Monday, February 29, 2016

PARA NABI MENDOAKAN KEBURUKAN KAUM MEREKA?

PARA NABI MENDOAKAN KEBURUKAN KAUM MEREKA?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (al-‘Ankabut [29:30]) pada 23 Februari 2016. Antara isunya adalah kisah doa buruk nabi Lut kepada kaumnya.

“Tak ku sangka, rupanya para nabi pun tidak sabar dengan kerenah umat mereka yang degil. Nampak tak kena sikap tak sabar ini dengan status mereka sebagai nabi pihan Allah. Jika mereka boleh doa buruk untuk kaumnya, aku pun boleh juga doakan keburukan untuk orang lain.!”

Ayat di atas mungkin keluar dari lidah manusia jahil setelah mendengar kisah nabi Nuh, nabi Musa dan nabi Lut yang pernah mendoakan kemusnahan kaumnya. Oleh itu, suatu suluhan ilmu wajib dipancarkan agar salah faham ini tidak merebak dan meruntuhkan keyakinan betapa para nabi adalah maksum dan terpelihara daripada kesalahan ketika menyampaikan dakwah.

Memang dalam al-Quran, Allah menyebut beberapa ayat yang menceritakan para nabi pernah mendoakan kemusnahan kaumnya. Ia dimulai dengan nabi Nuh AS:

وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا (26) إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوا إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا (27)

Ertinya: Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang kafir itu hidup di atas muka bumi! "Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar (Nuh[71:26-27]).

Juga doa nabi Musa AS kepada Fir’awn:

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آَتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

Ertinya: Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua kaumnya barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya (Yunus[10:88]).

Begitu juga nabi Lut AS kepada kaumnya:

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّهِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (29) قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ (30)

Ertinya: "Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang yang benar". Nabi Lut berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)" (al-‘Ankabut [29:29-30]).

Ketika mengulas ayat dari surah al-‘Ankabut ini, Imam al-Razi mempertahankan tindakan nabi Nuh dan nabi Lut yang berdoa tajam untuk kemusnahan kaumnya. Menurutnya para nabi tidak akan mendoakan kemusnahan sesebuah kaum melainkan setelah tahu bahawa kaumnya itu tidak lagi mempunyai nilai kebaikan. Nabi Nuh melihat kaumnya akan terus kufur dan akan berpesan keras kepada zuriat keturunan mereka agar kekal dalam kekufuran. Begitu juga kaum nabi Lut, fitrah manusiawi mereka sudah rosak dengan seks songsang. Kahwin songsang juga tidak akan melahirkan zuriat yang baru. Jika lahir sekalipun, zuriat mereka akan rosak fitrahnya akibat berleluasanya seks songsang dalam kaumnya (Tafsir al-Razi). Oleh itu, ubat terbaik bagi kaum yang rosak ini adalah kemusnahan muktamad.

Ringkasnya para nabi seperti doktor, ada masa sesetengah penyakit masih boleh dirawat dengan ubat. Apabila sakitnya sudah merebak, ubat sudah tidak mampu membendung penularannya. Jalan terbaik adalah dengan memotong terus anggota yang sakit. Nabi Nuh dan nabi Lut melihat penularan sakit kaumnya sudah tak mampu diubat, oleh itu jalan terbaik adalah kemusnahan mereka. Jika mereka masih dibiarkan hidup, bimbang sekali sakit mereka akan merebak ke tempat lain.

Itu analisis para nabi yang dibimbing wahyu. Jangan pula kita galak mendoakan keburukan untuk orang lain atas alasan mengikut para nabi. Jauh panggang dari api jika mahu dibandingkan siapa kita dan siapa mereka. Galak berdoa buruk untuk orang lain juga dibimbangi akan menghakis sifat sabar dalam diri. Bagi manusia biasa seperti kita, cukuplah kita berpegang dengan pesanan Rasulullah SAW yang menegah amalan berdoa buruk untuk orang lain:

لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى خَدَمِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ لَا تُوَافِقُوا مِنْ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى سَاعَةَ نَيْلٍ فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبَ لَكُمْ

Ertinya: Janganlah kamu mendoakan sesuatu yang buruk ke atas dirimu, anakmu, para pekerjamu dan hartamu. Jika waktu doa itu bertembung dengan saat penerimaan doa, maka ia (semua doa burukmu itu) akan diperkenankan (oleh Allah) kepada kamu (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).

Selain itu, perlu diingat manusia waras tidak akan suka-suka berdoa buruk untuk orang lain tanpa sebab. Ia berlaku apabila dia dizalimi dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Maka satu-satunya saluran mangsa kezaliman adalah laluan doa kepada Allah. Umpamanya, kita membawa 10 lelaki memukul kawan yang tidak bersalah. Terhina, sakit dan dianiaya menyebabkan si mangsa mengangkat tangan berdoa agar kita dan 10 lelaki itu dimusnahkan Allah. Kita yang baru sahaja menzalimi kawan kita pula berkhutbah “EH! RASULULLAH SAW MELARANG KITA BERDOA BURUK UNTUK ORANG LAIN. ANDA KENA IKUT AJARAN RASULULLAH.” Jika ia benar berlaku, memang sangat ironi dan sangat bodoh khutbah si zalim itu.

Kesimpulannya, jangan disamakan status kita dengan para nabi. Jangan juga menzalimi orang lain kerana kezaliman kita akan mendapat tempias “doa buruk” mangsa yang kita zalimi.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, February 28, 2016

Our First Great great Grand Niece

Last night hubby, Khairul, Sofiyah and I  visited our Grand Nephew Hisham at An Nur Medical Centre BBB after our solat Eshaq. Hisham was expecting his first child.

When we reached An Nur, we went to the Labour Ward where Hisham was anxiously waiting for his wife Nor Azuana to deliver their first born.  We gave words of encouragement to Hisham and prayed a normal and safe delivery for his wife.

