Wednesday, August 31, 2016

JANGAN JADI HAMBA DALAM SEBUAH KEMERDEKAAN

JANGAN JADI HAMBA DALAM SEBUAH KEMERDEKAAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Semangat patriotisme berkobar menjulang naik dalam hati Zuhri dan Zakri. Semangat itu mendorong mereka menempuh perjalanan sejauh 400 km dari Kelantan ke Kuala Lumpur demi menyambut ketibaan hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2015.

Sepanjang perjalanan, Zakri sangat rimas dengan tabiat Zuhri yang berterusan menghirup “najis rokok” dan membuang puntungnya melalui tingkap kereta. Mereka kemudiannya singgah berehat di Masjid Raub. Zakri turun menunaikan solat Subuh tetapi Zuhri sedap berdengkur walaupun berkali-kali dikejutkan Zakri. Mudahnya Zuhri adalah perokok tegar, pengotor dan tidak menunaikan solat. Usai solat Subuh mereka meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Apabila sampai perhentian bas Greenwood, Gombak, Zakri menghentikan kereta dan berkata:

“Zuhri! Aku rasa tiada gunanya kamu bersusah payah ke majlis sambutan hari kebangsaan tahun ini kerana hati dan jiwamu masih dijajah dan belum merdeka.”

Zuhri tersentak lalu berkata:

“Biadab sungguh kamu ni Zakri! Berani kamu tuduh aku masih dibelenggu penjajahan dan belum merdeka. Apa buktinya tuduhan kamu itu.”

Zakri bersuara: “Apa gunanya berbangga hidup dalam negara merdeka jika hatimu masih dijajah nafsu dan syaitan. Enggan mendirikan solat, tidak mengenal Allah walaupun hidup menumpang bumi Allah. Membiarkan diri dijajah nafsu merokok yang merosakkan amanah Allah pada tubuh badanmu dan lebih parah lagi membuang sampah di serata tempat. Sikap kamu masih jauh dari erti kata merdeka yang sebenar menurut Islam.”

Mentaliti di sebalik kisah ini dapat kita saksikan secara terang di kalangan sesetengah umat Islam Malaysia. Manusia sebegini tak ubah seperti si hapak yang cuba mempromosi minyak wangi jualannya.

Bicara kemerdekaan tidak seharusnya terbelenggu dalam kepompong fizikal sahaja. Jika begitulah pemikiran kita, sebenarnya minda kita masih dijajah nafsu dan syaitan walau sudah 58 tahun merdeka.

Islam adalah agama yang memerdekakan manusia secara menyeluruh dari penjajahan fizikal dan mental. Dalam sesetengah keadaan, merdeka iman serta mental jauh lebih baik dari merdeka fizikal. Lihat sahaja kekentalan akidah Bilal bin Rabah RA. Walaupun tubuhnya tersiksa dipakaikan baju besi, dihempap batu besar dan dijemur di tengah panas oleh tuannya yang memaksanya kembali kepada penjajahan Syaitan dengan agama berhala, Bilal tetap teguh atas Tawhid.

Beliau tidak rela kembali dijajah dan tambah hebat lagi apabila beliau dengan teguh melaungkan kalimah yang memerdekakan mindanya “AHAD!! AHAD! AHAD! (Hanya Allah Tuhan Yang Satu sembahanku)” (Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).

Ramai yang asyik berbicara tentang kemerdekaan fizikal, tapi tanpa sedar masih diperhambakan oleh berbagai penjajahan mental sehingga mata, telinga dan hati mereka tertutup rapat tidak dapat ditembusi cahaya Islam:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Ertinya: Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan ditutup pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? (al-Jathiyah[45:23])

Untuk itu, Allah menurunkan al-Quran bagi memerdekakan manusia dari segala penjajahan jahiliah itu:

الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Ertinya: Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari berbagai kegelapan (kufur dan kesesatan) kepada cahaya iman (Islam) - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji (Ibrahim [14:1]).

Perkataan kegelapan atau kesesatan “AL-ZULUMAT” dalam ayat ini disebut dalam kata banyak (jamak/plural), manakala perkataan cahaya “AL-NUR” iaitu kiasan kepada Islam pula disebut secara tunggal. Bahkan gandingan antara kedua perkataan dalam ayat ini diulang sebut berkali-kali oleh Allah dalam al-Quran (al-Baqarah[2:257], al-Ma’idah[5:16], al-An’am[6:1 & 122], al-Ra’d[13:16], Ibrahim[14: 1 & 5], al-Ahzab[33:43], Fatir[35:20], al-Hadid[57:9], dan al-Talaq[65:11]). Tidak lain, Allah mahu menyedarkan kita bahawa kesesatan yang boleh menjajah manusia memang banyak. Ia merangkumi berbagai bentuk seperti manusia jahat, nafsu serakah, kegilaan melampau pada harta serta hiburan, gila wanita, syaitan dan sebagainya. Sedang jalan keluar dari segala macam penjajahan itu hanya satu “CAHAYA ISLAM.”

Bersempena hari kebangsaan ini, marilah kita menambah nilai kemerdekaan fizikal yang diperjuangkan oleh datuk nenek moyang kita dahulu dengan kemerdekaan minda dan jiwa dari sebarang penjajahan minda oleh musuh iman. Umat Islam Malaysia wajib mensyukuri kemerdekaan ini dengan mengisinya dengan ketaatan. Jangan sekali-kali mencontohi Bani Isra’il yang menjadi jahat selepas merdeka dari Fir’awn. Sanggup mereka menolak arahan Allah yang menyuruh mereka berjihad memasuki Palestin dengan tutur kata yang sungguh biadab:

قَالُوا يَا مُوسَى إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا مَا دَامُوا فِيهَا فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Ertinya: Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu" (al-Ma’idah [5:24]).

Kebiadaban mereka itu jelas menunjukkan merdeka fizikal bukanlah suatu jaminan memperoleh kemerdekaan jiwa. Mohon dijauhkan Allah daripada menjadi hamba nafsu dan syaitan dalam sebuah negara merdeka. Merdekakan diri anda dari semua anasir penjajah ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Merdeka at IOI Putrajaya

Merdeka today and I forgot to watch the march past on TV live....

Anyway, after lunch Sofiyah drove us to IOI Putrajaya to window shop.  But then...huge mistake coz the mall was so crowded.  We had to park by the road side.  Luckily I was wearing my running shoes so no problem having to walk the distance from our parked car to the mall entrance.

Sofiyah did her shopping whilst I waited at the bench provided and chatted with a few ladies all the way from Klang.

Lesson learnt: Never go shopping on a public holiday....can 'die' at the check out counter vis a vis long queue!

Tuesday, August 30, 2016

SYUKURI NI'MAT LANGIT, BUMI, ZAHIR DAN BATIN

SYUKURI NI’MAT LANGIT, BUMI, ZAHIR DAN BATIN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (Luqman [31:20]) pada 23 Ogos 2016. Antara isunya adalah kewajipan mensyukuri ni’mat Allah yang tidak terkira banyaknya.

