KEPIMPINAN AGAMA DIPEROLEHI DENGAN SABAR DAN YAQIN
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Rutin pagi Sabtu dan Ahad saya di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B adalah mengimamkan solat subuh. Saya membaca 1 muka surat untuk 2 rakaat bermula dari juzuk 21. Selesai solat saya akan ulas secara ringkas (10-15 minit sambil duduk di tikar solat) isi ayat yang dibaca.
Tazkirah subuh pendek pagi ini (14 Mac 2015) mengulas ayat surah al-Sajdah. Antara ayat yang menarik perhatian adalah:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka (Bani Isra'il) beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami (al-Sajdah [32:24]).
Ketika menghuraikan ayat tersebut, Imam Ibn Kathir menyebut:
قال بعض العلماء بالصبر واليقين تنال الإمامة في الدين
Berkata sebahagian ulama: Dengan KESABARAN dan KEYAKINAN (seseorang ulama) akan mencapai KEPIMPINAN DALAM AGAMA (Tafsir Ibn Kathir).
Sosok seperti Imam al-Syafie, 'Izz al-Din Abdul Salam, Syeikh al-Qaradawi, Hamka, TG Nik Aziz dihormati dengan title ULAMA UMMAH dan mencapai KEPIMPINAN dalam agama kerana mereka memiliki 2 ciri tersebut...SABAR MENDALAMI AGAMA, MENYEBARKANNYA DAN YAQIN SEPENUHNYA DENGAN KEBENARAN ISLAM.
No comments:
Post a Comment