Thursday, April 30, 2015

WARISAN DATUK NENEK DAN KUASA INI PERLU DIJAGA

WARISAN DATUK NENEK DAN KUASA INI PERLU DIJAGA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Rabu (Yunus [10:20]) pada 6 Mei 2015. Antara isunya 2 alasan yang diberi Fir’awn untuk menolak seruan nabi Musa AS. 

Musa AS ikhlas menegur kerana melihat akhlak dan akidah Fir’awn sudah terlalu kronik. Perlu segera diselamatkan, jika tidak pasti nerakalah tempatnya. Lain pula pandangan Fir’awn;  Musa sedang mengatur helah mahu merampas kuasa, melanggar tradisi dan mengubah agama warisan datuk nenek moyang. Oleh itu, dia perlu disekat walau apa sahaja caranya.  Ini masalah mata manusia yang sudah dikaburi kuasa, teguran dianggap ancaman:

قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ

Ertinya: Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) (1) UNTUK MEMESONGKAN KAMI DARI PENYEMBAHAN BERHALA YANG KAMI DAPATI DATUK NENEK KAMI MELAKUKANNYA, DAN (2) UNTUK MEMBOLEHKAN KAMU BERDUA BERLAKU SOMBONG SEWENANG-WENANG (MEMBOLOT KEKUASAAN) DI BUMI (MESIR)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua" (Yunus[10:78]).

Menarik sekali lafaz yang diguna Fir’awn dalam ayat ini iaitu - وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ - DAN UNTUK MEMBOLEHKAN KAMU BERDUA BERLAKU SOMBONG SEWENANG-WENANG (MEMBOLOT KEKUASAAN). Para raja dan pembesar sesebuah negara mudah berlaku sombong dan bertindak wewenang kerana kuasa yang mereka miliki. Dengan kuasa di tangan dalam sebuah empayar atau negara, yang haram menjadi halal, yang jahat nampak mulia dan yang rakus nampak berhemah. Jarang sekali kita berjumpa orang bawahan berkasta rendah berlaku sombong dan wewenang secara terbuka kerana mudah sekali kerakusan si miskin dipangkas. Bimbang sungguh Fir’awn, kehadiran Musa bakal meragut peluangnya sebagai “Tuhan” di bumi Mesir. 

Rupanya kebimbangan yang menjadi sebab penentangan seperti ini bukan hanya berlaku pada nabi Musa, tetapi turut menjadi lumrah perjuangan para Rasul lain. Saksikan hukum alam ini:

قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَنْ نَتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آَبَاؤُنَا أَوْ أَنْ نَفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ إِنَّكَ لَأَنْتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ

Ertinya: Mereka berkata: "Wahai Syuaib! Adakah sembahyangmu (yang banyak itu atau agamamu) menyuruhmu perintahkan kami supaya meninggalkan apa yang disembah oleh datuk nenek kami, atau supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami? Sesungguhnya engkau (wahai Syuaib) adalah orang yang penyabar, lagi bijak berakal (maka bagaimana pula engkau menyuruh kami melakukan perkara yang bertentangan dengan kebiasaan kami)?" (Hud[11:87]).

Juga jawapan pembesar kaum nabi Nuh:

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ مَا هَذَا إِلَّا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُرِيدُ أَنْ يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَأَنْزَلَ مَلَائِكَةً مَا سَمِعْنَا بِهَذَا فِي آَبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

Ertinya: Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): "Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu (al-Mu’minun[23:24]).

Rasulullah SAW pun dianggap biadab kerana berani mengubah tradisi warisan penduduk Mekah:

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آَيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالُوا مَا هَذَا إِلَّا رَجُلٌ يُرِيدُ أَنْ يَصُدَّكُمْ عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آَبَاؤُكُمْ وَقَالُوا مَا هَذَا إِلَّا إِفْكٌ مُفْتَرًى وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَهُمْ إِنْ هَذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ

Ertinya: Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu"; dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka"; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: "ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata" (Saba’[34:43]).

Kesimpulannya, walau di posisi mana pun anda berada, bukalah minda dan hati untuk menerima teguran kerana sesetengah teguran adalah ubat berguna walau pahit. Teguran sangat berguna untuk membaiki cacat kita. Umpamanya sedang kita berjalan, mata ramai tertumpu pada kita secara luar biasa. Kita pun berasa megah dan kembang dada tanpa tahu sebenarnya mata ramai jijik melihat najis yang melekat pada belakang kita. Mata kita pula tak mampu melihat kecacatan itu. Jika ada yang bermurah hati menegur tentang tempelan najis itu janganlah pula kita menganggapnya suatu ancaman yang berhasrat merampas tumpuan mata ramai kepada kita. Ya Allah! Berikan kami kekuatan mendengar dan menerima teguran.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Root Canal and Crown

Wahid was late for his appointment with Dr Lisa Alis since he had to drive all the way from Ipoh.  So I told him to proceed to her clinic whilst I would bring the documents from Dr Sharmini for Dr Lisa's attention.

