Monday, October 17, 2016

KERANA MULUT BADAN BINASA - KERANA SOMBONG IBLIS KE NERAKA

KERANA MULUT BADAN BINASA-KERANA SOMBONG IBLIS KE NERAKA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Sering kita tonton dalam filem bagaimana watak hero menyembunyikan tape recorder untuk merakam pengakuan watak antagonis. Setelah pengakuan dibuat, bahan rakaman dijadikan bukti mendakwa si musuh.

Malam ini (16 Oktober 2016) ketika menunggu flight balik ke Subang, mata saya terpaku membaca ulasan ulama Tafsir tersohor Jordan, Dr Salah Abdul Fattah al-Khalidi dalam bukunya "SIRAH ADAM AS -KISAH HIDUP NABI ADAM."

Pada muka surat 80 beliau mengulas soalan "Mengapa Allah bertanya kepada Iblis" sebab keengganannya sujud pada Adam. Dimaklumi umum bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Mengetahui. Dia tidak perlu bertanya tentang sesuatu perkara kerana Dia sudah mengetahui semuanya sebelum ia berlaku. Persoalan pengarang kita ini sangat bagus.

Rupanya Allah mahukan BUKTI NYATA YANG KELUAR DARI MULUT IBLIS yang mengakui kesombongannya.  Apabila Iblis mengaku maka Allah mempunyai alasan kukuh melaknat Iblis. "Tape recorder" ini dijadikan bahan bukti oleh Allah bagi menghukum Iblis. Lihat ayat ini:

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Ertinya: Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." (Al-A'raf [7:13]).

Dalam pengajian Tafsir, soalan sebegini banyak sekali muncul dalam al-Quran. Ia dikenal sebagai "SOALAN UNTUK PENGESAHAN." Apabila jawapan diberikan maka keputusan dapat dilaksanakan dengan pasti.

Subhanallah! Allah sudah tahu segalanya tapi Dia tetap bertanya kerana mahu kita tahu betapa Dia adalah Tuhan yang Maha Adil. Dia juga tidak akan menghukum sebelum peluang membela diri dan keadilan diberikan. Jika Allah boleh berlaku adil, kita lebih patut berlaku adil kepada orang lain.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...