Thursday, December 28, 2017

JANGAN DICERAI TANGKAI RAMBUTAN ITU!

JANGAN DICERAI TANGKAI RAMBUTAN ITU!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Indah sekali pengalaman memetik dan mematahkan tangkai rambutan di rumah ayah angkat saya petang tadi (26 Disember 2017). Semenjak meninggalkan kampong halaman tahun 1993 dan berhijrah ke Selangor, jarang sekali pengalaman sebegitu dirasai. Halaman rumah keluarga angkat saya di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur agak luas. Halamannya ditambah indah dengan sebatang pokok rambutan gading berwarna hijau muda yang sangat rendang. Rasanya pun sangat manis sesuai dengan kuasa Allah yang merencahkan rasanya:

وَفِي الْأَرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الْأُكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Ertinya: Dan di bumi ada beberapa keping tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun anggur, berbagai-bagai jenis tanaman serta pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda kekuasaan Allah bagi orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya (al-Ra’d [13:4]).

Dalam petua orang tua-tua, menyimpan buah rambutan dengan dahan lebih elok kerana ia lebih menjamin ketahanan buah rambutan berbanding petikan secara bercerai. Ketika mematahkan dahan tersebut, saya berkongsi satu ayat daripada surah Yusuf yang menyokong petua orang tua kita. Firman Allah:

يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنْبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ لَعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ (46) قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدْتُمْ فَذَرُوهُ فِي سُنْبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تَأْكُلُونَ (47) ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّا تُحْصِنُونَ (48) ثُمَّ يَأْتِي مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ (49)

Ertinya: (Setelah berjumpa dengan Yusuf yang masih dalam penjara, pemerah anggur raja Mesir berkata): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (perihal raja Mesir yang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya". Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu bercucuk tanam bersungguh-sungguh selama tujuh tahun berturut-turut, KEMUDIAN APA YANG KAMU KETAM BIARKANLAH IA PADA TANGKAINYA; kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan makanan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)"(Yusuf[12:46-49]).

Ternyata kisah mimpi raja Mesir serta tafsiran luar biasa nabi Yusuf itu menjadi sebab pembebasan baginda. Bagi orang yang mengkaji kitaran ekonomi, ayat ini secara tidak langsung menyatakan kitaran naik turun ekonomi yang biasanya berlaku dalam lingkungan 7 tahun. 

Tafsiran nabi Yusuf AS yang mengarahkan agar biji gandum dibiarkan pada tangkainya selama 7 tahun ini mengingatkan saya kisah seorang pensyarah Bahasa Arab dari Jordan yang memeluk Islam kerana ayat ini. Beliau adalah pensyarah Bahasa Arab yang beragama Kristian. Setelah membaca ayat tersebut, dia terpanggil untuk membuktikan kebenaran firman Allah yang menyatakan bahawa “BIJI GANDUM YANG TIDAK DIPISAHKAN DARIPADA TANGKAINYA MAMPU BERTAHAN SELAMA TUJUH TAHUN.”

Selepas isterinya melahirkan anak, dia memotong tangkai gandum lalu menggantungnya dalam rumah mereka tanpa diceraikan bijinya. Setelah anaknya berusia 7 tahun, dia mengambil tangkai gandum tersebut dan terkejut kerana ia masih elok dan  boleh dimakan. Berikutan peristiwa itu, dia memeluk agama Islam. Kisah ini diceritakan oleh Dr. Abu Syariah, seorang bekas pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa, UIAM suatu masa dahulu. Pensyarah Bahasa Arab beragama Kristian itu adalah kawannya sendiri.

Subhanallah! Ini antara bukti mukjizat al-Quran. Bicaranya satu, tapi pengajaran dan limpahan ilmunya membuak-buak keluar bagi sesiapa yang mahu mengkaji atau menghayatinya. Ia sudah lama ditegaskan Rasulullah dalam sabdanya:

