Friday, September 2, 2016

"CEK KOSONG" & KECERDIKAN NABI MUSA AS SEBAGAI PEMIMPIN UNGGUL

"CEK KOSONG" & KECERDIKAN NABI MUSA AS SEBAGAI PEMIMPIN UNGGUL

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Ketika kali pertama mendapat wahyu, Allah menjamin kemenangan dakwah nabi Musa AS  mengatasi Firaun. Ia seumpama "CEK KOSONG" yang boleh diisi tarikh kemenangannya pada bila-bila masa sahaja. Namun nabi Musa tetap perlu menjalani perjuangan dakwah berlandaskan SUNNATULLAH. Firman Allah:

قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ وَنَجْعَلُ لَكُمَا سُلْطَانًا فَلَا يَصِلُونَ إِلَيْكُمَا ۚ بِآيَاتِنَا أَنْتُمَا وَمَنِ اتَّبَعَكُمَا الْغَالِبُونَ

Allah berfirman: "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
(al-Qasas [28:35]).

Walaupun sudah tahu kesudahan perjuangannya, nabi Musa tidak mendedahkan kewujudan "CEK KOSONG" itu kepada Bani Israil:

قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".

قَالُوا أُوذِينَا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَأْتِيَنَا وَمِنْ بَعْدِ مَا جِئْتَنَا ۚ قَالَ عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الْأَرْضِ فَيَنْظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ

Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami". NABI MUSA MENJAWAB: "MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MEMBINASAKAN MUSUH KAMU DAN MENJADIKAN KAMU KHALIFAH DI BUMI, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?" (Al-A'raf [7:128-129]).

Pada ayat ke 129 nabi Musa tetap menggunakan lafaz harapan (MUDAH-MUDAHAN) kepada kaumnya walaupun sudah tahu JAMINAN KEMENANGAN ALLAH UTK MEREKA. Mengapa? ?

Jawapannya dari beberapa sudut:

1) Nabi Musa AS tak mahu Bani Israil terlalu selesa lalu goyang kaki TANPA BERUSAHA jika mengetahui jaminan kemenangan.

2) Baginda mahu mendidik Bani Israil agar senantiasa begantung pasrah kepada Allah kerana manusia biasanya lupa kepada Allah apabila selesa.  Cara ini juga makin meningkatkan TAQWA & TAWAKKAL kepada Allah.

Inilah antara contoh pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik perlu menganalisa situasi dengan bijaksana. Bukan semua perkara perlu didedahkan kepada orang bawahan demi menjaga moral & semangat juang mereka.

Pemimpin yang baik juga tidak memberi harapan palsu kepada rakyat bawahan. Ada atau tidak pemimpin seperti nabi Musa AS ini bersama kita sekarang?

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...