Manusia biasanya hanya melihat dan mensyukuri ni’mat yang zahir pada mata, tapi lupa yang tidak dilihat. Banyak sungguh ni’mat Allah yang dilimpahkan pada kita sehingga tidak terjangkau dek akal. Lihat firman Allah ini:

أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ (20)

Ertinya: Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ADA DI LANGIT DAN YANG ADA DI BUMI, DAN TELAH MELIMPAHKAN KEPADA KAMI NIKMAT-NIMATNYA YANG ZAHIR DAN YANG BATIN? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran (Luqman [31:20]).

Ayat ini menyatakan 4 jenis ni’mat yang Allah kurniakan pada kita. Ini juga ni’mat yang wajib kita syukuri:

1) Ni’mat yang wujud di langit merangkumi matahari, bulan, bintang dan awan. Tanpa jisim langit yang disebut oleh Allah ini kita tak mampu hidup sebagai manusia di bumi. Tanpa matahari yang setia terbit dan terbenam, kita tak mampu mengetahui berapa usia kita. Pokok kayu juga tidak mampu menghasilkan makanan atau merembeskan oksigen untuk kita tanpa sinaran matahari. Tanpa peredaran bulan kita tak mampu mengetahui bila masuknya Ramadhan untuk kita berpuasa atau bila tibanya Dhul Hijjah untuk menunaikan rukun Islam kelima. Tanpa bintang yang menjadi kompas alam orang musafir dalam kegelapan malam di daratan dan di lautan tidak pasti mana arah nak dituju. Tanpa awan yang menjadi stor air, kita akan kekeringan ditelan kemarau. Subhanallah! Ini ni’mat yang sering kita lupa.

2) Ni’mat yang wujud di bumi merangkumi pokok kayu, buah-buahan, sungai, logam galian dan sebagainya. Tanpa pokok dan buah-buahan kita akan mati kelaparan. Tanpa sungai tiada air untuk diminum atau menyuburkan tanah. Tanpa logam galian manusia tidak akan maju membangun diri. Subhanallah! Ini ni’mat yang sering kita lupa.

3) Ni’mat zahir seperti kehadiran agama Islam yang membimbing hidup, ketaatan kepada suruhan agama, anggota badan yang zahir serta segala harta benda yang ada depan mata kita saban hari. Subhanallah! Ini ni’mat yang sering kita lupa.

4) Ni’mat batin seperti anggota badan yang tersembunyi dalam jasad dengan fungsi tersendiri, iman yang teguh tanpa dapat dilihat mendiami jasad, aib yang ditutup Allah dari pengetahuan manusia dan sebagainya. Subhanallah! Ini ni’mat yang sering kita lupa.

Usahkan ni’mat Allah yang lain, ni’mat sebelah mata pun tak mampu kita balas dengan ibadah kita kepada Allah sepanjang hidup. Sungguh ni’mat Allah pada kita sangat banyak sehingga tak mampu dihitung apatah lagi mahu dibalas dengan pengabdian kepadaNya. Firman Allah:

5) وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Ertinya: Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Nahl [16:18]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

KOBARKAN SEMANGAT KERANA IA MAKANAN JIWA

KOBARKAN SEMANGAT KERANA IA MAKANAN JIWA
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-Anfal [8:65]) pada  13 Ogos 2016. Antara isunya adalah kepentingan mengobarkan semangat dan emosi manusia bagi menggerakkan jiwa.

Emosi manusia adalah makhluk Allah yang sangat unik. Wujudnya penuh misteri, tidak bertempat dan tidak berjisim. Ia bersatu tanpa bekas dalam jasad manusia. Tiada guna tubuh perkasa jika emosinya sakit atau cacat. Tubuh perkasa sekalipun akan tunduk menikus ketika berhadapan dengan si tubuh kecil berjiwa kental bak besi. Itulah keajaiban emosi manusia. Doktor sakit jiwa misalnya menghabiskan masa bertahun lamanya mengkaji aspek emosi manusia yang penuh misteri.

Dalam sejarah dunia, ramai tokoh yang mampu membakar emosi manusia dengan pidato keramat mereka. Manusia yang kecil boleh bertukar menjadi raksasa pemusnah setelah mendengar pidato manusia hebat seperti Sukarno, Adolf Hitler, Syeikh al-Arifi dan sebagainya.

Allah selaku Pencipta manusia tahu benar emosi manusia yang tidak berjisim mampu bertukar menjadi bom jangka jika kena suis dan bajanya. Untuk itu, Allah mengarahkan Rasulullah SAW agar mengobarkan semangat orang beriman untuk berjuang menegakkan Islam. Subhanallah! Perhatikan ayat ini:

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ إِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَفْقَهُونَ (65)

Ertinya: Wahai Nabi, PERANSANGKANLAH (JIWA DAN EMOSI) ORANG YANG BERIMAN ITU UNTUK BERPERANG. Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang yang tidak mengerti (al-Anfal [8:65]).

Ayat ini secara tidak langsung memberi  gambaran betapa “TUTUR KATA YANG TEPAT DARI RASULULLAH SAW” akan menguatkan semangat para pejuang sehingga seorang pejuang mampu berhadapan dengan 10 musuh. Memang kalah menang belum tentu dicapai namun RANSANGAN SERTA KOBARAN SEMANGAT memang berguna untuk memperkasakan fizikal manusia.

Sungguh! Emosi perlukan makanan untuk maju menggerakkan tubuh fizikal. Makanannya bukan seperti makanan fizikal, tetapi merangkumi nasihat, contoh ikutan yang baik, ransangan semangat dan sebagainya. Semoga kita turut bijak seperti Rasulullah SAW dalam mengobarkan semangat serta emosi untuk mencapai redha Allah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, August 28, 2016

AKU KAYA KERANA AKU PANDAI

AKU KAYA KERANA AKU PANDAI
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Zumar [39:49-50]) pada 26 Ogos 2016. Antara isunya adalah kesombongan manusia yang menyangka kelebihan yang mereka miliki kerana kepandaian mereka dan bukan pinjaman ujian dari Allah.

Dasar makhluk tak sedar diri! Itulah ungkapan paling sesuai yang patut dilastik tepat ke batang hidung manusia sombong yang berasa segala kelebihan yang diperolehinya berpunca dari kepandaian diri sendiri. Kisah manusia yang terlebih yakin dengan kemampuan diri sehingga lupa ianya barang pinjaman Allah disentap keras dalam firman Allah:

فَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (49) قَدْ قَالَهَا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (50)

Ertinya: Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu ni’mat (sebagai kurnia) dari Kami, dia berkata (dengan sombongnya): "AKU DIBERIKAN NIKMAT INI HANYALAH KERANA PENGETAHUAN DAN KEPANDAIAN YANG ADA PADAKU". (TIDAKLAH BENAR APA YANG DIKATAKANNYA ITU) BAHKAN PEMBERIAN NIKMAT YANG TERSEBUT ADALAH UJIAN (ADAKAH DIA BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA), AKAN TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI (HAKIKAT ITU). Sebenarnya orang yang terdahulu sebelum mereka pernah mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah) (al-Zumar [39:49-50]).