أَلَا إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ فَقُلْتُ مَا الْمَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ نَبَأُ مَا كَانَ قَبْلَكُمْ وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ وَهُوَ الْفَصْلُ لَيْسَ بِالْهَزْلِ مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّارٍ قَصَمَهُ اللَّهُ وَمَنْ ابْتَغَى الْهُدَى فِي غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللَّهُ وَهُوَ حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينُ وَهُوَ الذِّكْرُ الْحَكِيمُ وَهُوَ الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ هُوَ الَّذِي لَا تَزِيغُ بِهِ الْأَهْوَاءُ وَلَا تَلْتَبِسُ بِهِ الْأَلْسِنَةُ وَلَا يَشْبَعُ مِنْهُ الْعُلَمَاءُ وَلَا يَخْلَقُ عَلَى كَثْرَةِ الرَّدِّ وَلَا تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ هُوَ الَّذِي لَمْ تَنْتَهِ الْجِنُّ إِذْ سَمِعَتْهُ حَتَّى قَالُوا { إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ } مَنْ قَالَ بِهِ صَدَقَ وَمَنْ عَمِلَ بِهِ أُجِرَ وَمَنْ حَكَمَ بِهِ عَدَلَ وَمَنْ دَعَا إِلَيْهِ هَدَى إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Ertinya: Ertinya: Ingat", sesungguhnya akan berlaku fitnah", Saya (Ali bin Abi Talib RA) bertanya: "Bagaimana jalan keluar darinya wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda :"(Berpeganglah) kepada Kitab Allah, dalamnya ada cerita orang sebelummu dan berita orang sesudahmu, dan (ia adalah) pemutus apa yang terjadi antara kamu. Kitab Allah ini adalah firman yang pemisah (antara yang hak dan yang bathil) dan ia bukanlah bahan senda gurau, sesiapa yang meninggalkannya (mengabaikannya) kerana sombong, akan dibinasakan Allah, sesiapa yang mencari petunjuk yang lain darinya (selain kitab Allah), akan disesatkan Allah, ia adalah tali Allah yang kuat, ia adalah peringatan yang penuh hikmah, ia adalah (pembimbing ke) jalan yang lurus, ia tidak condong pada (tidak mengikut) hawa nafsu (manusia), ia tidak berat pada setiap lidah, para ulama' tidak akan kenyang (dari mengkaji serta mendalaminya), ia tidak usang (jemu) walau banyaknya diulang (bacaannya), keajaibannya tidak ada penghujung, para jin tidak berhenti (secara kosong) ketika mendengarnya, mereka lantas berkata :(Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya). Sesiapa berkata dengannya, maka benarlah ia, barangsiapa mengamalkannya, akan diberi pahala, orang yang memutuskan hukum dengannya pasti berlaku adil dan barang siapa menyeru kepada (penghayatan)nya akan mendapat petunjuk ke jalan yang lurus" (Sunan al-Tirmidhi) (Hadith ini dinilai Dhaif atau lemah oleh Imam al-Tirmidhi).

Setelah mendengar kisah sebegini maka kita akan faham mengapa al-Quran ini menduduki carta tertinggi dalam senarai mukjizat para nabi utusan Allah. Bahkan orang Mekah pada zaman nabi ditempelak keras kerana mengabaikan al-Quran:

وَقَالُوا لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِنْ رَبِّهِ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِنْدَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُبِينٌ (50) أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَى عَلَيْهِمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَى لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (51)

Ertinya: Dan mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata". (Patutkah mereka meminta mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut [29:50-51]).

Selepas ini, jika memetik apa sahaja buah, cubalah petik bersama tangkainya dan ingatlah ayat daripada surah Yusuf ini semoga iman kita kepada al-Quran tetap segar sebagaimana segarnya buah-buahan yang tergantung pada tangkainya.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Wednesday, December 27, 2017

ISTIQAMAH ITU MEMUTIHKAN KEPALA

ISTIQAMAH ITU MEMUTIHKAN KEPALA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Hud[11:112]) pada  23 Disember 2015. Antara isunya adalah kepentingan dan kesukaran Istiqamah atau konsisten dalam melaksanakan arahan Allah.

Tidak semudah menutur di lidah, istiqamah atau senantiasa teguh dengan Islam memerlukan sesuatu yang sangat lebih. Lebih segalanya, lebih dari sudut akidah, akhlak dan amal soleh. Orang yang istiqamah akidahnya tetap bernafas dengan Tawhid. Walau apa datang melanda, Tuhannya hanya Allah. Akhlak senantiasa dijaga agar dirinya menjadi cermin Islam kepada yang lain. Amal solehnya juga konsisten walaupun tidak banyak. Dia tahu amal yang sedikit tetapi konsisten lebih baik dari amalan bertimbun tetapi bermusim. Sabda Rasulullah SAW ini dipegang dengan teguh:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ

Ertinya: ‘Aisyah RA menceritakan Rasulullah SAW pernah ditanya apakah amalan yang PALING DICINTAI ALLAH? Baginda menjawab: Amalan yang berterusan dilakukan walaupun sedikit jumlahnya (Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim).

Arahan istiqamah bukan calang-calang! Ia ditegaskan khusus oleh Allah dalam al-Quran. Pastinya ayat yang mengarahkan istiqamah bukan untuk menjadi hiasan dinding tetapi perlu dipasak ke dalam hati:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Ertinya: Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan (Hud[11:112]).

Rasulullah SAW pun beruban apabila mengenangkan surah Hud:

شَيَّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالْمُرْسَلَاتُ وَعَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَإِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ

Ertinya: (Isi kandungan) surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, al-Naba’ dan al-Takwir menyebabkan aku beruban (Sunan al-Tirmidhi).

Mengapa sampai beruban? Ia adalah kiasan kepada betapa beratnya isi kandungan semua surah tersebut. Menurut Abdullah Ibn ‘Abbas, ayat yang mengarahkan baginda agar senantiasa istiqamah itu sangat sukar dilaksanakan sehingga seakan ia memutihkan kepala baginda SAW (Tafsir al-Razi).

Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya agar turut istiqamah dalam imannya kepada Allah:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي أَمْرًا فِي الْإِسْلَامِ لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

Ertinya: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah beritahu padaku suatu perkara dalam Islam (yang cukup untukku bertanya padamu) tanpa aku perlu bertanya sesiapapun selepasmu. Rasulullah menjawab: Sebutlah aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah (dengannya)   (Musnad Ahmad).

