Tuesday, March 3, 2015

JIHAD PERANG MENURUT AL-QURAN

JIHAD PERANG MENURUT AL-QURAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Kuliah Bulanan Tadabbur al-Quran di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Tarikh & Waktu: 5 MAC 2015 selepas Solat Maghrib.

Antara isi yang bakal dikupas:

1) Pengertian umum Jihad.

2) 4 Jenis Jihad (Jihad melawan nafsu, syaitan, kafir & munafiq).

3) Jihad bukan hanya "PERANG":

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah) (al-Tawbah[9:122]).

BEBERAPA PRINSIP JIHAD PERANG MENURUT AL-QURAN

- Islam mengutamakan kedamaian:

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-Anfal[8:61]).

- Islam tidak gila perang. Sabda Rasulullah SAW:

أَيُّهَا النَّاسُ لَا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ وَسَلُوا اللَّهَ الْعَافِيَةَ فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ ظِلَالِ السُّيُوفِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الْأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Wahai sekelian manusia! Jangan sekali-kali kamu mengharap agar bertembung dengan pihak musuh, sebaliknya mohonlah kepada Allah keselamatan. Apabila kamu bertembung dengan mereka (musuh), maka bersabarlah dan ketahuilah bahawa syurga itu berada di bawah bayangan pedang (Sahih al-Bukhari & Muslim).

- Allah mewajibkan 1/3 bulan setahun agar manusia hidup dalam aman damai. 4 bulan Haram.

- Siapakah musuh atau kafir yang diperangi:

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (9)

Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (al-Mumtahanah[60:9]).

4) Beberapa matlamat jihad perang dalam Islam (menentang penindasan, mengajar pengkhianat perjanjian, menjaga keamanan dalam negara dari ancaman dalaman).

5) Cara Islam memimpin kesempurnaan Jihad Perang.

Insya Allah, jumpa di sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...