Wahid's root canal treatment was successful at Dr Tan Boon Tik's endodontic clinic. So now Wahid has to have a crown installed on the treates tooth.

Thus Dr Lisa will do the 'crowning' for him.  He now has a temporary crown placed on his tooth.  In shaa Allah the permanent crown should be ready within two weeks.

NABI DAWUD DAN SULAYMAN AS LEBIH BERSYUKUR DENGAN NI'MAT ILMU BERBANDING NI'MAT LAIN

NABI DAWUD DAN SULAYMAN AS LEBIH BERSYUKUR DENGAN NI’MAT ILMU BERBANDING NI'MAT LAIN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Selasa (al-Naml [27:15]) pada 28 April 2015. Antara isunya adalah keutamaan ilmu yang mengatasi segala ni’mat lain.

Jika diberi pilihan antara dua bekas, satunya berisi “air ajaib orang alim” dan satu lagi berisi “kunci kekayaan alam” agaknya mana satu yang dipilih? Jika minum “air ajaib orang alim”, anda terus menjadi manusia paling berpengetahuan, manakala jika memegang “kunci kekayaan” anda diberi kuasa mengawal segala khazanah kekayaan alam. Saya separa yakin, pastinya kebanyakan manusia akan memilih kunci kekayaan berbanding air ilmu. Pasti ada yang berkata “BIAR JAHIL ASAL KAYA.” Lalu apakah pilihan terbaik antara keduanya? Biarlah Allah menjawabnya:

وَلَقَدْ آَتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ILMU PENGETAHUAN KEPADA NABI DAUD DAN NABI SULAIMAN; DAN MEREKA BERDUA BERSYUKUR DENGAN BERKATA: "SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH YANG DENGAN LIMPAH KURNIANYA MEMBERI KAMI KELEBIHAN MENGATASI KEBANYAKAN HAMBA-HAMBANYA YANG BERIMAN" (al-Naml[27:15]).

Ni’mat Allah kepada kedua manusia hebat ini sangat banyak. Mereka memiliki hampir segalanya, empayar yang luas, harta yang banyak, kemampuan melembutkan besi dan tembaga, kemampuan menundukkan gunung, angin, burung, jin, manusia dan sebagainya. Pun begitu dalam ayat di atas Allah MENYEBUT SECARA KHUSUS KEDUA NABI ITU DIANUGERAHKAN ILMU. Mengapa? Ini rupanya suatu signifikan bahawa NI’MAT ILMU ADALAH YANG PALING BESAR DAN UTAMA untuk disyukuri. Bahkan sejurus kurniaan ilmu, mereka berdua segera memanjatkan syukur kepada Allah sebagai tanda rendah diri. Mereka faham benar bahawa ilmu pengetahuan adalah suatu pinjaman. Allah juga berjanji, sebarang syukur bakal menambah ni’mat:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"  (Ibrahim[14:7]).

Syukur si alim bermaksud menghayati, mengamal dan memanjangkan ilmu pinjaman Allah kepada yang lain. Ilmu yang dikongsi melalui pengajaran tidak akan berkurang sebaliknya akan bertambah subur. Hanya yang mengajar mengetahui kebenaran ini.

Bagi orang alim, ni’mat dan syukur dengan kurniaan ilmu “PALING DIRASAI” apabila duduk barang seketika dengan manusia jahil. Mendengar celoteh si jahil sudah cukup membuka mata anda betapa berbezanya mentaliti, kesedaran serta tahap ilmu yang mereka miliki. Benarlah firman Allah:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Ertinya: ….Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat (al-Mujadalah [58:11]).

Baginda Rasulullah SAW juga mengesahkan orang yang dalam ilmu agamanya berada dalam anugerah kebaikan dari Allah:

مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَإِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ

Ertinya: Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan padanya, akan diberikan pengetahuan mendalam tentang agama. Ketahuilah bahawa ilmu itu diperolehi dengan pembelajaran (Sahih al-Bukhari).