We then went to Old Timer's Kopitiam for supper.  We later tapau toasted kaya bread and teh tarik for Hisham. I gave it to Hisham at the Labour Ward before returning home.

It was almost midnight when we reached home.  Then at approximately 12.45am this morning I received a watsapp from Hisham informing me that Azuana had delivered.  They now have a daughter and hubby and I have our first Great-great Grand Niece. Alhamdullillah.

Sunday Zumba

We had our Zumba workout at Dewan Taman Mesra. I wore my new Adidas Red jersey with my black skirt pants. The ladies who came were awesome. We had a wonderful workout and had so much fun doing it a whole hour and a half. Alhamdullillah.

Saturday, February 27, 2016

KEBIADABAN MELAMPAU KAUM LUT DAN RAHSIA PENGHALANG AZAB

KEBIADABAN MELAMPAU KAUM LUT DAN RAHSIA PENGHALANG AZAB

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-‘Ankabut [29:29-30]) pada 23 Februari 2016. Antara isunya adalah kebiadaban melampau kaum nabi Lut dan  orang Mekah pada zaman Rasulullah.

Majdi segera menyembunyikan rokok di tangannya apabila melihat Imam Anuar menghampirinya. Tindakannya itu didorong rasa hormat kepada Imam Anuar yang terkenal sebagai seorang soleh dan tak gemarkan bau rokok.  Berbeza pula dengan Said, selamba sahaja dia meminta agar Imam Anuar menyalakan puntung rokoknya? Pasti kita akan berkata Said adalah manusia biadab dan tidak tahu menghormati Imam Anuar. Itu baru sebuah analogi mudah antara manusia biasa. Bayangkan bagaimana jijiknya jika sekumpulan manusia tanpa malu meminta kebenaran daripada seorang Rasul untuk “MELIWAT PARA TETAMUNYA”? Inilah contoh kebiadaban melampau kaum nabi Lut:

وَجَاءَهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِنْ قَبْلُ كَانُوا يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ قَالَ يَا قَوْمِ هَؤُلَاءِ بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلَا تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي أَلَيْسَ مِنْكُمْ رَجُلٌ رَشِيدٌ (78) قَالُوا لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ (79)

Ertinya: Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: "Wahai kaumku! Di sini ada anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)?" Mereka menjawab: "SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAHPUN MENGETAHUI BAHAWA KAMI TIDAK ADA SEBARANG HAJAT KEPADA ANAK PEREMPUANMU, DAN SEBENARNYA ENGKAU SEDIA MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMI KEHENDAKI (KAMI MAHU MELIWAT TETAMU LELAKIMU)" (Hud [11:78-79]).

Masya Allah! Dahsyat dan sungguh keji. Langsung tiada lagi rasa hormat mereka kepada seorang Rasul utusan Allah. Benar sabda Rasulullah SAW, sifat malu adalah benteng iman yang mampu mewaraskan manusia, tanpanya darjat manusia  jatuh merudum menjadi lebih hina dari haiwan:

إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ

Ertinya: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja (Sahih al-Bukhari).

Bosan dengan nasihat nabi Lut, kaumnya bercadang untuk mengusir baginda keluar dari Sadum agar mudah mereka melakukan segala maksiat yang sedia ada:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آَلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Ertinya: Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang mendakwakan dirinya bersih suci "(al-Naml [27:56]).

Nasihat nabi Lut AS sudah tak mampu menembus akal mereka yang mabuk dalam berbagai dosa dan maksiat:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ (28) أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّهِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (29)

Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata dia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu. "Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat perhimpunan kamu?" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek): "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang yang benar" (al-‘Ankabut [29:28-29]).

Rupanya jenayah kaum nabi Lut bukan hanya jenayah seksual bagai yang disangka ramai. Ayat di atas menunjukkan mereka juga kuat memotong laluan orang dengan kegiatan melanun dan merompak. Mereka bersetubuh sesama jantina secara terbuka di tempat pertemuan mereka tanpa malu. Mereka berjudi dengan aktiviti laga ayam, laga kambing, bergurau kotor dengan “BERTANDING KENTUT” sesama mereka dan sebagainya (Tafsir Ibn Kathir). Pun begitu, jenayah mereka yang paling dahsyat adalah mempersendakan azab Allah dengan mencabar nabi Lut agar azab tersebut segera sampai kepada mereka. Lihat frasa berikut dalam ayat di atas:

قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّهِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Ertinya: Mereka berkata "Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang yang benar.

Inilah antara punca mengapa mereka dimusnahkan tanpa bekas oleh Allah:

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ

Ertinya: Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu (Hud [11:82]).

Rupanya sikap biadab meminta agar azab disegerakan pernah berlaku kepada Rasulullah SAW sebagaimana disebut Allah:

وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (32) وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (33)

Ertinya: Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, MAKA HUJANILAH KAMI DENGAN BATU DARI LANGIT, ATAU DATANGKANLAH KEPADA KAMI AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA". Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, SEDANG ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) ADA DI ANTARA MEREKA; dan Allah tidak akan menyeksa mereka SEDANG MEREKA BERISTIGHFAR (MEMINTA AMPUN) (ADA DALAM KALANGAN MEREKA ORANG YANG SENANTIASA MEMOHON AMPUN KEPADA ALLAH) (al-Anfal [8:32-33]).

Berbanding kaum Lut, penduduk Mekah masih beruntung kerana azab yang mereka persendakan itu terhalang kerana 2 sebab iaitu kewujudan Rasulullah bersama mereka dan adanya orang beriman yang tidak putus memohon pengampunan kepada Allah.