Hakikat kesenangan dan kemewahan adalah suatu ujian dari Allah sukar dilihat oleh manusia sombong. Siapa agaknya orang terdahulu yang pernah berlagak sombong mengatakan “aku hebat dan kaya kerana aku pandai?” Antara manusia yang Allah maksudkan adalah Qarun. Lihat ayatnya dalam ayat ini, sama dengan “frasa perasan” dalam ayat terdahulu:

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِنْدِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِنْ قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَنْ ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ

Ertinya: (Walaupun dinasihati) Qarun menjawab (dengan sombong): "AKU DIBERIKAN HARTA KEKAYAAN INI HANYALAH DISEBABKAN PENGETAHUAN DAN KEPANDAIAN YANG ADA PADAKU". (KALAULAH QARUN BIJAK PANDAI) TIDAKKAH DIA MENGETAHUI DAN PANDAI MEMAHAMI, BAHAWA ALLAH TELAH MEMBINASAKAN SEBELUMNYA, DARI UMAT YANG TELAH LALU, ORANG YANG LEBIH KUAT DARIPADANYA DAN LEBIH BANYAK MENGUMPULKAN HARTA KEKAYAAN? Dan (ingatlah) orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya) (al-Qasas [28:78]).

Pengajaran untuk kita, jangan mendabik dada dengan sedikit kepandaian yang Allah pinjamkan. Jika Allah mahu, boleh sahaja pinjamanNya itu ditarik dengan berbagai cara. Lihat sepanjang sejarah, berapa banyak orang kaya yang akhirnya jatuh tersungkur menjadi papa kedana. Berapa banyak manusia berpangkat yang ketika pangkat melekat di badan dimuliakan mengalahkan nabi, tapi setelah ia tercabut meraka dipandang hina bak kucing kurap. Berapa banyak manusia perkasa lagi samseng ketika muda akhirnya jatuh cacat dek penyakit misteri yang tidak ketahuan puncanya.

Selepas ini, jika kagum dengan kelebihan serta kehebatan diri segera ingat lafaz keramat yang pernah disarankan hamba Allah yang soleh dalam surah al-Kahfi:

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Ertinya: Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (SEMUANYA IALAH BARANG YANG DIKEHENDAKI ALLAH)! (TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH) (al-Kahfi [18:39]).

Ya Allah! Hindarkan kami dari perasaan “PERASAN BAGUS” sebagaimana yang pernah Engkau uji manusia sombong sebelum kami. Tanpa bimbinganMu, pasti kami turut akan terjerumus ke dalam lubang “PERASAN” yang sama.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, August 26, 2016

AHLI NERAKA BERTANYA - MANA SI HINA ITU?

AHLI NERAKA BERTANYA - MANA SI HINA ITU?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Sad [38:62-63]) pada 25 Ogos 2016. Antara isunya adalah ahli neraka mencari orang beriman dalam neraka kelak. Mengapa?

Mata manusia singkat pandangannya. Hina dan mulia biasanya dinilai pada timbunan harta atau anugerah pangkat. Tanpa kanta agama, mata hati orang yang tidak beriman akan terus rabun atau buta sampai ke mati. Rabun ini dibawa terus sampai ke dalam neraka. Allah menceritakan bagaimana ketika berada dalam neraka kelak, si kafir tercari-cari orang beriman yang disangkanya sebagai manusia hina:

وَقَالُوا مَا لَنَا لَا نَرَى رِجَالًا كُنَّا نَعُدُّهُمْ مِنَ الْأَشْرَارِ (62) أَتَّخَذْنَاهُمْ سِخْرِيًّا أَمْ زَاغَتْ عَنْهُمُ الْأَبْصَارُ (63)

Ertinya: Dan penduduk neraka itu tetap akan bertanya sesama sendiri: "MENGAPA KITA TIDAK MELIHAT ORANG YANG DAHULU KITA KIRAKAN MEREKA SEBAGAI ORANG JAHAT (LAGI HINA)? " Adakah kita sahaja jadikan mereka ejek-ejekan (sedang mereka orang yang benar)? Atau mata kita tidak dapat melihat mereka? (Sad [38:62-63]).

Semasa di dunia dahulu bukan setakat hina, orang beriman ini pada pandangan mereka adalah manusia yang paling sesat. Subhanallah! Inilah perangai manusia, arang terpalit pada batang hidung sendiri tidak dilihat, sebaliknya bedak di muka orang beriman dilihat sebagai najis. Jika mereka ada “CERMIN AGAMA” sudah pasti mereka mampu menilik arang di muka mereka. Namun apa daya, inilah bahananya orang yang malas beragama. Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُوا مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ (29) وَإِذَا مَرُّوا بِهِمْ يَتَغَامَزُونَ (30) وَإِذَا انْقَلَبُوا إِلَى أَهْلِهِمُ انْقَلَبُوا فَكِهِينَ (31) وَإِذَا رَأَوْهُمْ قَالُوا إِنَّ هَؤُلَاءِ لَضَالُّونَ (32)

Ertinya: Sesungguhnya orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang yang beriman. Dan apabila orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya). Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; DAN APABILA MEREKA MELIHAT ORANG YANG BERIMAN, MEREKA BERKATA: "SESUNGGUHNYA ORANG ITU ADALAH GOLONGAN YANG SESAT!" (al-Mutaffifin [83:29-32]).

Tambah parah, ketika diseksa dalam neraka, segala pangkat kemuliaan mereka dijadikan bahan ejek malaikat neraka yang sangat menyucuk jiwa. Inilah seksaan mental yang jauh lebih dahsyat dari seksaan fizikal:

خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَى سَوَاءِ الْجَحِيمِ (47) ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ (48) ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ (49) إِنَّ هَذَا مَا كُنْتُمْ بِهِ تَمْتَرُونَ (50)

Ertinya: (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah neraka. "Kemudian curahkanlah di atas kepalanya - azab seksa - dari air panas yang menggelegak". (Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): RASALAH AZAB SEKSA, SEBENARNYA ENGKAU ADALAH ORANG YANG BERPENGARUH DAN TERHORMAT (DALAM KALANGAN MASYARAKATMU)" (Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!" (al-Dukhan [44:47-50]).

Pada hari kiamat kelak, mereka pula dihina Allah dengan tempelak yang dahsyat. Allah mengarahkan mereka berdiam diri dan jangan sesekali bersuara. Masya Allah! Alangkah hinanya jika ketika mahu bersuara dalam sebuah program dihadiri ramai seperti mesyuarat jabatan, tiba-tiba ketua kita menyergah sambal berkata “DIAM WAHAI SI HINA! JANGAN BERCAKAP! AKU TAK MAHU DENGAR SUARA KAMU!” Berbeza pula perihal orang beriman, Allah sendiri membela hambaNya yang beriman. Aduhai! Sungguh manis!

قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا وَكُنَّا قَوْمًا ضَالِّينَ (106) رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ (107) قَالَ اخْسَئُوا فِيهَا وَلَا تُكَلِّمُونِ (108) إِنَّهُ كَانَ فَرِيقٌ مِنْ عِبَادِي يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ (109) فَاتَّخَذْتُمُوهُمْ سِخْرِيًّا حَتَّى أَنْسَوْكُمْ ذِكْرِي وَكُنْتُمْ مِنْهُمْ تَضْحَكُونَ (110) إِنِّي جَزَيْتُهُمُ الْيَوْمَ بِمَا صَبَرُوا أَنَّهُمْ هُمُ الْفَائِزُونَ (111)

Ertinya: (Berkatalah penghuni neraka)"Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang yang zalim." (Allah) berfirman: "DIAMLAH KAMU DENGAN KEHINAAN DI DALAM NERAKA, DAN JANGANLAH KAMU BERKATA-KATA (MEMOHON SESUATUPUN) KEPADAKU! "Sesungguhnya dahulu ada sekumpulan diri hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.” "MAKA KAMU JADIKAN MEREKA BAHAN EJEKAN SEHINGGA EJEKAN KAMU KEPADA MEREKA MENYEBABKAN KAMU LUPA MENGINGATI BALASANKU, DAN KAMU PULA SENTIASA TERTAWAKAN MEREKA. "SESUNGGUHNYA AKU MEMBALAS MEREKA PADA HARI INI (DENGAN BALASAN TERBAIK) DISEBABKAN KESABARAN MEREKA; SESUNGGUHNYA MEREKA ITULAH ORANG YANG BERJAYA" (al-Mu’minun [23:107-111]).

Kisah dalam ayat di atas belum berlaku kerana kiamat belum berlaku. Lalu apa gunanya Allah menceritakan kepada kita peristiwa yang belum berlaku? Tidak lain Allah mahu mengingatkan kita agar tidak salah langkah memilih laluan orang yang sombong dan suka memperlekeh orang lain yang berbuat baik. Jika sudah diberitahu di depan sana ada lubang besar yang bakal meragut nyawa, tiba-tiba kita tetap terjatuh juga maka itu tanda mudah kita sangat kurang kecerdikan akal. Bacalah al-Quran, nescaya kita akan dapat melihat banyak lubang dan menyelamatkan diri dari terjerumus ke dalamnya.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, August 24, 2016

MIMPI KUALITI 2 ZAMAN SAHABAT DAN CERITA TAJDID

MIMPI KUALITI 2 ZAMAN SAHABAT DAN CERITA TAJDID

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Zaman Rasulullah SAW adalah zaman emas kerana ia disirami limpahan cahaya wahyu dari langit. Serpihan kilauan emas dari zaman Rasulullah SAW masih bersinar terang pada zaman Abu Bakar dan Umar. Menjelang zaman ‘Uthman kilauan itu semakin pudar berikutan ramainya manusia yang baru memeluk Islam dan jumlah murid Rasulullah SAW juga semakin berkurang. Iman generasi perintis Islam pastinya berbeza dengan generasi baru memeluk Islam. Orang baru tidak mengecap pahit perjuangan para sahabat yang bermandi darah dan bersiram duka. Lipatan sejarah menyaksikan bagaimana fitnah mulai membara bermula zaman ‘Uthman dan berlanjutan pada zaman ‘Ali. Rupanya fenomena ini sudah ditunjukkan Allah dalam mimpi seorang sahabat pada zaman Rasulullah SAW:

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ رُؤْيَا فَقَالَ رَجُلٌ أَنَا رَأَيْتُ كَأَنَّ مِيزَانًا نَزَلَ مِنْ السَّمَاءِ فَوُزِنْتَ أَنْتَ وَأَبُو بَكْرٍ فَرَجَحْتَ أَنْتَ بِأَبِي بَكْرٍ وَوُزِنَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَرَجَحَ أَبُو بَكْرٍ وَوُزِنَ عُمَرُ وَعُثْمَانُ فَرَجَحَ عُمَرُ ثُمَّ رُفِعَ الْمِيزَانُ فَرَأَيْنَا الْكَرَاهِيَةَ فِي وَجْهِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: Abu Bakrah RA menceritakan pada suatu hari nabi SAW bertanya: “Ada atau tidak sesiapa yang bermimpi semalam?” Seorang lelaki menjawab: “Aku ada bermimpi melihat sebuah timbangan turun dari langit, lalu ditimbang antara kamu (Rasulullah) dan Abu Bakar maka timbangan kamu melebihi Abu Bakar, kemudian ditimbang pula antara Abu Bakar dan ‘Umar lalu timbangan Abu Bakar melebihi ‘Umar. Kemudian ditimbang pula antara ‘Umar dan ‘Uthman maka timbangan ‘Umar (melebihi ‘Uthman). (Selepas itu) timbangan itu diangkat (ke langit).” Kami lalu dapati riak tidak suka pada wajah Rasulullah SAW (Sunan Abu Dawud & Sunan al-Tirmidhi).

Ketika mengulas hadith ini, para ulama hadith menyatakan mimpi ini menceritakan kualiti zaman Rasulullah SAW berbanding zaman 3 khalifah selepas baginda. Zaman baginda lebih baik dari zaman Abu Bakar, manakala zaman Abu Bakar lebih baik dari zaman ‘Umar. Zaman ‘Umar pula lebih baik dari zaman ‘Uthman. Terangkatnya timbangan kembali ke langit bermaksud zaman khalifah kenabian yang soleh dengan kualiti sebenar berakhir pada zaman ‘Umar. Zaman ‘Uthman pula menjadi permulaan zaman fitnah yang melanda umat Islam. Riak tidak suka pada wajah Rasulullah SAW menunjukkan kerisauan baginda dengan ramalan keburukan yanag bakal melanda umat Islam selepas baginda (‘Awn al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Dawud & Tuhfat al-Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmidhi).

Walaupun zaman emas sudah berlalu, kita masih mampu mengembalikan kilauan emas zaman baginda dengan mengembalikan penghayatan mendalam kepada isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah seperti hari turunnya. Buktinya, khalifah adil ‘Umar bin Abdul Aziz pernah mengembalikan kilauan zaman Rasulullah SAW dan para sahabat apabila beliau menghidupkan kembali agama peninggalan Rasulullah SAW.

Janji penggilapan kembali kilauan emas zaman Rasulullah SAW pasti akan sentiasa berlaku seiring dengan janji baginda:

إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Ertinya:  Sesungguhnya  Allah akan membangkitkan untuk umat  ini (umat  Islam) pada   setiap   permulaan   seratus    tahun  seseorang yang akan memperbaharui (penghayatan) agamanya (Sunan Abu Dawud).