Bukan setakat Rasulullah SAW, nabi Musa dan Harun AS turut diarahkan agar istiqamah dalam perjuangan mereka menentang kezaliman Fir’awn:

قَالَ قَدْ أُجِيبَتْ دَعْوَتُكُمَا فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Ertinya: Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; “OLEH ITU HENDAKLAH KAMU TETAP (MENJALANKAN PERINTAHKU SETERUSNYA)”, dan janganlah kamu menurut jalan orang yang tidak mengetahui (peraturan janjiKu)" (Yunus [10:89]).

Allah itu Maha Adil. Walau istiqamah sangat sukar dilakukan, namun tuaiannya sangat manis. Ia sudah mula dirasai oleh para pejuang semasa di dunia, setelah melangkah ke alam barzakh dan setelah bangkit di akhirat kelak (Tafsir Ibn Kathir):

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ

Ertinya: Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu (Fussilat [41:30]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Tuesday, December 26, 2017

NABI DALAM KALANGAN WANITA?

NABI DALAM KALANGAN WANITA?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yusuf [12:109]) pada 1 Jun 2016. Antara isunya adalah kekeliruan sesetengah pihak tentang isu pangkat nabi yang turut diberikan kepada sesetengah wanita pilihan.

Pangkat nabi atau rasul tidak boleh dilobi atau dibeli. Ia adalah suatu amanah yang berat lagi mencabar. Jawatan ini tidak sesuai untuk wanita sebagaimana sesetengah peranan tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki. Apabila prinsip ini difahami, tidak lagi timbul cemuhan bahawa Islam mendiskriminasi wanita apabila pangkat nabi dan rasul tidak diberikan kepada mereka. Begitu juga kaum lelaki, jangan pula marahkan Allah jika fisiologi tubuh mereka “TIDAK ISTIMEWA” seperti kaum wanita yang dijenterakan untuk mengandung atau melahirkan anak. Usahlah kerana tiada keistimewaan seperti wanita maka kaum lelaki menubuhkan persatuan “BROTHERS IN ISLAM” yang cuba menuntut hak sama rata dengan wanita.

Sudah jelas lagi nyata pada kita, Allah hanya melantik para nabi dan rasul dalam kalangan lelaki manusia. Lelaki Jin atau manusia wanita tidak dipilih untuk menjadi nabi. Allah sangat sayangkan wanita kerana tugas dan tanggungjawab nabi atau rasul sangat mencabar minda dan fizikal. Pun begitu, jika kita telusuri ayat al-Quran kita akan dapati beberapa ayat yang menunjukan seolah-olah wanita juga mendapat wahyu atau didatangi Jibril AS. Jika sudah didatangi Jibril, pasti wanita istimewa itu seorang nabi! Perhatikan kisah Maryam:

وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَى نِسَاءِ الْعَالَمِينَ

Ertinya: Dan (ingatlah wahai Muhammad) KETIKA MALAIKAT BERKATA: "WAHAI MARYAM! SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMILIHMU, DAN MENSUCIKANMU, dan memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu) (Ali ‘Imran [3:42]).

Juga firman Allah:

وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ مَرْيَمَ إِذِ انْتَبَذَتْ مِنْ أَهْلِهَا مَكَانًا شَرْقِيًّا (16) فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا فَأَرْسَلْنَا إِلَيْهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرًا سَوِيًّا (17)

Ertinya: Dan bacakan (wahai Muhammad) dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri daripada keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka MAKA KAMI HANTARKAN KEPADANYA: ROH DARI KAMI (JIBRIL AS) lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya (Maryam [19:16-17]).

Tambah ketara apabila Allah menggunakan perkataan   -  وأوحينا- LALU KAMI WAHYUKAN kepada ibu nabi Musa AS dalam ayat berikut:

وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ

Ertinya: DAN KAMI WAHYUKAN (ILHAMKAN) kepada ibu Musa:" Susukan dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letaklah dia dalam peti dan) lepaskan dia ke laut; dan janganlah engkau rasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi seorang daripada  para rasul Kami (al-Qasas  [28:7]).

Diulang sebut lagi dalam firman lain:

وَلَقَدْ مَنَنَّا عَلَيْكَ مَرَّةً أُخْرَى (37) إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى (38) أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِي وَعَدُوٌّ لَهُ

Ertinya: "Dan demi sesungguhnya! Kami telah kurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebelum ini. "KETIKA KAMI WAHYUKAN (ILHAMKAN) KEPADA IBUMU, dengan memberitahu kepadanya:  "Letakkan anakmu dalam peti, kemudian lepaskan peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya; (Taha [20:37-39]).

Orang awam yang tidak mahir dengan seni Bahasa Arab, Tafsir al-Quran atau rahsia agama pasti keliru dengan ayat yang disebut. Oleh itu, isu ini wajib dirungkai supaya jangan ada wanita pelik di luar sana membuat sidang akhbar mendakwa baru mendapat “WATIKAH WAHYU atau DIDATANGI JIBRIL AS” kerana melihat ayat tersebut dari teropong nafsu yang ditunggang syaitan. Secara tuntas, prinsip kerasulan seseorang manusia dinyatakan jelas oleh Allah dalam ayat ini. HANYA LELAKI DARI PENDUDUK BANDAR DILANTIK SEBAGAI NABI ATAU RASUL:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَدَارُ الْآَخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Ertinya:  Dan Kami tidak mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) MELAINKAN LELAKI DARI PENDUDUK BANDAR, YANG KAMI WAHYUKAN KEPADA MEREKA. Maka mengapa orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang kafir yang terdahulu daripada mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? (Yusuf [12:109]).