Jika anda dianugerahkan minat untuk mendalami ilmu agama ucaplah “Alhamdulillah” sebagaimana sikap nabi Dawud dan Sulayman AS kerana ia adalah ni’mat terbesar. Jika anda terlalu sibuk mencari dunia sehingga lupa menyuburkan hati dengan ilmu agama, maka ucaplah “Innalillah” kerana ia adalah suatu musibah yang sangat bahaya. Musibah kejahilan adalah punca segala macam masalah di dunia ini. Mohon dijauhkan Allah.


* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Tuesday, April 28, 2015

JANJI LAMA ORANG MEKAH YANG DIMUNGKIRI

JANJI LAMA ORANG MEKAH YANG DIMUNGKIRI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Fatir [35:42]) pada 24 April 2015. Antara isunya adalah janji harapan Musyrikin Quraysh yang dimungkiri.

Rupanya orang Mekah “PERNAH BERSUMPAH AKAN MENERIMA KITAB LANGIT” lama sebelum kebangkitan Rasulullah SAW. Lidah mereka galak mencerca orang Yahudi dan Nasrani yang mendustai para Rasul (Tafsir al-Razi). Dengan penuh yakin mereka berikrar dan janji mereka itu direkodkan al-Quran:

وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَهُمْ نَذِيرٌ لَيَكُونُنَّ أَهْدَى مِنْ إِحْدَى الْأُمَمِ فَلَمَّا جَاءَهُمْ نَذِيرٌ مَا زَادَهُمْ إِلَّا نُفُورًا

Ertinya: DAN MEREKA BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR SUMPAHNYA: DEMI SESUNGGUHNYA JIKA DATANG KEPADA MEREKA SEORANG RASUL PEMBERI INGATAN DAN AMARAN, SUDAH TENTU MEREKA AKAN MENJADI ORANG-ORANG YANG LEBIH BETUL JALAN UGAMANYA DARI SEBARANG UMAT YANG LAIN. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran (Fatir [35:42]).

Dalam ayat lain perkara sama disebut:

وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (155) أَنْ تَقُولُوا إِنَّمَا أُنْزِلَ الْكِتَابُ عَلَى طَائِفَتَيْنِ مِنْ قَبْلِنَا وَإِنْ كُنَّا عَنْ دِرَاسَتِهِمْ لَغَافِلِينَ (156) أَوْ تَقُولُوا لَوْ أَنَّا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْكِتَابُ لَكُنَّا أَهْدَى مِنْهُمْ

Ertinya: Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat. Supaya kamu tidak mengatakan: "BAHAWA KITAB (UGAMA) ITU HANYA DITURUNKAN KEPADA DUA GOLONGAN (YAHUDI DAN NASRANI) DAHULU SEBELUM KAMI, DAN SESUNGGUHNYA KAMI LALAI (TIDAK FAHAM) AKAN APA YANG DIBACA DAN DIPELAJARI OLEH MEREKA". ATAU SUPAYA KAMU (TIDAK) MENGATAKAN: "SESUNGGUHNYA KALAU DITURUNKAN KITAB KEPADA KAMI TENTULAH KAMI MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAH LEBIH DARIPADA MEREKA" …. (al-An’am[6:155-157]).

Juga firman Allah:

وَإِنْ كَانُوا لَيَقُولُونَ (167) لَوْ أَنَّ عِنْدَنَا ذِكْرًا مِنَ الْأَوَّلِينَ (168) لَكُنَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ (169) فَكَفَرُوا بِهِ فَسَوْفَ يَعْلَمُونَ (170)

Ertinya: Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:  "Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu. "Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"  (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya) (al-Saffat [37:167-170]).
 
Adat manusia, sebelum dapat sesuatu janjinya melangit. Sanggup sahaja menempuh lautan api atau mendaki gunung yang tinggi demi mendakap hajat yang belum dicapai. Apabila ni’mat sudah berdiri di depan mata, ditolak pula mentah-mentah bimbangkan hilangnya kepentingan.

Mungkir ikrar dan abai janji tidak hanya berlaku pada si kafir, tetapi turut berlaku pada orang munafiq:

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آَتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ (75) فَلَمَّا آَتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (76) فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (77)

Ertinya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "SESUNGGUHNYA JIKA ALLAH MEMBERI KEPADA KAMI DARI LIMPAH KURNIANYA, TENTULAH KAMI AKAN BERSEDEKAH, DAN TENTULAH KAMI AKAN MENJADI DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH." KEMUDIAN SETELAH ALLAH MEMBERI KEPADA MEREKA DARI LIMPAH KURNIANYA, MEREKA BAKHIL DENGAN PEMBERIAN ALLAH ITU, SERTA MEREKA MEMBELAKANGKAN JANJINYA; DAN SEMEMANGNYA MEREKA ORANG-ORANG YANG SENTIASA MEMBELAKANGKAN (KEBAJIKAN). Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta (al-Tawbah [9:75-77]).