Oleh itu, janganlah biadab dengan Allah dengan mempersendakan agamanya. Rasulullah SAW juga sudah lama wafat meninggalkan kita, hanya istighfar menjadi mekanisme penghalang azab manusia di dunia ini (Tafsir al-Tabari).  Penuhilah hidup dengan istighfar dan jangan sekali-kali bermain api mempersendakan kuasa Allah seperti kaum nabi Lut kerana azab Allah tidak mungkin mampu ditanggung oleh manusia. Ya Allah! Jauhkanlah kami dari azabMu.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday Zumba

The venue for tomorrow will be at Dewan Taman Mesra since PAS will be having their Mesyuarat Agung cawangan Sg Sekamat and Kampung Sekamat at Dewan Sg Sekamat. Savy? ☺

Friday, February 26, 2016

Selfie at DeMuara Resort

My first collage selfie this year... Note my new spectacles.  😆

DeMuara Resort @Sg Haji Dorani

My first visit this year to this resort.  Surprise! Surprise! They have given the lobby a face-lift.  Looks wonderfully nice when we arrived yesterday evening.

Hubby and I stayed at Chalet 1.  Well, they have new sheets for the Queen size bed. Well done.

KISAH PEMANDU TEKSI: KAMU DIHINA UNTUK MENDIDIK JIWA HAMBA

KISAH PEMANDU TEKSI: KAMU DIHINA UNTUK MENDIDIK JIWA HAMBA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

"Saya tak fahamlah! Saya tak pernah tinggalkan solat, tapi kenapa Allah hina saya sebegitu rupa? Semasa ditahan dalam penjara saya dihina teruk."

Kawan saya tergamam seketika mendengar celoteh pemandu teksi itu. Seakan ada sesuatu yang tak kena dengan sikapnya. Mustahil Allah menzalimi hambaNya.  Itu jelas diulang sebut berkali-kali dalam al-Quran:

فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ فَمِنْهُمْ مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُمْ مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا ۚ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Ertinya: Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. DAN  (INGATLAH) ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENGANIAYA MEREKA, AKAN TETAPI MEREKALAH YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI (al-'Ankabut  [29:40]).

Pemandu teksi Pulau Pinang ini sangat ramah bercerita. Ceritanya "tragis berbaur sombong." Dakwanya dia memiliki ilmu kependekaran yang tinggi. Hebat lagi perkasa. Siap biasa mendapat "alamat dan petanda" jika sesuatu bakal berlaku.

Sebelum masuk penjara, dia mengalami krisis dengan keluarga isterinya. Isterinya dibawa keluar dari rumah tanpa izinnya sebagai suami. Yakin dengan kependekarannya si pemandu teksi ini pergi ke rumah keluarga isterinya hanya dengan tangan kosong. Dia diserang oleh keluarga isterinya yang bersenjatakan parang, namun ia perkara enteng, habis semua ditundukkan dan parang dirampas. Malangnya pihak polis pula datang menyerbu. Selepas peristiwa itu dia ditahan lama dalam penjara.

Semasa dalam penjara dia diuji dan dihina dengan teruk. Dirinya yang senantiasa dirasa hebat dan perkasa tidak dapat menerima semua musibah itu. Tambahan pula, dia tak pernah meninggalkan solat.

Setelah lama mendengar hikayat si pemandu teksi yang "seakan bertuhankan diri sendiri", kawan saya memahami kenapa Allah menimpakan musibah padanya.

Kawan saya ini agak dalamnya ilmu agamanya, cerah mata hatinya berkat ilmu Tasawuf atau Tazkiyatun Nafs yang dipelajarinya.  Selesai sahaja pemandu teksi mengkhatamkan cerita hebat bersulam sombongnya kawan saya mengatur bicara yang menjadi "rotan rohani" untuk si pemandu teksi yang sudah sedikit tersasar Tawhid dan sifat hambanya.

"Encik! Saya rasa, saya tahu kenapa Encik jatuh terhina dalam penjara. Bukan Allah zalim, mustahil Allah berlaku zalim kepada hambaNya. Kesilapan encik adalah terlalu membesarkan diri dengan ilmu kependekaran yang dipinjamkan Allah. Encik jadi sombong dengan "ilmu dan diri sendiri" sehingga lupa siapa Tuan sebenar ilmu tersebut. Saya rasa Encik perlu bertaubat dan kembali kepada Allah."

Si pemandu teksi langsung terdiam. Mungkin dia tidak menyangka hari ini dia bakal ditegur oleh Allah melalui lidah kawan saya.

Orang beriman faham benar sebarang musibah menimpa bukan kerana kekejaman Allah tetapi kerana onar dan kesilapan diri sendiri:

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Ertinya:  Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa kamu (al-Syura [42:30]).

Juga firman Allah:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ ۚ وَأَرْسَلْنَاكَ لِلنَّاسِ رَسُولًا ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ شَهِيدًا

Ertinya: Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini) (al-Nisa'[4:79]).

Perlu dipasak ke dalam minda, tiada istilah "kebetulan" pada kuasa Allah. Semua diatur rapi, pertemuan si pemandu teksi dengan kawan saya sudah diatur Allah untuk menyedarkan si pemandu teksi yang sudah sekian lama hanyut dalam rasa kehebatan dirinya.

Beginilah hakikat "rabunnya mata hati" manusia dari melihat siapa Pemilik Sebenar segala kehebatan, kepandaian, kebijaksanaan dan kekuatan. Kerabunan itu boleh disuluh dengan kanta agama melalui al-Quran dan al-Sunnah.

Jika dirasa diri paling perkasa, ingatlah keperkasaan dan kehebatan kita hanyalah secebis pinjaman dari Allah Yang Maha Perkasa. Jika dirasa diri pandai dan yang lain jauh lebih sedikit cerdiknya berbanding kita, ingatlah kecerdikan kita hanya sedikit pinjaman dari Yang Maha Cerdik lagi Bijaksana. Jika dirasa diri yang paling kaya, ingatlah kekayaan kita hanyalah sekelumit pinjaman dari Allah Yang Maha Kaya. Allah adalah Pemilik dan Penguasa sebenar:

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

Ertinya: Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya (al-An'am [6:18]).