Tokoh yang memperbaharui agama bukan bermaksud membina agama baru. Agama ini bak rumah yang sudah lama teguh berdiri, tetapi kemalasan penghuninya mengakibatkan rupa rumah yang tidak jemu memayung penghuninya dari hujan dan panas kelihatan tidak cantik dan kusam. Pada saat itu, si rumah memerlukan mujaddid yang akan mengecat kembali rumah yang luntur warnanya. Halaman bersemak samun juga dibersihkan. Perabut rumah yang disalah letak disusun kembali seiring dengan aturan zaman. Atap yang lama bocor tidak berganti segera ditukar. Selepas lama berusaha, rumah itu menjadi lebih cantik dan mampu menarik lebih ramai pengunjung. Itulah analogi mudah berkenaan mujaddid agama.

Siapa mujaddid agama ini pada abad ini? Bagaimana mencapai gelaran itu? Usahlah kalut mencari “SIAPA PEMENANG PIALA MUJADDID ABAD INI?” tetapi tanya diri kita sendiri “APA USAHA TAJDID YANG SUDAH AKU SUMBANGKAN UNTUK AGAMA INI.” Mana tahu selepas kita mati, umat Islam sedunia sepakat menobatkan kita sebagai mujaddid abad ini.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, August 21, 2016

JANGAN SOMBONG SEPERTI UNTA YANG SAKIT LEHER

JANGAN SOMBONG SEPERTI UNTA YANG SAKIT LEHER

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Sedih dan terhina! Itu ungkapan seorang kawan saya melaporkan nasib yang menimpanya. Beliau berkerja di sebuah organisasi besar. Ketua organisasinya seorang yang berpangkat. Jika mahu disenarai pangkatnya pasti berjela meleret ke lantai. Dalam sebuah majlis anjuran jabatannya, sang ketua dijemput hadir bersama.

Rapi sekali segala persiapan menyambutnya. Selera dan rasa sang ketua sungguh tinggi sesuai dengan jelaan pangkatnya. Pada pagi sebelum majlis bermula, kawan saya turun awal untuk santapan pagi. Hatinya teruja melihat sang ketua sedang duduk bersama para pegawai yang lain di sebuah meja. Tanpa berfikir, dia menuju ke meja sang ketua lantas menyapa dengan sopan dan mesra. “SANG KETUA SEKADAR MENDONGAK KE ARAH KAWAN SAYA TANPA REAKSI, KEMUDIAN KEMBALI TUNDUK MEMANDANG TELEFON BIMBITNYA.”

Bagai disambar petir, hati kawan saya berkata:

“Aduh! Hina sangatkah aku? Mengapa salamku tidak berjawab? Kalau berat mulut sekalipun menjawab, apa salahnya membalas sapaan dengan senyuman? Bukan mahal pun sebuah senyuman yang hanya bermodalkan 2 lapis bibir. Tak kanlah dia risau pangkatnya akan terhakis jika menjawab sapaanku?”

Sudahnya kawan saya ini berlalu pergi dengan rasa malu terbuku di hati. Mujur tak ramai orang menyaksikan peristiwa itu. Setelah mendengar ceritanya, saya teringat kisah para sahabat Rasulullah SAW pada zaman Khalifah ‘Umar al-Khattab. Pada suatu hari ramai sekali orang Islam bersama bangsawan Quraysh berkumpul di pintu rumah Khalifah ‘Umar menunggu izin beliau. Ketika semua hadirin menunggu giliran untuk dijemput masuk, Umar keluar dan menjemput Bilal bin Rabah dan Suhayb al-Rumi masuk.

Tindakan ‘Umar mengutamakan 2 sahabat Rasulullah SAW yang miskin itu meresahkan Abu Sufyan. Suhayl bin ‘Amru yang mengesan perasaan Abu Sufyan itu berkata:

“Mereka (para sahabat yang miskin dan bekas hamba) dan kita (golongan bangsawan Qurasyh) sama-sama diseru untuk menerima Islam. Mereka bersegera menerima Islam tetapi kita pula lambat. Hari ini kita baru berebut memasuki pintu ‘Umar (di dunia) dan bukannya di akhirat.  Jika kamu semua berasa cemburu kepada mereka hanya kerana (keutamaan mereka pada) pintu rumah ‘Umar, kelebihan mereka (berbanding kita) dalam syurga kelak pastinya lebih banyak (Tafsir al-Kasysyaf).” Kisah tersebut disebut oleh Imam al-Zamakhsyari ketika menghurai ayat berikut:

انْظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلْآَخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلًا

Ertinya: Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan kelebihannya (al-Isra’[17:21]).

Usahlah sombong dengan sedikit pangkat pinjaman Allah. Luqman al-Hakim mengingatkan anaknya teknik komunikasi berkesan ketika berbicara dengan orang. Pandang muka kerana itu tanda sebuah penghormatan:

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Ertinya: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada setiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri (Luqman[31:18]).

Perkataan - الصعر  - dalam ayat ini bermaksud sejenis penyakit yang menimpa unta. Leher unta yang terkena sakit ini akan senantiasa terpaling ke sisi. Ia suatu gambaran buruknya si unta yang sakit. “MANUSIA SOMBONG YANG TIDAK MEMANDANG WAJAH ORANG SEBENARNYA TIDAK HEBAT TETAPI SEDANG MENGHIDAP SAKIT PELIK SEPERTI SANG UNTA.” Jangan ingat kesombongan menjadikan anda semakin hebat. Kesombongan itu kelak akan menjadi lubang berduri yang bakal menjerumuskan anda setelah hilang kuasa atau pangkat. Hayatilah sabda Rasulullah SAW ini:

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّه

Ertinya: Sebarang sedekah tidak akan mengurangkan harta. Allah akan menambahkan kemuliaan hamba yang pemaaf. Sesiapa yang merendah diri kerana Allah akan diangkat kemuliaannya (Sahih Muslim).

Ya Allah! Anugerahkan kami sifat RENDAH DIRI!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Closing Ceremony Rio 2016

I watched the Rio Olympics Closing Ceremony whilst having breakfast on my hospital bed. Today is day three at Pantai Hospital.

I am still on drips but there was no more pain. Alhamdulillah.

Saturday, August 20, 2016

Kidney Stone - Pantai Hospital

When I woke up at dawn yesterday (Friday) morning for solat Fajr, it was so cold. The hotel room does not have airconditioning yet I felt chilly. Helloooooo....this is Fraser's Hill lah.....

Anyway, after solat Fajr I wanted to read the Noble Quran, but I changed my mind and went back to sleep since hubby also slept after his solat Fajr.

Then as I was about to lie down, I felt a sharp pain on my right abdomen.  I thought it was just a tummy cramp, but on my right side?  I began to panic when the pain became unbearable and woke up hubby.  When hubby saw me crying in pain, he panic too.

I described to hubby the pain I endured and he told me to be patient whilst he get a wheelchair from the hotel to take me to our SUV.

When hubby came to our room ten minutes later, there was no wheelchair (the hotel does not have one) but the luggage trolley which the hotel staff brought along. So there I sat on the trolley and hubby and the bell boy pushed me to the car park.  If I was not in so much pain, I would have laughed on seeing the trolley.

Hubby then drove me to the only clinic on Fraser's Hill situated opposite the Police Station. There was no doctor available except for a Medical Assistant and a nurse.