Walaupun semua ayat di atas turunnya menyebut perihal manusia lupa daratan pada zaman nabi, janganlah pula kita goyang kaki sambil mengunyah kuaci seraya berkata: “ Waduh! Dahsyat sekali kebiadaban umat silam terhadap nabi mereka.” Sebaliknya tenung dan cerminlah diri kita sendiri agar tidak terpalit dengan kedegilan memungkiri janji dengan Allah seperti mereka. Jika kita mengamalkan interaksi sebegini dengan al-Quran barulah al-Quran dapat hidup dalam diri kita dan menjadi ubat rohani yang berkesan. Insya Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Monday, April 27, 2015

TIADA YANG HIDUP DI BUMI JIKA ALLAH TERUS MENGHUKUM JENAYAH MANUSIA

TIADA YANG HIDUP DI BUMI JIKA ALLAH TERUS MENGHUKUM JENAYAH MANUSIA

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Fatir [35:42]) pada 24 April 2015. Antara isunya adalah bukti keluasan rahmat Allah apabila tidak segera menghukum manusia atas kedegilan mereka.

Jika binatang, pokok, bukit bukau dan segala macam makhluk di bumi ini boleh berbicara sudah pasti mereka akan beristighfar panjang setiap kali manusia melakukan kejahatan atau mempamerkan kerakusan mereka. Apa tidaknya tempias kejahatan manusia selalu sahaja terpencar kepada mereka. Berapa banyak haiwan, pokok kayu dan bukit bukau menjadi mangsa apabila manusia menunjukkan bakat “syaitan” dalam diri mereka. Jika “kelab penyokong Iblis” dibuka keahliannya, sudah pasti manusia seperti ini terus terpilih menjadi ahli majlis tertinggi atau presidennya.

Bukan setakat rakus, sesetengah manusia juga sangat biadab. Sanggup mereka memperleceh serta mempersenda Allah dengan berdoa agar segera dihujani azab oleh Allah:

وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (32) وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (33)

Ertinya: Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: "Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya". Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, SEDANG ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) ADA DI ANTARA MEREKA; DAN ALLAH TIDAK AKAN MENYEKSA MEREKA SEDANG MEREKA BERISTIGHFAR (MEMINTA AMPUN) (al-Anfal [8:32-33]).

Mereka yang dimaksudkan ayat ini adalah beberapa tokoh Musyrikin Mekah. Pun begitu, mereka masih beruntung kerana doa biadab mereka terhalang dek wujudnya Rasulullah SAW di Mekah dan konsistennya para sahabat beristighfar kepada Allah. 2 faktor inilah yang sebenarnya menyelamatkan mereka dari hujanan azab Allah dari langit.

Walau manusia rakus, zalim dan jahat, Allah sangat luas RahmatNya. Allah tidak segera menghukum manusia sebaliknya memberikan mereka peluang berubah. FirmanNya:

وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَى ظَهْرِهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Ertinya: Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya (Fatir [35:45]).

Keluasan rahmatNya diulang sebut dalam ayat lain:

وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ لَوْ يُؤَاخِذُهُمْ بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ بَلْ لَهُمْ مَوْعِدٌ لَنْ يَجِدُوا مِنْ دُونِهِ مَوْئِلًا

Ertinya: Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya (al-Kahfi[18:58]).

Apabila melihat ayat di atas, saya sukar untuk percaya teori sesetengah “filem dan majalah mistik Melayu” yang seakan meletakkan sifir bahawa hukuman dapat dilihat kepada pesalahnya sejurus nyawa tercabut dari badan. Ada yang didakwa bertukar menjadi babi, mayatnya segera menjadi busuk bergerutu dihurung ulat dan sebagainya. Memang perkara ini boleh berlaku dengan izin Allah, namun menggambarkannya sebagai suatu kelaziman dengan nisbah yang besar sangat tidak tepat.

Jika cerita mistik mayat bertukar rupa itu direka untuk mengejar “rating penonton dan pembaca atau menginsafkan manusia”, ketahuilah bahawa sejarah penciptaan hadith palsu perosak agama juga berpunca dari niat yang sama. Agama adalah hak mutlak Allah dan jangan cuba terlebih pandai dari Allah menokok tambah agamaNya.