Apabila al-Quran berbicara tentang kedatangan Jibril AS kepada wanita maka ia bukan merujuk kepada pangkat kenabian sebaliknya kedudukan mereka yang mulia. Buktinya Rasulullah SAW mengukuhkan kisah kunjungan Jibril AS dengan sabda yang menobatkan kedudukan tinggi Maryam di seluruh alam:

كَمَلَ مِنْ الرِّجَالِ كَثِيرٌ وَلَمْ يَكْمُلْ مِنْ النِّسَاءِ غَيْرُ مَرْيَمَ بِنْتِ عِمْرَانَ وَآسِيَةَ امْرَأَةِ فِرْعَوْنَ وَإِنَّ فَضْلَ عَائِشَةَ عَلَى النِّسَاءِ كَفَضْلِ الثَّرِيدِ عَلَى سَائِرِ الطَّعَامِ

Ertinya: Ramai lelaki mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian tanpa pangkat kenabian atau kerasulan), akan tetapi tidak (ramai) mencapai tahap sempurna (dalam kerohanian) selain Maryam binti ‘Imran dan Asiyah isteri Fir’awn. Dan sesungguhnya kelebihan Aisyah berbanding sekelian wanita seperti daging yang terbaik berbanding semua jenis makanan (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Dalam kerohanian, wanita memang tidak dapat mencapai pangkat nabi tetapi mereka boleh mencapai pakai WALI ALLAH dan SIDDIQAH (WANITA YANG BENAR IMANNYA). Maryam dinobatkan pangkat tertinggi ini oleh Allah dalam firmanNya:

مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآَيَاتِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Ertinya: Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, “DAN IBUNYA SEORANG PEREMPUAN YANG AMAT BENAR”, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu) (al-Ma’idah [5:75]).

Dalam kes ibu nabi Musa AS pula, perkataan KAMI WAHYUKAN itu lebih tepat diterjemahkan sebagai “KAMI ILHAMKAN.” Jika masih ada yang degil mahu mengatakan ia adalah hakiki WAHYU dan bukannya ILHAM, maka sudah pasti “lebah dan bumi” juga selayaknya menjadi nabi kerana Allah turut menggunakan perkataan “WAHYU” kepada keduanya:

وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Ertinya: DAN TUHANMU MEMBERI WAHYU (ILHAM) KEPADA LEBAH: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang, di pokok kayu, dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia (al-Nahl [16:68]).

Lihat juga firman Allah pada bumi ketika ia bergegar di saat kiamat berlaku:

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5)

Ertinya: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: BAHAWA TUHANMU TELAH MEWAHYUKAN PADANYA (MEMERINTAHNYA (BERLAKU DEMIKIAN) (al-Zalzalah [99:1-5]).

Mudahnya apabila al-Quran menggunakan perkataan WAHYU dalam bicaranya kepada makhluk selain para nabi, maka ia membawa maksud ilham atau fitrah yang dicipta pada makhluk itu. Marilah kita dalami al-Quran menurut laluannya yang betul bagi mengelakkan sebarang pemesongan daripada maksud sebenar yang mahu disampaikan Allah. Ya Allah! Berikan kami semua ketepatan dalam memahami  KALAM-MU!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Monday, December 25, 2017

INGAT KRISMAS INGAT SURAH MARYAM

INGAT KRISMAS INGAT SURAH MARYAM

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Semua nabi termasuk Isa AS adalah watak kesayangan umat Islam. Jika ada sesiapa yang mencela atau menafikan kemuliaan mereka, maka akidahnya akan runtuh menyembah dasar neraka. Beriman kepada semua nabi dan Rasul adalah rukun Iman yang wajib ditegakkan semua Muslim. Jika satu daripadanya dicabut, maka rumah Islam akan tersungkur tanpa nilai. Firman Allah:

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Ertinya: Katakanlah (wahai orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada para nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata" (al-Baqarah [2:136]).

Umat Islam sangat mencintai Nabi Isa AS. Baginda dipuji dengan gelaran Rasul Ulul Azmi atau Utusan Allah yang sangat teguh keazamannya dalam dakwah (al-Ahzab [33:7], al-Syura [42:13] dan al-Ahqaf [46:35]). Pada tempat lain, al-Quran membela nabi Isa AS dengan cara yang lebih unik ketika baginda dicaci orang Yahudi sebagai anak luar nikah:

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا

Ertinya: Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, DAN NABI ISA, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur (al-Nisa’ [4:163]).

Susun atur (kronologi) zaman para nabi dalam ayat ini kelihatan agak janggal kerana Allah meletakkan kedudukan nama nabi Isa AS selepas anak-anak nabi Ya’qub, sedangkan baginda diutuskan jauh selepas zaman mereka. Allah sebagai Tuhan yang Maha Bijaksana pasti mempunyai sebab yang kukuh dalam penyusunan ini.

