Monday, November 7, 2016

JAHIL PUNCA SEGALAMASALAH!

JAHIL PUNCA SEGALA MASALAH!

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

6 November 2012.

Kadang-kadang terkejut mendengar masalah masyarakat..ini semua kisah benar yang pernah dilalui atau didengar sendiri,

1) Ustaz! Bagaimanalah nasib Nabi Isa di akhirat kelak! Kerana dia yang ajar orang kristian sembah dia, habis semua orang kristian sesat.

2) Ibu marahkan anaknya yang tak berduit walaupun gajinya agak besar..Ibu: "Mana perginya gaji kamu yang banyak tu?! Duit tak cukup ni banyak sebab, kamu bayar tak zakat?!" Anak bertanya dengan selamba: "MAK! ZAKAT TU APA?!" Anaknya dah berusia 30an.

3) Saya bincang dengan jiran tentang agama, saya kata: "Berbagai ibadah sunat yang boleh kita buat pada malam jumaat, tak hanya baca Yasin." Isteri jiran mencelah: "Hah! Kalau tak baca Yasin apa lagi yang nak dibuat?!"

4) Anak saya (ketika itu berusia 13 tahun) main badminton dengan teman setaman, keluar kisah manusia tidak terlepas dari buat silap. Anak saya mencelah: "Cuma Nabi sahaja yang maksum dan tak buat silap!" Teman setamannya kata: "Eh mana adalah, betul ke Nabi tu maksum?"

5) Anak saya (pada waktu itu berusia 12 tahun) terpaksa menumpang di Tadika adiknya. Bersamanya ada juga seorang budak lelaki (darjah 4) turut menumpang. Bila sampai waktu solat anak saya ajak budak tu darjah..dia geleng kepala. Anak saya tanya: "Eh kau tak takut masuk neraka ke?!" Budak tu menjawab: "NERAKA TU APA?!"

Itu adalah sedikit pengalaman yang dilalui. Ia berlaku kerana kesibukan berkerja (diri sendiri atau ibu bapa) sehingga lupa meluang masa menuntut ilmu walaupun ilmu yang wajib diketahui sebagai seorang Muslim.

Banyak lagi kerja kita sebagai pendakwah!! Adakah masih cukup masa utk kita BERGADUH?!

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءالِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَعِىَ وَذِكرُ مَن قَبلى ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُعرِضونَ

Patutkah mereka menyembah tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat yang dahulu daripadaku. (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH, DENGAN SEBAB ITULAH MAKA MEREKA BERPALING ENGKAR (al-Anbiya'[21:24]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...