Jika kita terbabas berasa diri yang paling hebat, Allah boleh sahaja menyungkurkan kesombongan kita melalui berbagai cara seperti kisah si pemandu teksi di atas. Si pemandu teksi masih beruntung kerana sempat ditegur, bayangkan berapa ramai manusia yang lupa daratan dalam sejarah dunia disentap nyawanya tanpa sempat sedar. Ya Allah! Selamatkan kami dari fitnah sebegini.


* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Wednesday, February 24, 2016

JUAL AGAMA KERANA HABUAN DUNIA BAK ULAR BERSALIN KULIT

JUAL AGAMA KERANA HABUAN DUNIA BAK ULAR BERSALIN KULIT

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-A’raf [7:175]) pada 20 Februari 2016. Antara isunya adalah celaan Allah kepada orang berilmu yang menggadai agama kerana habuan dunia.

Malu sekali jika terserempak dengan seorang lelaki kacak yang sedang jalan berbogel menayangkan “barang malunya” kepada khalayak umum. Pada saat itu tampannya langsung tidak berguna. Itulah perumpamaan yang paling sesuai bagi orang berilmu yang menjual agamanya kerana sedikit habuan dunia. Firman Allah:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آَتَيْنَاهُ آَيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ

Ertinya: Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat (Kitab) Kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka jadilah dia dari kalangan orang yang sesat (al-A’raf [7:175-176]).

Para ulama Tafsir menyebut lelaki berilmu yang menjual agamanya dalam ayat ini adalah Bal’am bin Abar atau Bal’am bin Ba’ura’ iaitu seorang ilmuwan Bani Isra’il dari umat nabi Musa AS. Pada mulanya beliau dihantar kepada kerajaan Madyan sebagai utusan dakwah nabi Musa AS. Setelah disogok dengan habuan dunia, Bal’am langsung belot dan meninggalkan agamanya (Tafsir Ibn Kathir).

Walaupun – فانسلخ منها  – diterjemahkan dengan maksud “maka dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya (agama),” makna yang lebih sesuai bagi – انسلخ -  adalah keluar dari kulit seperti “ULAR BERSALIN KULIT.” Ia biasa digunakan pada ungkapan Bahasa Arab apabila menggambar bagaimana ular bersalin kulit. Ungkapan itu turut disebut dalam Tafsir Jalalayn:

خرج بكفره كما تخرج الحية من جلدها

Ertinya: Dia (Bal’am) keluar dengan kekufurannya (dari agamanya) seperti ULAR KELUAR (BERSALIN) DARI KULITNYA (Tafsir Jalalayn).

Ungkapan ini sangat tepat kerana ular yang bersalin kulit akan meninggalkan kulitnya yang lama. Sangat mustahil baginya kembali menggunakan kulit itu. Kulit yang sudah ditinggalkan tidak lagi berguna atau bernilai pada si ular. Orang berilmu yang tahu mana yang benar dan yang salah sepatutnya bersebati erat dengan agama sebagaimana eratnya kulit manusia melekat pada tubuhnya. Apabila agama yang menjadi kulit orang berilmu diabaikan, maka si alim sudah tiada nilai di sisi Allah.  Darjatnya jatuh seperti darjat si kacak yang jalan berbogel tanpa baju atau kulit.

Selain Bal’am, Imam Ibn Kathir turut menamakan lelaki yang dicela dalam ayat ini sebagai Ummayah bin Abi al-Salt. Dia adalah antara orang Mekah yang banyak mengetahui ilmu agama. Dia banyak menulis syair ketuhanan yang sangat bagus. Baginda SAW sendiri pun suka mendengar syairnya itu. Dalam sebuah hadith, baginda SAW bertanya kepada seorang sahabatnya yang bernama al-Syarid bin Suwayd al-Thaqafi RA:

هَلْ مَعَكَ مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِي الصَّلْتِ شَيْءٌ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ هِيهْ فَأَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ هِيهْ ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ هِيهْ حَتَّى أَنْشَدْتُهُ مِائَةَ بَيْتٍ

Ertinya: “Adakah engkau menghafaz syair karangan Umayyah bin Abi al-Salt?” Aku menjawab: “Ya!” Baginda berkata: “Silalah (baca)!” Aku segera membacanya satu rangkap, lalu baginda berkata: “Sila (bacalah lagi).” Kemudiannya aku membacanya lagi satu rangkap. Baginda berkata lagi: “Sila (bacalah lagi).” Aku pun meneruskannya sehingga mencacah 100 rangkap (Sahih Muslim).

Kagumnya baginda dengan unsur Tawhid dalam syair Umayyah mendorong baginda bersabda:

وَكَادَ أُمَيَّةُ بْنُ أَبِي الصَّلْتِ أَنْ يُسْلِمَ

Ertinya: Hampir sahaja Umayyah bin Abi al-Salt itu Islam (Sahih al-Bukhari).

Walaupun memiliki ilmu mengenai kitab terdahulu dan tahu tentang kebenaran Rasulullah SAW, Umayyah enggan beriman kerana tidak mahu tunduk kepada seorang Rasul yang bukan berasal dari kabilahnya. Bahkan dia pernah mendakwa kepada puaknya bahawa nabi itu adalah dirinya sendiri. Demi egonya ini, dia menentang Islam (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari). Sayang sekali, Ummayah sepatutnya menjadi tongkat mengukuhkan seruan Rasulullah SAW tetapi bertindak bodoh menolak kerasulan baginda SAW kerana sedikit gelaran dunia.

Pada saya, kedua watak yang disebutkan ini akan senantiasa wujud dalam sejarah manusia. Pasti ada sahaja ilmuwan jahat yang sanggup menggadai kebenaran kerana sedikit habuan dunia sama ada dalam bentuk pangkat atau harta. Manusia seperti ini sebenarnya mengalami rabun akhirat. Akibat rabun ini mereka terjatuh ke dalam jurang neraka di akhirat kelak. Mohon dijauhkan Allah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Mid Week Zumba....Yellow & Black Theme

I was the thirteenth to sign the attendance book this morning.  Then whilst warming up.....a lady approached me and introduced herself.  She is Hj Abdul Rahman's daughter-in-law, Nurul. What a nice surprise. 