Subhanallah! Rupanya Allah mahu membela serta mengangkat nama baginda seiring dengan para nabi Bani Israil (bermaksud anak-anak nabi Ya’qub AS) yang lain. Pembelaan ini dibuat kerana Bani Isra’il sezaman baginda menuduh baginda sebagai anak luar nikah (rujuk ayat 156 surah al-Nisa’) (Tafsir al-Alusi dan Tafsir Fath al-Qadir oleh Imam al-Syawkani). Seolah Allah mahu menempelak mereka secara sinis:

“Jangan sesekali kamu mencela nabi Isa AS sebagai anak luar nikah atau menafikan kenabiannya kerana Aku sendiri memuliakannya serta meletakkan namanya sejurus nama anak keturunan nabi Ya’qub yang lain!”

Menjelang 25 Disember setiap tahun penganut agama Kristian bergembira dengan kelahiran nabi Isa AS yang dipercayai sebagai anak Tuhan. Persoalannya, adakah benar 25 Disember tarikh lahir baginda? Allah sahaja yang Maha Mengetahui kesahihannya. Walaupun begitu, al-Quran memang menyebut dengan jelas kisah kelahiran baginda:

فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ قَالُوا يَامَرْيَمُ لَقَدْ جِئْتِ شَيْئًا فَرِيًّا (27) يَاأُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا (28) فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَنْ كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا (29) قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا (31) وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا (32) وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا (33) ذَلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ (34) مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (35) وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (36)

Ertinya: Kemudian baliklah dia (Maryam) kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka (Bani Isra’il) pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!" Wahai saudara perempuan Harun (gelaran sempena mengingat kesolehan Maryam yang diibaratkan seperti kesolehan nabi Harun), bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" Maka Maryam segera mengisyarat kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"  Dia (Nabi Isa AS) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi.

Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup."  Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". Yang demikian sifatnya itulah Isa anak lelaki Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila Dia mahu menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka Dia hanya berfirman kepada perkara itu: "Jadilah engkau", lalu ia terus jadi (atau wujud). Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus " (Maryam [19:27-36]).

Menurut al-Quran, Maryam AS dikurniai keajaiban atau “karamah” mengandungkan nabi Isa. Sejurus selepas dilahirkan, Allah turut mengurniakan “IRHAS” (keajaiban yang menjadi petanda kenabian) kepada nabi Isa yang berbicara ketika bayi. Bicara baginda itu bertujuan membela kesucian ibunya serta membawa mesej Allah yang jauh lebih logik dari “khurafat lelaki berjanggut putih menunggang rusa terbang dari Kutub Utara pada malam Krismas.” Berikut adalah beberapa matlamat kelahiran nabi Isa AS menurut al-Quran:

- Nabi Isa AS adalah hamba Allah dan bukannya anak Tuhan. Perkara ini turut ditegaskan baginda dalam ayat lain (al-Ma’idah [5:72 dan 117]). Oleh itu, semua manusia wajib meluruskan akidah mereka dengan hanya bertuhankan Allah.

- Nabi Isa AS akan dilantik menjadi Rasul dan diberikan Kitab Injil sebagai pembimbing manusia zamannya. Antara misi dan isi utama ajaran baginda adalah memberi khabar gembira tentang kelahiran nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman yang akan melengkapkan ajaran baginda (al-Saff [61:6]). Oleh itu, semua manusia selepas zaman nabi Isa AS wajib beriman kepada al-Quran.

- Nabi Isa AS adalah manusia yang penuh berkat. Berkat bermaksud KEBAIKAN YANG BANYAK. Selepas diutuskan, nabi Isa membawa banyak kebaikan kepada manusia dengan membawa mereka mengenal Allah. Umat Islam perlu memiliki keberkatan ini dengan menjadi sebab Islam tersebar.

- Nabi Isa berpesan agar solat dan zakat sentiasa ditunaikan. Kedua perkara ini menjadi isi syariat semua nabi. Kegagalan menunaikan kedua ini akan menjadikan manusia jahat (Maryam [19:59]).

- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Arahan ini juga menjadi intisari para Rasul sebelum nabi Isa AS (al-Baqarah [2:83]).

Semoga kedatangan hari Krismas bukan hanya menjadi hari cuti tidak berisi bagi kita, sebaliknya menjadi tarikh mendekatkan kita semua kepada surah Maryam yang mengisahkan betapa baginda adalah pembawa rahmat kepada seluruh manusia seperti saudara baginda atau Rasulullah SAW.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, December 23, 2017

SUJUD ADALAH NI'MAT YANG SANGAT BESAR

SUJUD ADALAH NI’MAT YANG SANGAT BESAR

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

25 September 2015, Khemah Mina pada hari Tasyriq.

“Ana pernah tanya beberapa orang Doktor Pakar mengenai lutut Ana ini. Rata-rata mengatakan Ana perlu menjalani pembedahan lutut. Masalahnya, jika pembedahan dijalankan tiada jaminan Ana akan dapat sujud dalam solat seperti biasa. Itu antara sebab Ana tangguhkan pembedahan lutut. Ana rela menahan sakit demi untuk terus sujud. Sujud adalah ni’mat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita.”

Kagum saya mendengar ayat Tuan Guru Dr. Abdul Basit ketika kami berbual semasa dalam khemah Mina pada hari Tasyriq. Langkah beliau agak perlahan dan perlu dibantu tongkat. Keadaan lututnya sangat mencabar minda. Itulah ujian Allah untuk beliau.

