ (47)

Ertinya: Sesungguhnya orang yang bertaqwa adalah ditempatkan dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman". “DAN KAMI CABUT AKAN APA YANG ADA DIHATI MEREKA DARI PERASAAN HASAD DENGKI (PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN) SEHINGGA JADILAH MEREKA BERSAUDARA (DALAM SUASANA KASIH MESRA), SERTA MEREKA DUDUK SALING MENGHADAP DI ATAS PELAMIN” (al-Hijr[15:45-47]).

Syurga adalah tempat istimewa yang sangat suci. Ia tidak lagi dicemari dengan system perkumuhan fizikal seperti yang biasa berlaku di dunia. Sabda Rasulullah SAW:

لَا يَبُولُونَ وَلَا يَتَغَوَّطُونَ وَلَا يَتْفِلُونَ وَلَا يَمْتَخِطُونَ أَمْشَاطُهُمْ الذَّهَبُ وَرَشْحُهُمْ الْمِسْكُ….. عَلَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدَمَ سِتُّونَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ

Ertinya: (Ahli syurga) tidak kencing, tidak buang air besar, tidak meludah, tidak berhingus, sikat mereka dari emas, peluh mereka seharum kasturi….fizikal mereka seperti fizikal ayah mereka Adam setinggi 60 hasta ke langit (Sahih al-Bukhari dan Muslim). 

Lalu sangat canggung jika sebuah tempat suci zahir seperti syurga dicemari oleh “penyakit batin yang sungguh busuk” seperti dengki, dendam, benci dan marah. Oleh sebab itu, Allah mencabut segala penyakit hati sesama penghuni syurga agar syurga itu kelak menjadi suci putih sesuci-sucinya.  Penyucian hati ahli syurga dari sebarang penyakit hati diulang sebut dalam firman Allah yang lain:

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Ertinya: “DAN KAMI CABUT SEGALA DENDAM DAN HASAD DENGKI (PERMUSUHAN DAN KEBENCIAN) DARI HATI MEREKA, (DI DALAM SYURGA)” yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu warisi dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan" (al-A’raf[7:43]).

Proses penyucian jiwa ahli syurga berlaku sebelum mereka melangkah masuk ke dalamnya sebagaimana dijelaskan olehRasulullah SAW:

يَخْلُصُ الْمُؤْمِنُونَ مِنْ النَّارِ فَيُحْبَسُونَ عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَيُقَصُّ لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضٍ مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا حَتَّى إِذَا هُذِّبُوا وَنُقُّوا أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ

Ertinya:  (Selepas) orang beriman bebas dari neraka (setelah melalui titian sirat yang merentas neraka), mereka ditahan pada jambatan di hujung titian sirat antara syurga dan neraka. Lalu diselesaikan antara sesama mereka segala kezaliman (kesilapan) yang pernah berlaku di dunia dahulu. Setelah segalanya bersih dan suci barulah mereka dibenarkan melangkah masuk ke dalam syurga (Sahih al-Bukhari).

Paling tepat bagi menggambarkan maksud ayat ini adalah kisah perang Jamal. Perang ini berlaku selepas kewafatan Uthman RA. Ia adalah perang yang tercetus antara pihak Aishah, Talhah serta al-Zubayr dengan pihak Ali. Ia berlaku atas banyak factor antaranya salah faham dan hasutan musuh dalam selimut. Dalam perang ini Talhah dan al-Zubayr mati dibunuh oleh pihak Ali. Selepas perang itu anak Talhah iaitu ‘Imran bin Talhah masuk bertemu Ali. Ali kemudiannya berkata:

“Aku sangat berharap agar hubunganku dengan ayahmu (Talhah) seperti apa yang disebut oleh firman Allah ini (al-Hijr[15:47])(Tafsir al-Tabari):

Pelik juga jika mahu difikir, bagaimana segala kebencian boleh bertukar menjadi kasih sayang? Lihat ayat ini:

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

Ertinya: Ahli syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang tangan dari perak; “DAN MEREKA DIBERI MINUM OLEH TUHAN MEREKA DENGAN SEJENIS MINUMAN (YANG LAIN) YANG BERSIH SUCI” (al-Insan[76:21]).

Ahli syurga minum dari air yang sangat bersih lagi suci. Tidak mustahil jika diteorikan air suci itu akan mengubah struktur tubuh ahli syurga yang menjadikan tubuh mereka tidak lagi memerlukan system perkumuhan seperti yang wujud di dunia. Lalu mereka tidak lagi kencing atau berak selamanya. Peluh mereka bertukar harum bak kasturi (Tafsir al-Tabari). Dan sangat tidak mustahil, air suci ini juga turut menyucikan jiwa mereka bersih dari segala macam rasa dendam, hasad, marah dan benci.

Selepas ini jika api dendam, marah dan benci terhadap teman kita mulai menyala, segeralah padamkannya dan mohonlah keampunan dari Allah. Jangan sampai “gelojak api itu” menyukarkan laluan kita ke syurga.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/…/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-ji…/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/…/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-…/

Sunday, February 12, 2017

Cucu in the House

Muhammad Zavian could now turn and lay on his cute tummy. Alhamdullilah.

His Mak Ngah and Pak Ngah loves cuddling and playing with him too.😚😚😚

Saturday, February 11, 2017

Wefie with Hubby @Wedding

Hahaha...
😆😆😆
🤗🤗🤗🤗

Wedding at Bangi Putrajaya Hotel

Our neighbour Tuan Haji Roslan is getting married again after first being a widower and then a divorcee. We pray that his marriage this time with Allah SWT blessing and will last till Jannah. Amiinn.

The wedding was held at Bangi Putrajaya Hotel (previously Hotel Equatorial Bangi) at its Ballroom. The akad nikah began at 4.30pm.

Hubby and I were seated at Table 12 together with our neighbours. Alhamdullillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...