Abang Jali Abang Jali.....one of the songs when we Zumba-ed. Heheehe.....

Tuesday, February 23, 2016

Monday, February 22, 2016

FENOMENA JUAL AGAMA PADA AHLI KITAB SILAM DAN UMAT ISLAM MODEN

FENOMENA JUAL AGAMA PADA AHLI KITAB SILAM DAN UMAT ISLAM MODEN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Sabtu (al-A’raf [7:169]) pada 14 Februari 2016. Antara isunya adalah celaan Allah kepada segelintir pewaris ilmu dalam kalangan Ahli Kitab dan umat Islam.

Ketika manusia yang kosong jiwanya mencari agama, muncul pula segelintir “ifrit bertubuh manusia” memperkudakan agama untuk kepentingan mereka. Fenomena “tunggang agama” bukanlah perkara baru yang hanya berlaku kepada umat Islam, tetapi sudah lama berlaku semenjak zaman nabi Musa lagi. Firman Allah:

وَقَطَّعْنَاهُمْ فِي الْأَرْضِ أُمَمًا مِنْهُمُ الصَّالِحُونَ وَمِنْهُمْ دُونَ ذَلِكَ وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (168) فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ وَرِثُوا الْكِتَابَ يَأْخُذُونَ عَرَضَ هَذَا الْأَدْنَى وَيَقُولُونَ سَيُغْفَرُ لَنَا وَإِنْ يَأْتِهِمْ عَرَضٌ مِثْلُهُ يَأْخُذُوهُ أَلَمْ يُؤْخَذْ عَلَيْهِمْ مِيثَاقُ الْكِتَابِ أَنْ لَا يَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ وَدَرَسُوا مَا فِيهِ وَالدَّارُ الْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (169)

Ertinya: Dan Kami pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di serata) dunia ini. Antara mereka ada yang soleh dan ada juga yang tidak demikian. Dan kami uji mereka dengan nikmat pemberian yang baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). Maka mereka kemudiannya digantikan oleh keturunan yang jahat yang mewarisi Kitab (Taurat). Mereka mengambil kebendaan yang hina di dunia ini sambil berkata: "AKAN DIAMPUNKAN KELAK DOSA KAMI" PADAHAL JIKA DATANG KEPADA MEREKA KEBENDAAN YANG HINA SEPERTI ITU MEREKA AKAN MENGAMBILNYA LAGI. Bukankah telah diambil perjanjian setia daripada mereka di dalam kitab Taurat bahawa mereka tidak memperkatakan terhadap Allah melainkan yang benar? Dan mereka pula telah mempelajari apa yang terkandung di dalamnya? Dan juga (mereka mengetahui bahawa) negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mahu mengerti? (al-A’raf[7:168-169]).

Agama ditunggang mereka sesuka hati. Hukum Allah diubah sesuai dengan kepentingan diri sendiri. Mereka turut menerima rasuah atas fatwa yang dikeluarkan (Tafsir Ibn Kathir). Sungguh berani mereka memperbudakkan Allah dengan tanggapan dosa mereka pasti diampunkan Allah walaupun dosa itu dilakukan berulang kali. Sikap ini bercanggah dengan maksud taubat yang memerlukan penyesalan yang benar setulus hati. Dalam ayat lain Allah menegaskan perkara yang sama:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (34)

Ertinya: Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya banyak sekali para pendita dan ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya (al-Tawbah[9:34]).

Taubat para ilmuwan yang kedok menunggang agama seperti mereka tidak akan diampunkan Allah selagi penyelewengan mereka tidak diperbaiki. Baiki bermaksud menerangkan yang benar dan mengaku yang salah. Ilmuwan yang benar taubatnya akan membuang ego demi harga sebuah taubat. Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ (159) إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَبَيَّنُوا فَأُولَئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (160

Ertinya: Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) SERTA MENERANGKAN (APA YANG MEREKA SEMBUNYIKAN); maka orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah[2:159-160]).

Kisah dari ayat di atas bukan sekadar celaan kepada umat lampau tetapi turut menjadi teguran dan peringatan kepada umat Islam.

“Air molukel ajaib 30 juzuk, jus jampian ustaz selebet-riti, kurma nabi yang sudah khatam Sahih Bukhari, air malam jumaat celupan sarang anai-anai yang makan 22 juzuk al-Quran, air lunturan tulisan ayat al-Quran pada pinggan putih dan sebagainya.”

Banyak sekali produk ajaib berasas agama yang sedang dan pernah menggemparkan Malaysia. Kalau perniagaan semakin suram, maka produk agama perlu diketengahkan kerana ia seumpama magnet yang mampu menarik minat para pembeli. Tambahan pula mentaliti sesetengah orang jahil memang sukakan produk segera dan cepat. Lagi cepat lagi bagus. “Cepat KAYAP, cepat PUTIH, cepat KURUS, cepat PANDAI, cepat BIJAK, cepat SYURGA dan cepat MATI.”

Bukanlah saya menafikan al-Quran sebagai mukjizat yang mampu menyembuhkan penyakit fizikal, tetapi teguran ini bermaksud menghalang eksploitasi al-Quran yang melampau. Al-Quran mampu memberi kesan penyembuhan fizikal, tetapi ia berkait rapat dengan keyakinan dan iman si pembacanya. Kesan penyembuhan pasti berbeza jika mahu dibandingkan antara bacaan sahabat Rasulullah SAW seperti Sa’ad bin Abi Waqqas dengan bacaan Abdullah Bukhari yang jahil. Renungkan riwayat ini:

أن رجلا مصابًا مرَّ به عبد الله بن مسعود، فقرأ في أذنه هذه الآية: { أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ * فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ } ، حتى ختم السورة فَبَرَأ، [فذكر ذلك لرسول الله صلى الله عليه وسلم] (5) ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "بماذا قرأت في أذنه؟" فأخبره، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "والذي نفسي بيده، لو أن رجلا مُوقنا قرأها على جَبَل لزال".