Sungguh! Mampu bersujud kepada Allah adalah suatu ni’mat yang hanya difahami oleh orang beriman yang tidak lepas sujudnya kepada Allah. Jika kita susuri ayat al-Quran, sujud memang digandingkan dengan pujian kepada orang beriman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: Wahai orang yang beriman, rukuklah serta “SUJUDLAH (MENGERJAKAN SEMBAHYANG)”, dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat) (al-Hajj [22:77]).

Juga firman Allah:

إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآَيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Ertinya: Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, “MEREKA SEGERA MEREBAHKAN DIRI SAMBIL SUJUD (MENANDAKAN TAAT PATUH)”, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur (al-Sajdah [32:15]).

Ketika memuji Ahli Kitab yang beriman, Allah menyebut mereka sangat mudah bersujud kepadaNya:

قُلْ آَمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)

Ertinya:  Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera “TUNDUK SUJUD” (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Ertinya:  Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "DAN MEREKA SEGERA TUNDUK SUJUD ITU SAMBIL MENANGIS”, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk (al-Isra’[17:107-109]).

Sujud dengan erti kata solat turut menjadi penenang jiwa Rasulullah SAW yang sedang bersedih:

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ (97) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ (98) وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ (99)

Ertinya: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari ORANG YANG SUJUD. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (iaitu mati) (al-Hijr[15:97-99]).

Sujud juga menjadi tempat paling dekat antara seorang hamba dengan Allah:

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ

Ertinya: Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya (kehendak Musyrikin Quraysh yang melarangmu bersolat), dan (sebaliknya) sujudlah dan dekatkanlah dirimu kepada Allah (dengan solat, taat dan amal soleh)! (al-‘Alaq[96:19]).

Kenyataan ayat ini disokong oleh sabda Rasulullah SAW:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Ertinya: Saat paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya dalah ketika dia sedang bersujud. Oleh itu perbanyakkanlah doa (ketika sujud) (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).

Manusia yang malas bersujud ketika di dunia, akan malu besar di akhirat kelak kerana “GAGAL MEMBENGKOKKAN TUBUH  MEREKA” untuk bersujud di akhirat kelak:

يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ (42) خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ (43)

Ertinya: (Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya; Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat (al-Qalam[68:42-43]).

Syukuri ni’mat anggota badan yang mampu bersujud kepada Allah kerana ia sangat dicemburui oleh sesetengah manusa lain. Jangan sampai ni’mat sujud semasa di dunia ditarik Allah dengan sakit di badan. Jangan juga sampai kita dimalukan di akhirat kelak kerana tidak mampu bersujud. Ayuh! Sujudlah sekarang! Usah bertangguh dan panjangkan sujud kita kerana kasih Allah senantiasa menanti kita dalam sujud.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

HARTA BENDA ADALAH PINJAMAN ALLAH!

HARTA BENDA ADALAH PINJAMAN ALLAH!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

(22 Disember 2014).

Ngeri menonton Majalah 3 di TV3 yang mengulas sejarah 10 tahun ulang tahun tragedi Tsunami Acheh.

Antara yang disentuh adalah kisah seorang pengusaha ikan laut dalam. Sebelum Tsunami beliau sangat terkenal di Acheh kerana memiliki 10 buah kapal laut dalam. Dalam Tsunami sekelip mata semua kapalnya hilang & musnah bersama para pekerjanya. Sekarang beliau hidup sederhana dengan menjual ikan masin sahaja. Semoga Allah kurniakan sabar padanya dan meningkatkan darjat imannya atas ujian ini.

Kisah ini mengingatkan saya 2 kisah dalam al-Quran perihal orang kaya yang "DITARIK KEKAYAANNYA HANYA DALAM SATU MALAM SAHAJA."

Anda boleh rujuk kisah pertama dalam surah al-Kahfi  [18:32-43]. Kemuncak kisah pertama adalah firman Allah ini:

وَأُحِيطَ بِثَمَرِهِ فَأَصْبَحَ يُقَلِّبُ كَفَّيْهِ عَلَىٰ مَا أَنْفَقَ فِيهَا وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُشْرِكْ بِرَبِّي أَحَدًا

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!" (Al-Kahfi[18:42]).

Manakala cerita kedua pula mengisahkan sekumpulan pemilik  kebun yang bakhil dan tamak. Mereka merancang keluar pada awal pagi memetik hasil tanaman bagi mengelakkan diganggu orang miskin yang meminta sedekah. Akibat niat jahat ini, kebun mereka dimusnahkan Allah dalam satu malam sahaja. Kisah mereka boleh dirujuk pada surah al-Qalam [68:17-33].

Ini peringatan penting pada saya dan kita semua betapa harta adalah pinjaman dan amanah Allah. Bila PEMILIK ASAL MAHU MENGAMBILNYA  KEMBALI, TIADA DAYA BAGI KITA MENAHANNYA. Firman Allah:

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ ۖ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) YANG DIJADIKANNYA KAMU MENGUASAINYA SEBAGAI WAKIL. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar (al-Hadid [57:7]).

Cara terbaik adalah, menukar harta pinjaman ini kepada MATA WANG AKHIRAT dengan sedekah atau bakti agama agar ia membantu kita di sana kelak. Insya Allah!