When the MA examined me, he said I had appendix and the ambulance would take me to Raub Hospital.  Hubby refused and insisted that I go to KKB Hospital which is closer than Raub. MA said ambulance cannot go to KKB because its in Selangor, so hubby will have to drive me.

During the journey from Fraser's Hill to KKB took almost an hour. I vomited a few times and wept silently because of the pain.  Hubby looked worried but he drove so fast until we reached KKB town.

Then hubby asked me whether he could drive straight to KL and that for me to be patient a little longer because the journey will take another hour.  I agreed.

Hubby then drove to Pantai Hospital in Bangsar and took me to Emergency.  The lady MO who attended to me then confirmed that it was not appendix but kidney stone. Then the specialist a Dr Zain attended to me.  My abdomen was Xrayed and then a CT scan confirmed I had kidney stone.  So I was warded and I was then referred to Dr Adam Chow.

In the evening, all my children came to visit, also my son-in-law Ahmad.  Kak long could not come since Adeena was unwell. 

Hubby slept at the hospital too, accompanying me for my first night here. Tqvm laling. ❤❤❤

ISLAMNYA SEORANG SAHABAT NABI DI TANGAN SEORANG TABI'IN

ISLAMNYA SEORANG SAHABAT NABI DI TANGAN SEORANG TABI’IN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Kuliah Tafsir surah (al-Ma’idah [5:82-85]) di Surau Nur al-Syura Selayang pada malam ini (20 Ogos 2015) menggentarkan hati saya. Tidak lain kerana keunikan kisah pengislaman seorang SAHABAT (‘Amru bin al-‘As) di tangan seorang TABI’IN iaitu Ashamah (al-Najasyi) Habsyah.

Siapa sangka hentakan tangan al-Najasyi ke atas batang hidung ‘Amru akhirnya membuka luas pintu hidayah baginya. Sebelum ditegur al-Najasyi, ‘Amru bin al-‘As memang membenci dan menyangka bahawa Rasulullah SAW adalah pendusta.

Kisahnya, selepas perang Ahzab (tahun 5 Hijri) pengaruh Musyrikin Quraysh semakin merosot dan kecemerlangan Islam semakin bersinar. ‘Amru bin al-‘As sangat risau situasi ini dan dia melihat keperluan segera untuk mencari tempat berlindung yang baru. Setelah memerhati dengan mendalam, ‘Amru mendapati al-Najasyi Habsyah adalah ketua baru yang mampu menjamin keselamatannya pada masa hadapan.

Setelah keputusan dibuat, ‘Amru dan beberapa temannya menuju Habsyah. Ketika masuk bertemu al-Najasyi ‘Amru terserempak dengan utusan Rasulullah SAW dari Madinah iaitu ‘Amru bin Umayyah al-Dhamri. Setelah menghadap al-Najasyi, beliau meminta izin untuk membunuh utusan Rasulullah. Al-Najasyi sangat marah dengan permintaan ‘Amru, lalu beliau memukul hidung ‘Amru dengan kuat. Sejurus itu al-Najasyi berkata:

أَتَسْأَلُنِي أَنْ أُعْطِيَكَ رَسُولَ رَجُلٍ يَأْتِيهِ النَّامُوسُ الْأَكْبَرُ الَّذِي كَانَ يَأْتِي مُوسَى لِتَقْتُلَهُ قَالَ قُلْتُ أَيُّهَا الْمَلِكُ أَكَذَاكَ هُوَ فَقَالَ وَيْحَكَ يَا عَمْرُو أَطِعْنِي وَاتَّبِعْهُ فَإِنَّهُ وَاللَّهِ لَعَلَى الْحَقِّ وَلَيَظْهَرَنَّ عَلَى مَنْ خَالَفَهُ كَمَا ظَهَرَ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ وَجُنُودِهِ قَالَ قُلْتُ فَبَايِعْنِي لَهُ عَلَى الْإِسْلَامِ قَالَ نَعَمْ فَبَسَطَ يَدَهُ وَبَايَعْتُهُ عَلَى الْإِسْلَامِ ثُمَّ خَرَجْتُ إِلَى أَصْحَابِي وَقَدْ حَالَ رَأْيِي عَمَّا كَانَ عَلَيْهِ وَكَتَمْتُ أَصْحَابِي إِسْلَامِي ثُمَّ خَرَجْتُ عَامِدًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأُسْلِمَ

Ertinya: (Wahai ‘Amru bin al-‘As) adakah kamu meminta izin dariku untuk membunuh utusan seorang lelaki yang pernah didatangi oleh Nyamuk Besar (Jibril AS) yang pernah mendatangi Musa?” Aku (‘Amru) bertanya: “Wahai Tuanku, adakah benar begitu perihalnya?” Al-Najasyi berkata: “Aduhai malangnya kamu wahai ‘Amru! Dengarlah cakapku ini dan hendaklah segera kamu ikutilah dia (Muhammad SAW) “KERANA DEMI ALLAH DIA MEMANG BERADA ATAS KEBENARAN.” Dia juga akan mengalahkan semua penentangnya sebagaimana Musa mengalahkan Fir’awn dan bala tenteranya.”…….. Al-Najasyi kemudiannya menghulurkan tangannya dan aku (‘Amru) berjanji setia dengannya untuk menerima Islam. Setelah aku keluar bertemu temanku, hasrat asalku sudah hilang dan aku menyembunyikan PENGISLAMANKU dari pengetahuan mereka. Kemudian, setelah pulang ke Mekah aku pergi bertemu Rasulullah untuk MENGISYTIHARKAN PENGISLAMANKU (Musnad Ahmad).

Al-Najasyi tidak mendapat rezeki bertemu Rasulullah SAW walaupun beliau memeluk Islam di tangan Ja’afar bin Abi Talib selaku ketua Muhajirin Mekah di Habsyah. Oleh itu, pangkat al-Najasyi hanyalah seorang Tabi’in atau murid Sahabat. Walaupun begitu, beliau berjasa besar memecahkan ego kufur ‘Amru bin al-‘As yang membawa kepada pengislamannya. Inilah keunikan kisah pengislaman seorang sahabat di tangan seorang Tabi’in.

Ternyata Allah dan Rasulullah SAW sangat memuliakan a-Najasyi. Buktinya, selepas mendapat berita kewafatan al-Najasyi, baginda bangkit mendirikan solat ghaib (Sahih al-Bukhari & Muslim). Setelah ditanya para sahabat apa perlunya menyolatkan seorang Nasrani, Allah mengekal harumkan nama al-Najasyi dalam al-Quran dengan ayat ini:

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Ertinya: Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya (Ali ‘Imran [3:199]).

Al-Najasyi sudah membuktikan, Islamnya teguh sehingga mampu mengislamkan orang lain walaupun tak sempat bertemu Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama berusaha untuk mengislamkan seramai mungkin “manusia belum Islam” seperti ‘Amru bin al-‘As pada zaman ini agar ramai yang menjadi jiran kita dalam syurga kelak. Semoga kisah ini menjadi inspirasi dakwah kepada kita semua, Insya-Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

RASULLULLAH SAW BERMIMPI WANITA HITAM DENGAN RAMBUT KUSUT MASAI KELUAR DARI MADINAH?