Sepatutnya manusia bersyukur di atas keluasan Rahmat Allah dalam bentuk penangguhan hukuman seperti yang dijanjikanNya. Jadikan ia suatu motivasi dan harapan untuk kembali kepada Allah apabila tersalah langkah.  Berikan harapan kerana harapan yang menghidupkan jiwa dan hati yang berdosa:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (al-Zumar [39:53]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Sunday, April 26, 2015

View from Room 1013

City view at night....Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu.

View from Room 1012

City view from our room at Grand Blue Wave Hotel Johor Bharu

JIKA ROH BOLEH PULANG - ALLAH JUGA BERKUASA MELANTIK SAYA SEBAGAI NABI

JIKA ROH BOLEH PULANG - ALLAH JUGA BERKUASA MELANTIK SAYA SEBAGAI NABI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Letih nak menjawab, namun apakan daya orang awam yang dahagakan ilmu akan senantiasa bertanya kerana ia adalah “ubat kejahilan” sebagaimana sabda Baginda:

فَإِنَّمَا شِفَاءُ الْعِيِّ السُّؤَالُ

Ertinya: Sesungguhnya ubat kepada kejahilan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit) (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Selesai kelas Tafsir pagi ini (25 April 2015) seorang pelajar minta saya jelaskan perihal ROH MANUSIA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA DIBEBASKAN PADA BULAN RAMADHAN. Ramai sekali yang menyebarkan mesej mengenainya melalui media sosial.

Roh adalah rahsia Allah yang tergolong dalam urusan ghaib. Pengetahuan kita mengenainya pun sangat sedikit, jadi usahlah terlebih bijak dari Allah:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "ROH ITU DARI PERKARA URUSAN TUHANKU; DAN KAMU TIDAK DIBERIKAN ILMU PENGETAHUAN MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA" (al-Isra’ [17:85]).

Sebarang bicara mengenai yang ghaib WAJIB BERSANDARKAN sumber wahyu seperti al-Quran dan Hadith yang Sahih. Tidak cukup sekadar berkata “IA ADA DISEBUT DALAM KITAB” atau sebagaimana dinaqal dari “KITAB SUCI AL-WHAT’S APP” atau sebagaimana “DIRIWAYATKAN IMAM AL-FACEBOOK.” Fahamilah disiplin ilmu Islam melalui Firman Allah ini:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Ertinya: Katakanlah lagi: “TIADA SESIAPAPUN DI LANGIT DAN DI BUMI YANG MENGETAHUI PERKARA YANG GHAIB MELAINKAN ALLAH!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).

Teguhkan iman anda kepada perkara ghaib melalui perkhabaran al-Quran. Lalu apa kata al-Quran mengenai perjalanan roh manusia? ROH TERKURUNG DI ALAM BARZAKH SEHINGGA KIAMAT DAN TIDAK AKAN BALIK SEMULA KE DUNIA, TIDAK UNTUK BALIK MENGUTIP “PAHALA-SISWA” BULAN RAMADHAN ATAU MALAM JUMAAT, TIDAK JUGA UNTUK PULANG MENJADI HANTU MEMBALAS DENDAM. Firman Allah:

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (99) لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (100)

Ertinya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, dia berkatalah: "WAHAI TUHANKU, KEMBALIKANLAH DAKU (HIDUP SEMULA DI DUNIA) - "SUPAYA AKU MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DALAM PERKARA-PERKARA YANG TELAH AKU TINGGALKAN". TIDAK! MASAKAN DAPAT? SESUNGGUHNYA PERKATAANNYA ITU HANYALAH KATA-KATA YANG DIA SAHAJA UCAPKAN, SEDANG DI HADAPAN MEREKA ADA ALAM BARZAKH (DINDING PEMISAH YANG MEREKA TINGGAL TETAP PADANYA) HINGGA HARI MEREKA DIBANGKITKAN SEMULA (PADA HARI KIAMAT)” (al-Mu’minun [23:99-100]).

Barzakh dalam takrifnya adalah “DINDING PEMISAH YANG MENGHALANG ROH DARI KEMBALI KE DUNIA (Tafsir al-Jalayn).”

Jika dikata yang bebas adalah roh yang beriman, andaian itu tetap perlu hujah yang kukuh seteguh gunung. Tambahan pula ni’mat alam kubur yang dirasai orang beriman jauh lebih hebat dari ni’mat duniawi. Jadi apa perlunya mereka pulang ke dunia mencari yang biasa serta meninggalkan yang istimewa? Jika dikata pulang mereka adalah untuk mengutip pahala sedekah anak cucu, maka jawabnya penyaluran pahala boleh sahaja dialirkan terus ke alam barzakh tanpa perlunya mereka balik. 