Friday, December 22, 2017

RAHSIA SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS

RAHSIA SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Banyak soalan yang memerlukan jawapan tentang 2 surah yang hebat ini. Setelah kita fahami kedua surah ini kita akan faham mengapa Rasulullah SAW selalu membaca kedua-duanya. Segala masalah, mudarat dan penyakit fizikal dan rohani boleh dirawat dengan nya, tapi sebelum itu biar saya LONTARKAN beberapa soalan yang akan menjadi "magnet ilmu" menarik anda ke seminar ini pada Ahad 24 December 2017:

- Mengapa sahabat agung Nabi, Abdullah bin Mas'ud TIDAK MEMASUKKAN KEDUA-DUA surah ini dalam mushaf peribadi miliknya?

- Apa maksud "PECAH atau BELAH" pada perkataan FALAQ? Apa kaitannya dengan usaha menghindari kejahatan makhluk?

- Kenapa Allah menyebut MALAM SEBAGAI MAKHLUK YANG MEMILIKI KEJAHATAN?

- Rasulullah SAW pernah disihir? Adakah perkara ini boleh berlaku pada baginda yang maksum?

- Mengapa perkataan "من شر " diulang sebut sebanyak 4 kali dalam surah al-Falaq?

- Apa yang dimaksudkan Khannas yang tenggelam timbul dalam surah An-Nas? Benarkah ia adalah anak Iblis?

- Mengapa sebutan syaitan jin didahului berbanding syaitan manusia sedangkan dalam surah al-An'am Allah sebut sebaliknya?

Sanggupkah anda biarkan soalan ini bergantung tanpa jawapan? Hadirlah seminar ini agar kita faham apa yang Allah mahu sampaikan.

Wednesday, December 20, 2017

MTC Accounts Department Ex Staff

(seated at the front is Goh Kwee Eng, Josephine in red, on her left is Annie)

(Josephine's living room)

(Josephine and Me (1979)

Josephine and me found each other again via Facebook. Alhamdullillah.  But she now lives in Holland with her husband.

Since she is now back home in Malaysia, we decided to meet up.  We were ex Malayan Tobacco Company Berhad staff in its Accounts Department.  We all played Netball for MTC those days.  It was fun and we all had a great time.  We had friendly matches with other international companies within Klang Valley.  But I was a reserve player most times, because I  could not play very well. Hahaha....but when I did play, I played WD. Hehehe.....at least I help prevented the other team from scoring. Hahahaa......

Tuesday, December 19, 2017

TEBOK HAFAZAN AL-QURAN DAPAT TELEFON PINTAR?

TEBOK HAFAZAN AL-QURAN DAPAT TELEFON PINTAR?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

“Ini buku sirah Rasulullah! Ayah nak kamu habiskan baca buku ini. Bila sudah habis, ayah akan soal kamu tentang isinya bagi memastikan kamu benar-benar baca dan faham isinya.”

Pada awalnya Hilal agak kecut perut dengan arahan ayahnya itu. Namun begitu dek kerana risau gagal menjawab soalan ayahnya, Hilal memberikan perhatian yang serius terhadap buku tersebut. Selepas tamat membaca, dan menghadam isinya, Hilal dipanggil menghadap ayahnya persis seorang professor yang akan menguji pelajarnya. Alhamdulilah semua soalan berkaitan peristiwa penting sirah Rasulullah SAW mampu dijawabnya dengan baik. Selepas selesai sesi “viva” sirah Rasulullah, Hilal menerima RM 100 daripada ayahnya. Apa lagi! Hilal melonjak gembira dan peristiwa itu menjadi titik lonjak hidupnya. Minatnya kepada buku menjulang tinggi dan ketika usianya masih muda Hilal sudah menghasilkan banyak buku dan menjadi seorang tokoh muda yang sangat berilmu.

Itu satu kisah kawan saya. Tarbiah anak kecil dan anak remaja kadang kala memerlukan insentif sama ad berbentuk pujian, penghargaan atau wang ringgit (bagi yang mampu). Segar lagi dalam ingatan, ketika kecil saya dan adik beradik lelaki diwajibkan solat terawih berjemaah di rumah datuk kami Haji Hussain bin Said. Beliau adalah seorang pesara guru yang tegas. Terawihnya 23 rakaat tidak berkurang. Pada waktu itu saya yang berusia 7 atau 8 tahun sangat tersiksa menahan mengantuk menghabiskan solat. Pun begitu, sesuatu yang menggembirakan kami adalah insentif duit terawih yang Ayah Hussain beri setiap kali masuk pertengahan Ramadhan. Seterusnya kenangan itu menjadi rasa manis yang kekal sehingga dewasa.

Kawan saya bernama Ustaz Marzuki Kadir pernah menceritakan tarbiah ayahnya ketika beliau kecil. Apabila dia meminta aksesori kanak-kanak daripada ayahnya seperti basikal atau permainan, ia hanya akan tercapai jika dia berjaya menghafaz surah pilihan seperti al-Sajdah, al-Mulk dan sebagainya.