Ertinya: Pada suatu hari Abdullah Ibn Mas’ud bertemu dengan seorang lelaki yang ditimpa penyakit. Beliau membacakan pada telinganya ayat (al-Mu’minun[23:115-118]) dan lelaki tersebut sembuh dari sakitnya. Beliau kemudiannya menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah SAW. Baginda bertanya: Ayat apakah yang engkau bacakan pada telinganya?................................ Rasulullah SAW lalu bersabda: Demi yang jiwaku berada pada tangan (kuasa)Nya, sekiranya seorang lelaki yang yaqin (dengan mukjizat al-Quran) membacanya (walaupun) kepada bukit sekalipun, sudah pasti bukit tersebut akan hilang (hancur) (Tafsir Ibn Kathir).

Bacaan Ruqyah yang dibuat oleh seorang “soleh yang ikhlas” pastinya berbeza dengan bacaan sebuah “radio yang tidak berjiwa.” Jika pengusaha produk ajaib 30 juzuk mentahfizkan produknya dengan bacaan dari sebuah radio, adakah ia seiring dengan kisah Abdullah bin Mas’ud di atas?

Penggunaan agama seperti ini perlu segera ditangani agar keindahan Islam tidak dicemari oleh kapitalis agama yang mewarisi genetik umat lampau. Produk para ilmuwan Islam silam seperti Ibn Sina, Ibn al-Nafis, al-Khawarizmi dan sebagainya adalah “PRODUK ILMU dan BUKANNYA PRODUK JAMPI.”  Fikir dan renungkanlah bersama.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, February 21, 2016

MAMPUKAH ULAS ISI SURAH YASIN DALAM 3 MINIT?

MAMPUKAH ULAS ISI SURAH YASIN DALAM 3 MINIT?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Yasin [36:13-15]) pada 2 Februari 2016 di Masjid Ibnu Sina, Taman Tasik Titiwangsa,  Kuala Lumpur. Antara isunya adalah muhasabah kefahaman kita terhadap isi surah Yasin.

Pernah kawan saya, Tuan Fazrul Ismail iaitu Jurulatih Akademi Sinergi yang banyak menganjurkan program bagi  membantu orang awam menghayati al-Quran berkata:

"Sasaran saya tahun ini adalah meminta orang awam mengulas isi surah Yasin dalam masa 3 MINIT.  Saya percaya, sesetengah orang kita BELUM TENTU MAMPU menggunakan 3 minit itu walaupun sudah lama membaca Yasin."

Saya lantas menyampuk:

"Usahkan Yasin, bagi yang tak peduli, surah Al-Fatihah pun belum tentu lepas."

Sudah lama surah Yasin dibaca, tapi pasti ada yang kebingungan apabila nama negeri Antakiyah dibangkitkan. Apa kaitan Antakiyah dengan Yasin? Tambah kehairanan apabila disusulkan pula soalan "siapa 3 utusan Allah yang dihantar kepada penduduk Antakiyah."

Jika kebingungan dan kehairanan itu turut sama menyelubungi anda pada saat awal membaca nota ini, bermakna anda perlu melakukan “over-haul” yang menyeluruh dalam cara interaksi anda dengan al-Quran, “LEBIH-LEBIH LAGI SURAH YASIN YANG SUDAH SEKIAN LAMA DIBACA.” Jangan hanya kekal menjadi burung “kakak tua” dari muda sampai ke tua. Bacalah Tafsir surah Yasin dan kenalilah isinya kerana itulah matlamat asal al-Quran diturunkan.

Surah Yasin turun di Mekah untuk menegur orang Mekah yang degil menolak dakwah Rasulullah SAW. Kadangkala manusia degil hanya faham bahasa amaran. Oleh itu Allah membawakan kisah malang penduduk sebuah kisah negeri yang sekapal akidahnya dengan penduduk Mekah iaitu percaya Allah itu wujud tapi menyembah makhluk lain yang tak bernyawa.

Para ulama Tafsir menamakan negeri yang disebut surah Yasin sebagai ANTAKIYAH. Tiga utusan Allah itu pula diperselisihkan oleh para ulama, namun yang paling masyhur menyatakan mereka bertiga adalah wakil nabi Isa AS yang bernama Sadiq, Masduq dan Salum (Tafsir al-Tabari).  Ada pula yang menamakan mereka Yuhna, Bulus dan Syam'un (Tafsir Ibn Kathir). Nama Antakiyah juga mirip sebuah tempat di Turki yang bernama Antakya. Ia pernah menjadi tempat perkembangan agama Kristian. Yang pasti perincian nama tempat dan watak dalam kisah ini boleh dikategorikan sebagai Isra’iliyyat kategori ketiga (kisah bersumber dari periwayatan Ahli Kitab yang tak dapat dipastikan kesahihannya). Allah sengaja tidak memperincikan nama mereka kerana ia bukan matlamat asal yang mahu diutarakan:

وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلًا أَصْحَابَ الْقَرْيَةِ إِذْ جَاءَهَا الْمُرْسَلُونَ (13) إِذْ أَرْسَلْنَا إِلَيْهِمُ اثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوا إِنَّا إِلَيْكُمْ مُرْسَلُونَ (14) قَالُوا مَا أَنْتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُنَا وَمَا أَنْزَلَ الرَّحْمَنُ مِنْ شَيْءٍ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ (15) قَالُوا رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّا إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ (16) وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ (17)

Ertinya: Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang dikatakan ANTAKIYAH) iaitu ketika mereka didatangi Para Rasul (Kami), Ketika Kami mengutus kepada mereka “2 ORANG RASUL” lalu mereka mendustakannya; kemudian “KAMI KUATKAN (KEDUA RASUL ITU) DENGAN RASUL YANG KETIGA”, lalu para Rasul itu berkata: ` Sesungguhnya kami diutuskan kepada kamu '. Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang ugama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".  Para Rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Para Rasul yang diutus kepada kamu, "Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintahNya dengan cara yang jelas nyata" (Yasin [36:13-17]).