Jika dikata ada hadith Sahih dalam “SAHIH MUSLIM” menyebut orang yang sudah mati masih boleh mendengar sebagaimana bicara nabi SAW kepada bangkai Kafir Quraysh yang terbunuh selepas perang Badar, maka fahamilah hadith itu dengan betul. Rasulullah SAW menyatakan mereka “MAMPU MENDENGAR DAN BUKANNYA MAMPU BALIK.”  Ini nas hadithnya:

فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَسْمَعُوا وَأَنَّى يُجِيبُوا وَقَدْ جَيَّفُوا قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ وَلَكِنَّهُمْ لَا يَقْدِرُونَ أَنْ يُجِيبُوا

Ertinya: (‘Umar) bertanya: Wahai Rasulullah mana mungkin mereka mendengar dan nak menjawab sedangkan mereka sudah busuk menjadi bangkai. Baginda menjawab: Demi yang jiwaku berada pada Tangan (KuasaNya), kamu semua tidak lebih mendengar pun terhadap apa yang aku sebut berbanding mereka. Cuma bezanya mereka TIDAK MAMPU MENJAWAB (Sahih Muslim).

Jika dikata ada “sebuah hadith dalam sebuah kitab” menyebut mengenai kepulangan roh pada bulan Ramadhan, maka jawabnya autoriti hadith masih rendah berbanding ayat al-Mu’minun di atas. Tambahan pula yang mendakwa “ADA HADITH” perlu menyatakan sumber dan status kekuatan hadith tersebut. Barang perlu diingat hadith yang lemah “TIDAK BOLEH MENJADI HUJAH” apatah lagi untuk menyanggah nas al-Quran.

Pun begitu, walau berjela diberikan hujah NAQLI (WAHYU) dan AQLI (LOGIK) menafikan kepercayaan karut ini, orang jahil awam yang TIADA DISIPLIN ILMU ISLAM akan menyanggah dengan ayat “SERIBU GUNA” mereka iaitu: “IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MEMBEBASKAN ROH YANG BERIMAN PADA BULAN RAMADHAN ATAU MALAM JUMAAT.”

Jika begitu logik mereka, maka ini jawapannya:

“Malam tadi saya didatangi Jibril AS. Jibril memeluk saya erat sambil mengajarkan saya surah al-‘Alaq. Sejurus selepas itu saya DILANTIK SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW. Jadi, anda semua perlu beriman kepada kerasulan saya. Jika ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan saya sebagai Rasul, maka ini hujah “SERIBU GUNA” saya: “IA TIDAK MUSTAHIL PADA KEKUASAAN ALLAH KERANA ALLAH ITU MAHA BERKUASA. BOLEH SAHAJA ALLAH DENGAN KUASANYA YANG TIDAK TERBATAS MELANTIK SAYA SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN SELEPAS NABI MUHAMMAD.”

Inilah antara contoh “DISIPLIN CACA MARBA” dalam agama yang digunapakai oleh sesetengah orang jahil. Lalu bagaimana kita hendak menjawab penyokong parti caca marba ini? Jawabnya mudah sahaja, Allah MEMANG MAHA BERKUASA UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA, TETAPI PERLU DIPAHAT KEMAS DALAM HATI BAHAWA ALLAH JUGA SUDAH MELETAKKAN SUNNATULLAH ATAU UNDANG-UNDANGNYA YANG TIDAK AKAN DIUBAH. ANTARA SUNNATULLAH YANG TIDAK AKAN DIUBAHNYA; NABI MUHAMMAD ADALAH NABI DAN RASUL TERAKHIR. JUGA ROH ORANG YANG SUDAH MATI TIDAK BOLEH PULANG SAMA SEKALI KE DUNIA UNTUK APA SAHAJA TUJUAN.

Perihal ketetapan Sunnatullah diulang sebut berkali-kali dalam al-Quran, antaranya:

سُنَّةَ اللَّهِ فِي الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلُ وَلَنْ تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّهِ تَبْدِيلًا

Ertinya: Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu (al-Ahzab [33:62]).

Sebarang dakwaan menyanggah hukum dan undang-undang Allah ini wajib ditolak. Jika tidak, agama suci ini akan jadi “agama secukup rasa.” Seperti lagak tukang masak, Jika mahu lebih pedas tambahlah cilinya. Jika mahu lebih masin, tambahlah garamnya. Jika mahu lebih manis, tambahlah gulanya. Agama ini bukannya menu boleh ubah seperti menu masakan. Ia adalah HAK ALLAH yang wajib dipatuhi tanpa tokok tambah. Berhati-hatilah dalam menyebarkan sebarang “HADITH RIWAYAT IMAM AL-WHAT’S APP ATAU IMAM AL-FACEBOOK” kerana agama ini ada paksinya yang pasak kemas oleh Allah dan Rasul. Janganlah dirosakkan paksi itu, kelak kita akan merana kesesatan di dunia dan kesakitan di akhirat.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Saturday, April 25, 2015

Dinner Ikan Bakar

We were all exhausted when we returned to the hotel.  It was 3pm when we reached the hotel.  After solat jamaq and qasar (Zuhur/Asar) we all took a nap.  It was raining heavily outdoors.