RASULULLAH SAW BERMIMPI WANITA HITAM DENGAN RAMBUT KUSUT MASAI  KELUAR DARI MADINAH?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Bukan kecil pengorbanan para sahabat Rasulullah SAW dalam menobatkan Islam. Demi kelansungan Islam, mereka terpaksa berkorban meninggalkan kampong halaman. Hijrah ke tempat asing seperti Madinah pula bukanlah sesuatu yang indah pada jiwa. Entah bagaimana nasib yang bakal dihadapi di tempat baru nanti. Tidak hairanlah nama para sahabat yang terpaksa berhijrah demi agama ini dijulang dengan tinggi oleh Allah dalam al-Quran. Bayangkan kemuliaan yang mereka perolehi! Setiap kali al-Quran dibaca, nama dan jasa mereka pasti dikenang. Inilah “KARAMAH” atau KEMULIAAN yang kekal untuk mereka. Firman Allah:

لِلْفُقَرَاءِ الْمُهَاجِرِينَ الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Ertinya: (Pemberian dari rampasan perang itu hendaklah diperuntukkan) kepada orang fakir yang berhijrah, YANG DIUSIR KELUAR DARI KAMPUNG HALAMANNYA DAN HARTA BENDANYA (KERANA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM), UNTUK MENCARI LIMPAH KURNIA DARI ALLAH DAN KEREDAANNYA, SERTA MENOLONG (UGAMA) ALLAH DAN RASULNYA; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya) (al-Hasyr [59:8]).

Benar bagai dikata, setelah sampai ke Madinah ramai sahabat Rasulullah SAW yang jatuh sakit berikutan bumi Madinah yang kotor dan berwabak penyakit.  Ia direkodkan oleh sebuah hadith:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ

Ertinya: ‘Aisyah RA memberitahu: “Ketika kami sampai ke Madinah (dalam peristiwa Hijrah), ia adalah bumi yang sangat berpenyakit sehingga menyebabkan Abu Bakar dan Bilal jatuh sakit. Setelah mendengar aduan para sahabat, baginda Rasulullah SAW berdoa “Ya Allah jadikan kami mencintai Madinah sebagaimana Engkau mencintai Mekah atau jadikan ia (cinta kepada Madinah) lebih mendalam. Dan pulihkan keadaannya (jadikan bumi Madinah ini sihat serta bebeas penyakit). Berikanlah keberkatan pada sukatannya (perkembangan ekonomi Madinah). Pindahkan lah wabak penyakitnya ke (tempat bernama) al-Juhfah (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Selepas mendoakan keberkatan Madinah, baginda bermimpi dengan suatu mimpi ajaib. Sabdanya:

رَأَيْتُ امْرَأَةً سَوْدَاءَ ثَائِرَةَ الرَّأْسِ خَرَجَتْ مِنْ الْمَدِينَةِ حَتَّى قَامَتْ بِمَهْيَعَةَ وَهِيَ الْجُحْفَةُ وَأَوَّلْتُهَا وَبَاءَ الْمَدِينَةِ يُنْقَلُ إِلَى الْجُحْفَةِ

Ertinya: Aku bermimpi melihat WANITA BERKULIT HITAM YANG KUSUT MASAI RAMBUTNYA (BERJALAN) KELUAR MADINAH SEHINGGALAH DIA BERDIRI (BERHENTI) DI SEBUAH TEMPAT LUAS TERBENTANG IAITU (DAERAH) AL-JUHFAH. Aku mentakwilkan mimpi itu dengan maksud; wabak penyakit Madinah dipindahkan Allah ke daerah al-Juhfah (Sunan al-Tirmidhi).

Mimpi seorang Rasul adalah wahyu yang tidak dapat disangkal lagi. Subhanallah! Selepas itu bumi Madinah dilimpahi keberkatan yang melimpah ruah sehingga hari ini. Doa itu dimakbulkan sebagai ganjaran duniawi serta penghibur jiwa kepada para sahabat yang berkorban jiwa raga memperjuangkan Islam sehingga terpaksa meninggalkan tanah air. Benar sekali firman Allah bahawa hijrah pasti membuka kebahagiaan baru berkat pengorbanan yang dilakukan:

وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

Ertinya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur (al-Nisa’ [4:100]).

Dikatakan hadith ini menunjukkan bukti kenabian Rasulullah SAW kerana daerah al-Juhfah sehingga hari ini dijauhi. Orang yang minum air bumi al-Juhfah akan mudah jatuh sakit (Syarh Sahih Muslim oleh Imam al-Nawawi).  Wallahu A’lam.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Thursday, August 18, 2016

Selfie with Hubby @Fraser's Hill

I Love Fraser's Hill

Khairul drove me to the train station where I boarded the 11.30 commuter to KL Railway Station. Then I have to wait for the connecting train to Kuala Kubu Baru. 

When I arrived at KKB train station, OMG there was no elevator and I had to use the stairs to cross the overhead bridge to the exit. Alhamdullillah there was this young man who offered to help me carry my luggage up the stairs until the Exit.

Then I waited for laling to fetch me.  Since I was hungry, it was almost three o'clock, laling took me to a warung at KKB town for makaning. 

After makaning we drove up to Fraser's hill.  Along the way we stopped at the PUAS reservoir since laling wanted to use the toilet there. 😆

I waited for laling in our suv.  I wanted to get down and take pictures of the dam but there was a black stray dog loitering near our suv. I was bitten by a stray dog once when I was in my teens so the fear of being bitten still remains. So I stayed put in our suv.

Then I saw laling calling the dog to come to him and poured water into a dust pan.  The dog drank the water, wagging its tail. What a beautiful sight. Then laling got into our suv, but instead of driving away, he opened his bag and took out some biscuits and fed the poor hungry dog.  

As we drove away, I bade farewell to the dog. In shaa Allah, on our future trip up Fraser's Hill we will bring food for 'Blackie'.

We arrived at our hotel, Shahzan Inn, safely an hour later. Alhamdullillah.

BINATANG YAHUDI DALAM TUBUH MANUSIA

BINATANG YAHUDI DALAM TUBUH MANUSIA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-Anfal [8:55-57]) pada  6 Ogos 2016. Antara isunya adalah kejahatan Yahudi Madinah yang menikam Rasulullah SAW dari belakang dalam peristiwa perang Ahzab atau Khandaq.

Allah sangat sayangkan orang Yahudi. Allah tahu mereka sudah sekian lama menunggu nabi akhir zaman yang akan menyambung syariat nabi Musa AS yang sudah lama terputus. Penyambungan jambatan syariat ini bukan suatu musibah tetapi ni’mat terbesar yang wajib disyukuri kerana manusia yang hidup melata tanpa bimbingan syariat “SEUMPAMA BINATANG BERTUBUH MANUSIA.” Orang Yahudi Madinah yang soleh seperti Abdullah bin Salam RA sudah lama rindukan nabi ini. Sejurus mereka tahu Rasulullah SAW sudah muncul, air mata syukur mereka jatuh berlinangan dengan deras:

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَى عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا (107) وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا (108) وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا (109)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tidak beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu (Ahli Kitab) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk); Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana." DAN MEREKA SEGERA TUNDUK SUJUD ITU SAMBIL MENANGIS, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk (al-Isra’ [17:107-109]).