Kedegilan mereka sangat dahsyat sehingga terpaksa diutus sampai 3 utusan mengetuk minda syirik mereka. Apa pengajaran kisah ini untuk manusia moden seperti kita? Mudah sahaja, “JANGAN SEKALI-KALI KITA MENJADI DEGIL SEPERTI PENDUDUK ANTAKIYAH ATAU MEKAH.”

Sungguh pada zaman ini bukan lagi “3 ORANG WAKIL ALLAH” diutus untuk membimbing kita, tetapi sudah beribu ulama’ dalam beribu medium. Tidak cukup dengan itu, segala bagai teknologi moden memudahkan kita mengenal dan mematuhi arahan Allah.

Oleh itu, marilah kita ubah cara interaksi dengan al-Quran. Sempurnakan pakej interaksi dengan al-Quran yang merangkumi Tajwid, Tafsir, Tahfiz dan Penghayatan. Jangan hanya tertahan di "Darjah 1 Tajwid" sehingga tua tanpa naik ke Darjah seterusnya.  Sungguh malang jika sudah lama bergelar “HAFIZ YASIN” tapi gagal menghadam isinya sebagaimana yang dikehendaki Allah. Lebih malang jika tak mampu pun "WALAU 3 MINIT" mengulas apa yang Allah mahu sampaikan dalam surah ini.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday Zumba....Purple & Celoreng

(Me sitting fourth from right)

(Me with Zin Dora Dee)
(Liza.....Dora.....Liza)


Saturday, February 20, 2016

Sunday Zumba

PEMUDA YASIN MENASIHATI KAUMNYA SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI

PEMUDA YASIN MENASIHATI KAUMNYA SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Yasin [36:20-27]) pada 18 Mei 2015. Antara isunya adalah KISAH LELAKI TERPUJI dalam surah Yasin yang tidak putus menasihati kaumnya semasa hidup dan "selepas mati."

Bukan semua orang bertuah kisahnya disebut Allah dalam al-Quran. Sebutan kisah mereka pastinya tidak kosong, tetapi mengandungi mutiara berguna yang wajib diambil sebagai pedoman hidup.

Dalam surah Yasin Allah menceritakan kisah seorang lelaki yang berterusan menasihati kaumnya yang degil. Kisahnya, penduduk Antakiyah yang diutus kepada mereka 3 utusan nabi Isa (ayat 13-19) berdegil menolak seruan Tawhid dan turut mengungut untuk menyeksa para utusan tersebut. Di tengah kegawatan itu, muncul seorang lelaki yang dikatakan bernama Habib al-Najjar mempertahankan para utusan itu dengan kalamnya yang penuh hikmah:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21) وَمَا لِيَ لَا أَعْبُدُ الَّذِي فَطَرَنِي وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (22) أَأَتَّخِذُ مِنْ دُونِهِ آَلِهَةً إِنْ يُرِدْنِ الرَّحْمَنُ بِضُرٍّ لَا تُغْنِ عَنِّي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا وَلَا يُنْقِذُونِ (23) إِنِّي إِذًا لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (24) إِنِّي آَمَنْتُ بِرَبِّكُمْ فَاسْمَعُونِ (25)

Ertinya: Dan (semasa para Rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah para Rasul itu - "Turutlah orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang mandapat hidayah petunjuk". Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku. "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. "SESUNGGUHNYA AKU TELAH BERIMAN KEPADA TUHAN KAMU, MAKA DENGARLAH (NASIHATKU)", (Yasin [36:20-25]).

Di akhir kempennya, Habib al-Najjar mengisytiharkan imannya.  Pengisytiharan itu mengundang amarah kaumnya, akibatnya beliau mati dibunuh (Tafsir Ibn Kathir). Setelah dimuliakan dengan ganjaran syahid, beliau sangat berharap agar kaumnya di dunia mengetahui untung yang dicapainya berkat iman kepada Allah:

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ (26) بِمَا غَفَرَ لِي رَبِّي وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُكْرَمِينَ (27)

Ertinya: (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "ALANGKAH BAIKNYA KALAU KAUMKU MENGETAHUI - "Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang yang dimuliakan" (Yasin[36:26-27]).

Ketika mengulas ayat ini, Abdullah ibn ‘Abbas RA mengatakan “BELIAU TETAP MENASIHATI KAUMNYA KETIKA MASIH HIDUP DAN SELEPAS MATI.” (Tafsir Ibn Kathir). Namun apakan daya, hukum Allah memutuskan yang sudah mati kekal terkurung dalam alam barzakh sehingga kiamat.

Dalam bahasa Arab, perkataan ياليت (pada ayat ke 26) yang bermaksud “ALANGKAH BAIKNYA atau ADUHAI KALAULAH” adalah - أداة التمني -"LAFAZ ANGAN-ANGAN YANG MUSTAHIL DICAPAI.” Ia menjadi dalil bahawa roh orang mati TIDAK DAPAT SAMA SEKALI PULANG KE DUNIA. Tidak pada malam Jumaat, bulan Ramadhan atau sebagainya. Inilah hukum alam yang diwartakan Allah dalam surah al-Mu’minun ([23:99-100]).