When hubby woke up he called all his brothers to have dinner at 8.30pm at the seafood restaurant suggested by Suhaimy.  The restaurant was beside the Straits View Hotel.  From the restaurant we could see the McD restaurant at the end of the road.

The restaurant served delicious ikan bakar.  My favourite was their buttered prawns. Awesome..... 

In fact whilst waiting for their ikan bakar and other seafood dishes, my brother-in-law Hj Mohd Noh aka bang gudang ordered otak-otak and mertabak Singapura.  Yum yum yummmmmy.......

I thouroughly enjoyed myself having fun with my biras.  They were all so sporting..... Kak Peah was hilarious so was kak Pah.  We were all laughing and teasing each other....nephew and nieces included.  Our hubbies were curious why we were laughing our heads off.  Hahahaaaahaaa....

Kak Pah, kak Peah and Kak Ani....I love you....big hugs and lotsa kisses from me.

Ayeshah and Aminuddin Wedding Reception

After breakfast at the hotel, we all got ready for our journey to Kota Tinggi.  We left the hotel at 11.30am and with Badruzzaman driving his car with the bride and groom, we followed them.  There were seven cars all together.

Since traffic was smooth, we reached Taman Sri Saujana at 11.55am. So we waited at the Petronas petrol station for the signal to proceed to the community hall.

Then when our nephew, Idzqandar Abu Bakar, joined us at the petrol station, I approached him and enquired whether the bride and groom could ride in his brand new Mercedes.  Idzqandar was very obliging.  He agreed with open arms. Then he drove the happy couple to the community hall with us following the bridal car.

When we reached the hall we were welcomed by the groom's family.  It was a joyous occasion for us all.

The following pictures said it all...
Thank you for the pictures, Suhaimy Mohd Noh, Mohd Faizul Iwan Razali and Azuana Ramli. 

FENOMENA "SHOPPING FATWA" DI KALANGAN ORANG YAHUDI

FENOMENA “SHOPPING FATWA” DI KALANGAN ORANG YAHUDI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Khamis (al-Ma’idah [5:41]) pada 23 April 2015. Antara isunya adalah celaan Allah kepada Yahudi sezaman Rasulullah SAW yang biadab menukar isi kandungan Tawrat dan memilih fatwa yang mereka sukai sahaja.

“Setelah sekian lama mencari fatwa, akhirnya saya bertemu fatwa yang menghalalkan produk yang saya jual. Ia difatwakan halal oleh satu-satunya tokoh agama yang saya temui. Beliau mengatakan produk ini halal demi ekonomi ummah. BELIAU PUN BUKAN CALANG-CALANG ORANGNYA, PAKAR DALAM “TASAWUF.” Kebanyakan ustaz bidang fiqh yang saya temui tegas melabel produk saya ini “tak lulus syariah.”

Sedar atau tidak itulah sikap sesetengah Muslim yang memaksa nas tunduk kepada kehendaknya dan bukannya dia tunduk kepada nas. Seakan agama adalah tunggangannya. Tambah parah apabila bukan ahli memberi hukum dalam perkara yang bukan bidangnya. Sudahnya tunggang langganglah agama.

Fenomena “shopping fatwa” rupanya pernah muncul pada zaman Rasulullah SAW. Ia dipelopori oleh orang Yahudi Madinah dalam mencari hukuman hudud bagi jenayah zina. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آَمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آَخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَذَا فَخُذُوهُ وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا……

Ertinya: Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. MEREKA BERKATA: "JIKA DISAMPAIKAN KEPADA KAMU HUKUM SEPERTI INI MAKA TERIMALAH DIA, DAN JIKA TIDAK DISAMPAIKANNYA KEPADA KAMU, MAKA JAGALAH DIRI BAIK-BAIK"…..(al-Ma’idah [5:41]).

Kisahnya pada suatu hari Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Yahudi yang disapu hitam mukanya dan disebat kerana kesalahan zina. Baginda meminta pensaksian seorang pendeta Yahudi bahawa hukuman sebenar jenayah zina dalam kitab Tawrat adalah “REJAM” dan bukan menconteng arang ke muka atau sebat. Si pendeta Yahudi mengakuinya dan berkata para ulama mereka memang mengubah hukum asal Tawrat demi kepentingan duniawi (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).