Baru-baru ini saya cuba praktikkan tarbiah ini kepada anak sulong saya, Ahmad Mujtaba yang baru habis SPM di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor di Alam Impian, Shah Alam. Semasa SPM hampir berakhir, dia bercerita kawan-kawannya diberikan telefon pintar oleh ibu bapa mereka. Kami sebagai ibu bapa faham benar “apa mahunya” Mujtaba sebagai anak remaja tapi biarlah hadiah telefon pintar diperolehinya secara pintar juga, sesuai dengan al-Quran yang dihafaznya.

Pada pagi selasa 28 November 2017, Mujtaba mengikut saya ke kelas tafsir di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Selesai kelas, ada murid dewasa saya memberikan Mujtaba RM 30 sebagai hadiah. Ketika sampai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kami singgah di kedai telefon untuk melihat telefon pintar yang sesuai untuk Mujtaba. Mujtaba kelihatan teruja dan sanggup membayar harganya.

Kemudiannya, ketika makan tengahari di UIAM saya “meminta” Mujtaba membayar makan saya dan seorang murid saya sebagai “sedekah paksa.” Selepas peristiwa itu saya “menebuk” sepotong ayat berkaitan sedekah dengan harapan Mujtaba akan belajar untuk yakin tentang jaminan gantian Allah setelah bersedekah. Firman Allah:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-Nya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; “DAN APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; DAN DIA LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI" (Saba’, 34:39).

Saya kemudiannya “menebuk” Mujtaba satu lagi ayat al-Quran tentang gandaan sedekah bersama Tafsirannya:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti “SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI; SETIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKI-NYA,” dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya (al-Baqarah, 2:261).

Selepas itu saya menghulurkan sejumlah wang kepada Mujtaba untuk harga telefon pintar yang dikehendakinya sambil berkata:

“Lihat! Baru sekejap Mujtaba belanja Walid RM 10 untuk makan tengahari, sekarang Allah dah ganti sedekah Mujtaba dengan nilai berganda. Betul kata Allah sedekah kita dapat gantian berganda daripada 10, 700 sehingga infiniti:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Ertinya: Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), MAKA BAGINYA (GANJARAN) 10 KALI GANDA (DARI KEBAIKAN) YANG SAMA DENGANNYA; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka dia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) (al-An’am, 6:160).

Semoga tarbiah sebegini menjadi motivasi untuk anak-anak kita sebagaimana motivasi Rasulullah SAW kepada sahabat muda seperti Abdullah bin ‘Umar yang menjadikan beliau kaki solat malam sehingga akhir hayatnya, Ikuti kisah ini:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ الرَّجُلُ فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى رُؤْيَا قَصَّهَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَمَنَّيْتُ أَنْ أَرَى رُؤْيَا أَقُصُّهَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَكُنْتُ غُلَامًا شَابًّا عَزَبًا وَكُنْتُ أَنَامُ فِي الْمَسْجِدِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَيْتُ فِي النَّوْمِ كَأَنَّ مَلَكَيْنِ أَخَذَانِي فَذَهَبَا بِي إِلَى النَّارِ فَإِذَا هِيَ مَطْوِيَّةٌ كَطَيِّ الْبِئْرِ وَإِذَا لَهَا قَرْنَانِ كَقَرْنَيْ الْبِئْرِ وَإِذَا فِيهَا نَاسٌ قَدْ عَرَفْتُهُمْ فَجَعَلْتُ أَقُولُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ قَالَ فَلَقِيَهُمَا مَلَكٌ فَقَالَ لِي لَمْ تُرَعْ فَقَصَصْتُهَا عَلَى حَفْصَةَ فَقَصَّتْهَا حَفْصَةُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَ الرَّجُلُ عَبْدُ اللَّهِ لَوْ كَانَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ - قَالَ سَالِمٌ فَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ لَا يَنَامُ مِنْ اللَّيْلِ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya: Abdullah Ibn ‘Umar RA dia berkata: Pada zaman Rasulullah, jika ada seseorang bermimpi dia akan menceritakan mimpi itu kepada Rasulullah SAW (untuk ditakbir). Aku amat berharap agar bermimpi (sesuatu) supaya boleh aku ceritakan pada baginda. Pada waktu itu aku adalah remaja yang masih muda dan bujang. Aku selalu tidur dalam Masjid, lalu pada suatu hari aku bermimpi dibawa oleh 2 malaikat ke neraka. Aku lihat neraka dibina seperti sebuah perigi. Padanya ada 2 tiang (dari kedua tepinya seperti 2 tiang pada kebanyakan perigi). Dalam perigi tersebut ada beberapa orang yang aku kenal dan segera aku ucapkan (sampai 3 kali): “Aku berlindung kepada Allah dari siksa neraka!” Tak lama kemudian, kedua malaikat tersebut bertemu dengan satu malaikat lain. Malaikat itu berkata kepadaku; Janganlah kamu takut! (kamu akan selamat). Aku lalu menceritakan mimpi itu kepada Hafsah RA. Hafsah kemudiannya menceritakan mimpi itu pada Rasulullah. Berikutan itu baginda bersabda: “ABDULLAH (BIN ‘UMAR) ADALAH SEBAIK-BAIK LELAKI JIKA DIA SENTIASA MENUNAIKAN SOLAT MALAM.” Salim berkata: (Selepas pujian nabi itu) Abdullah selalu solat malam dan tidak tidur melainkan sedikit sahaja (Sahih al-Bukhari  dan Muslim).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...