Malang sekali penduduk Antakiyah kerana mereka mati disentap oleh jeritan perkasa Jibril AS (ayat 29) tanpa mengetahui “NASIHAT SELEPAS MATI” Habib al-Najjar. Alhamdulillah! Umat nabi Muhammad yang dianugerahi al-Quran sungguh sangat beruntung kerana dapat mengetahui “NASIHAT SEMASA HIDUP DAN SELEPAS MATI” Habib al-Najjar. Itu pun jika kita senantiasa membaca dan menghayati al-Quran.

Setelah mengetahui kemuliaan Habib al-Najjar yang berterusan menasihat kaumnya dalam 2 alam, alam dunia dan alam barzakh, kita sepatutnya berusaha agar dapat sama mencontohinya. Bagaimana? Dengan meninggalkan legasi berguna untuk umat Islam seperti para ulama'. Semasa hidup kita dikenal sebagai manusia contoh yang mampu diteladani, selepas mati pula legasi peninggalan dan nama soleh kita kekal harum sehingga kiamat. Insya Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, February 19, 2016

KISAH KECAKNAAN 2 LELAKI DALAM SURAH YASIN DAN AL-QASAS

KISAH KECAKNAAN 2 LELAKI DALAM SURAH YASIN DAN AL-QASAS

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Yasin [36:20-21]) pada  16 Februari 2016. Antara isunya adalah kisah persamaan Antara 2 lelaki beriman dalam surah Yasin dan surah al-Qasas.

Kedua lelaki ini pastinya insan istimewa. Apa tidaknya, bukan semua orang
bertuah disebut kisahnya dalam al-Quran. Bila ia dipahat dalam al-Quran, bermakna kisah dan sifat mereka perlu dicontohi atau dijauhi oleh semua manusia sampai akhir zaman. Sikap cakna 2 lelaki yang bakal dibincangkan ini wajib dicontohi semua.

Surah Yasin menceritakan kisah 3 orang utusan nabi Isa AS yang dihantar berdakwah kepada penduduk Antakiyah (ayat 13-17). Setelah lama berdakwah, seruan Tawhid yang mereka bawa ditolak keras, bahkan mereka turut diancam bunuh (ayat 18). Di tengah kegawatan ini dakwah mereka disokong oleh seorang lelaki Antakiyah yang digambarkan oleh ayat berikut:

وَجَاءَ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَى قَالَ يَا قَوْمِ اتَّبِعُوا الْمُرْسَلِينَ (20) اتَّبِعُوا مَنْ لَا يَسْأَلُكُمْ أَجْرًا وَهُمْ مُهْتَدُونَ (21)

Ertinya: Dan (semasa para Rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Ikutlah para Rasul itu. "Ikutlah orang yang tidak meminta kepada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang mendapat hidayah petunjuk" (Yasin [36:20-21]).

Lelaki ini datang dari hujung bandar secara berlari. Menurut para ulama Tafsir, lelaki ini bernama Habib dan profesyennya adalah tukang kayu (Tafsir Ibn Kathir). Oleh itu dia digelar sebagai Habib al-Najjar iaitu Habib si tukang kayu. Mengapa pula perlu Habib bergegas datang ke tengah Bandar membantu dakwah para utusan nabi Isa AS ini? Kelihatannya Habib risaukan keselamatan wakil nabi Isa itu yang diancam bunuh oleh kaumnya. Itulah sebabnya Habib dating bergegas menyokong dakwah mereka dengan segala logiknya. Logik Habib kepada kebenaran para utusan nabi Isa dan ketuhanan Allah dapat dilihat pada ayat (21-25). Subhanallah! Ini sikap cakna yang sangat baik untuk dicontohi. Apabila nyawa saudara Muslim lain terancam, kita perlu segera tampil menyelamatkan mereka.

Rupanya bukan sekali kisah cakna orang beriman yang dikisahkan al-Quran. Kisah seperti ini pernah berlaku kepada nabi Musa AS ketika baginda masih muda belia. Kisahnya, ketika meleraikan pergaduhan antara seorang Qibti (bangsa Fir’awn) dan lelaki Bani Isra’il, nabi Musa  AS telah menumbuk mati tanpa sengaja lelaki Qibti tersebut (surah al-Qasas [28:15-17]). Setelah kisah ini diketahui bangsa Fir’awn, arahan bunuh segera dikeluarkan dan nyawa nabi Musa AS terancam.  Di tengah kegawatan ini seorang lelaki beriman dari bangsa Fir’awn turut bergegas menemui Musa AS. Ia direkodkan al-Quran:

وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَى قَالَ يَا مُوسَى إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ (20) فَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (21)

Ertinya: Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat secara ikhlas kepadamu". Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim " (al-Qasas[28:20-21]).

Menurut para ulama Tafsir, lelaki yang memberi amaran kepada Musa AS ini adalah lelaki beriman dari bangsa Fir’awn sendiri yang sudah beriman kepada Allah secara rahsia (Tafsir al-Tabari). Beliau risaukan keselamatan Musa yang segama dengannya. Beliau tahu benar betapa Fir’awn adalah manusia kejam. Jika Musa ditangkap pasti padah bakal menimpa. Bagi Fir’awn, kematian orang lain adalah “halwa mata” baginya.

Dalam Islam, hubungan iman mengatasi hubungan darah. Ketika bertembung antara saudara sedarah yang memusuhi Islam dan saudara iman yang mencintai Islam, maka kuasa iman mengatasi segalanya. Firman Allah:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ

Ertinya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa mereka, atau anak mereka, atau saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; (al-Mujadalah [58:22]).

Persamaan yang ketara antara kedua watak ini adalah, keduanya disifatkan Allah “BERGEGAS-GEGAS ATAU BERLARI” dalam menyampaikan maksud keselamatan kepada teman seagama dengan mereka. Pengajaran bagi kita, apabila perlu menyelamatkan saudara kita dari musibah dunia dan agama, biarlah kesungguhan kita bagai berlarinya kedua lelaki beriman ini. Inilah sikap mukmin sejati. Semoga kecaknaan kita terhadap saudara seagama menjadi sebab limpahan rahmat Allah kepada kita.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...