Sifat fizikal dan rohani Rasulullah SAW begitu jelas dalam kitab mereka sehingga mereka dapat mengenali Rasulullah SAW lebih dari mereka mengenali anak mereka sendiri:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Ertinya: Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian) (al-Baqarah[2:146]).

Pun begitu, setelah baginda datang ke Madinah, sebahagian besar ulama Yahudi menolak baginda atas sentiment bangsa. Taksub bangsa menjadikan mereka “BODOH DALAM LICIK.” Bodoh kerana menolak kunci syurga yang sudah lama mereka tunggu, licik pula kerana mereka banyak helah mahu menjatuhkan Rasulullah SAW.

Setelah dilantik sebagai pemimpin Madinah, Rasulullah SAW memeterai perjanjian dengan penduduk Madinah termasuklah orang Yahudi. Semuanya bebas mengamalkan agama mereka, asal sahaja mereka wajib sama-sama menjaga keselamatan dan keharmonian Madinah. Ia terkandung dalam Piagam Madinah. Setelah umat Islam tewas kepada Musyrikin Quraysh dalam perang Uhud, pemimpin Yahudi Madinah melihat ia suatu peluang meruntuhkan kerajaan Islam Madinah. Mereka sudah menemui “kekuatan luar” yang pernah dan mampu menewaskan Rasulullah SAW. Berikutan itu pemimpin mereka secara senyap menemui pemimpin Musyrikin Mekah untuk membuat perikatan yang baru. Perikatan itu kemudiannya membentuk “belasan ribu” tentera yang menggempur Madinah dalam perang Ahzab atau Khandaq. Kisah pengkhianatan mereka dilaporkan dalam kitab Sirah. Anda boleh baca sendiri!

Alhamdulillah, rancangan jahat mereka gagal dan tentera bersekutu ditewaskan Allah dengan bantuan angin ribut yang mengganas memecah belahkan perikatan ini. Firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا



Ertinya: Wahai orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzab), LALU KAMI HANTARKAN KEPADA MEREKA ANGIN RIBUT (YANG KENCANG) SERTA ANGKATAN TENTERA (DARI MALAIKAT) YANG KAMU TIDAK DAPAT MELIHATNYA (al-Ahzab [33:9]).

Sesudah musuh bertempiaran lari, Allah mengarahkan Rasulullah menggempur “gunting dalam lipatan” umat Islam Madinah iaitu Yahudi Bani Qurayzah. Selepas selesai perang Ahzab, Rasulullah SAW pulang ke Madinah, meletakkan senjata dan mandi. Baginda kemudiannya didatangi Jibril AS yang tegas berkata:

وَضَعْتَ السِّلَاحَ فَوَاللَّهِ مَا وَضَعْتُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَيْنَ قَالَ هَا هُنَا وَأَوْمَأَ إِلَى بَنِي قُرَيْظَةَ قَالَتْ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Ertinya: Kamu sudah meletakkan senjata (Wahai Muhammad)? Demi Allah aku belum meletakkannya. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Ke mana (arah kami perlu tuju)?” Jibril kemudiannya berkata “ARAH SANA” seraya mengisyaratkan arah perkampungan  Yahudi Bani Qurayzah. Setelah itu Rasulullah SAW bergegas ke sana (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Setelah dikepung, mereka akhirnya dihukum pancung atas keputusan ketua orang Ansar iaitu Sa’ad bin Mu’adh RA. Mengapa Rasulullah SAW menyerahkan keputusan hukuman kepada Sa’ad bin Mu’adh? Sa’ad bin Mu’adh pernah bersekutu dengan Yahudi Bani Qurazyzah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah. Setelah mendapat tahu Yahudi Bani Qurayzah melanggar perjanjian dengan Rasulullah dan mengikat perjanjian baru dengan orang Mekah, beliau berjumpa dengan pihak Yahudi untuk menghalang mereka, namun kedegilan Yahudi bak batu yang tak mampu dipecahkan dengan pukulan biasa.

Sa’ad juga mengalami cedera parah dipanah pihak musuh dalam perang Khandaq. Luka parah ini membawa kepada syahidnya beliau pada kemudian hari selepas perang Bani Qurayzah ini. Bagai dikata luka Sa’ad bin Mu’adh akibat pengkhianatan Yahudi Bani Qurayzah merangkumi “LUKA FIZIKAL DAN LUKA JIWA.” Oleh itu sangat logik hukuman bunuh dijatuhkan kepada mereka atas 3 sebab:

JENAYAH MENGKHIANATI SAHABAT SEPERJUANGAN KETIKA SEBELUM ISLAM (Sa’ad bin Mu’adh),

MENGKHIANATI PERJANJIAN SEDIA ADA dan,

MENGIKAT PERJANJIAN BARU DENGAN PIHAK MUSUH ATAS TUJUAN MENGKHIANATI PERJANJIAN SEDIA ADA YANG BELUM DIBATALKAN.



Setelah tahu latar kisah pengkhiatan mereka itu, barulah kita boleh memahami mengapa Allah memanggil mereka sebagai “SEJAHAT-JAHAT BINATANG” dalam ayat ini:

إِنَّ شَرَّ الدَّوَابِّ عِنْدَ اللَّهِ الَّذِينَ كَفَرُوا فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ (55) الَّذِينَ عَاهَدْتَ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنْقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ (56) فَإِمَّا تَثْقَفَنَّهُمْ فِي الْحَرْبِ فَشَرِّدْ بِهِمْ مَنْ خَلْفَهُمْ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (57)

Ertinya: Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) binatang yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada setiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). Oleh itu, jika engkau menemui mereka dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya dengan itu) orang yang di belakang mereka (gerun gentar); mudah-mudahan orang itu pula beringat (insaf) (al-Anfal [8:55-57]).

Inna Lillah! Jahat dan khianat adalah 2 sifat yang tidak layak dipakai oleh manusia. Memang patut mereka digelar “BINATANG YANG JAHAT” kerana semua jenayah mereka itu. Padan muka mereka kerana yang sengaja menempah bala dengan menolak kasih sayang Allah. Kisah mereka bukan sekadar catatan sejarah penghias dada al-Quran, tetapi wajib ditelan, dihadam biar segara mendarah daging dalam jiwa. Dengan itu GENETIK BODOH DALAM LICIK mereka tidak hinggap dalam jiwa kita. Usah khianati amanah, kesetiaan dan kepercayaan sesama kita kerana kelak nanti kita akan merana dihina atau dijauhi di dunia dan menggeletik hangus di bakar dalam neraka di  akhirat kelak! Mohon dijauhkan Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e 54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...