Selain itu, para ulama Yahudi siap berpesan kepada orang awam Yahudi agar selektif dalam fatwa yang diberikan oleh Rasulullah dengan pesan mereka:

ائْتُوا مُحَمَّدًا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنْ أَمَرَكُمْ بِالتَّحْمِيمِ وَالْجَلْدِ فَخُذُوهُ وَإِنْ أَفْتَاكُمْ بِالرَّجْمِ فَاحْذَرُوا

Ertinya: "Pergilah bertemu Muhammad SAW, jika beliau memutuskan agar menghitamkan tubuh pesalah dan sebatan, terimalah! Tetapi jika dia berfatwa kepadamu dengan hukuman rejam, waspadalah!" (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud).

Inilah adalah sikap biadab yang wajib dielak sejauh mungkin, sejauh Timur dan Barat. Orang beriman sejati akan menelan segala arahan Allah. Putih kata Allah, maka putihlah katanya. Ini ditegaskan oleh sebuah ayat:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

Ertinya: DAN TIDAKLAH HARUS BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, LELAKI DAN PEREMPUAN - APABILA ALLAH DAN RASULNYA MENETAPKAN KEPUTUSAN MENGENAI SESUATU PERKARA - (TIDAKLAH HARUS MEREKA) MEMPUNYAI HAK MEMILIH KETETAPAN SENDIRI MENGENAI URUSAN MEREKA. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata (al-Ahzab [33:36]).

Walaupun celaan surah al-Ma’idah di atas turun khusus mencela Yahudi sezaman dengan Rasulullah, prinsip yang sama turut terpakai pada umat Islam kerana ayat al-Quran senantiasa hidup sepanjang zaman. Jika hati kita masih ada “rasa” mahu mencari yang “KELABU ATAU PUTIH DI SEBALIK HITAMNYA KEPUTUSAN ALLAH DAN RASULULLAH SAW” maka ia satu petanda bahawa iman kita perlu segera dirawat. Tidak lain kerana hati kita sudah dijangkiti kuman “gila dunia” seperti apa yang menimpa orang Yahudi.  Mohon dijauhkan Allah!

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Friday, April 24, 2015

Me and Hubby

JPO Revisited.....

We left Kajang at 9.30am and took the PLUS highway from Bangi Toll Plaza.  Traffic was smooth all the way until we stopped at R n R Machap for brunch.  It was already 10.45am. Badruzzaman and Wahiduzzaman were already waiting for us there.  Badruzzaman drove his car with Wahid for company whilst hubby, Khairulzaman, Sofiyah and I were in hubby's car.  Khairul was our driver.

We arrived at Grand Blue Wave Hotel at 1.30pm. Our rooms were ready when we checked in.  Initially we booked ten rooms, four Queen size bedrooms and six rooms with connecting doors.  Then when my brother-in-law Shaharuddin could only stay for one night, we had to reorganise the rooms. So, one room was upgraded to an Executive suite (1404 sea view) which we gave to my elder brother-in-law Haji Abu Bakar aka bro Burn. Then from two rooms for me and children, we got an additional standard room.  Our rooms were 1011, 1012 and 1013 (city view), Alhamdullilah.

When we finally went to our rooms, we solat jamaq and qasar zuhur/asar.  Badruzzaman was the imam.  After solat we sat down and discussed where to spend the rest of the afternoon before our guests arrived.  Of course, everyone suggested that we revisit JPO, especially yours truly.....hehehe....

All of us got into hubby's car....six of us. Well...my children are all skinny...me included, so we could all fit in the rear seat, Alhamdullilah.

During the journey it rained heavily. But as soon as we reached JPO it was drizzling so Badruzzaman dropped us at the south entrance whilst he parked the car.

So...whilst hubby and I rested on the bench infront of Coach boutique, the children did their shopping. 

When we returned to the hotel, my brother-in-law Hj Mohd Noh and his family had already checked into the hotel.  They were about to go visiting their relatives in JB. Bro Burn too had just arrived with Kak Pah.  So I took them to their room on the fourteenth floor.

After solat maghrib and eshaq with hubby we had dinner with bro Burn and Kak Pah at the hotel's coffee house.  Then we all went to bro Burn's room where he showed us his photo albums during his expedition to Sulawesi.

It was almost 1am when I excused myself and returned to our room.  I was sound asleep when my head touched the soft pillow...😴😴😴

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...