Wednesday, December 18, 2013

ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENJAGA!



Pagi ni ke Hsptl Selayang ambil darah jam 8am. Kemudian ke UIA melalui jalan Kuching. 2 Line kanan agak sibuk dgn kenderaan, manakala line kiri agak kosong. Saya ambil line tengah...tiba2 TERASA SATU HENTAMAN YANG SANGAT KUAT PADA SIKU KIRI...ADUH!! ALLAHU AKBAR! Alhamdulillah motor saya tidak jatuh.

Sejurus itu juga nampak sebuah Myvi Biru meluncur laju ke depan. Side mirrornya PATAH! Melihat pd kelajuannya, pemandu Myvi tu bawa paling kurang pun 100km sejam...saya berhenti ke tepi, terasa lagi siku kiri sakit...tiada tanda patah, mungkin lebam..

Terfikir sendiri, kalaulah saya tidak amalkan doa & zikir yg Rasulullah SAW ajar setiap pagi, pasti hentaman itu BAKAL mencederakan saya dgn lbh teruk. Berkat doa2 tersebut hanya siku kiri yg terkena. Tambahan pula semasa dihentam Myvi Biri tadi, saya sedang membaca surah al-Ma'idah...alhamdulillah, tapi lebam dah mula kelihatan..Semoga ia kaffarah dosa!

وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يَمسَسكَ بِخَيرٍ فَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-An'am[6:17]).

Juga firmanNya:

وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدكَ بِخَيرٍ فَلا رادَّ لِفَضلِهِ ۚ يُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ ۚ وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Yunus[10:107]).

HANYA ALLAH SEBAIK2 PENJAGA!

Quran?

قالَ هَل ءامَنُكُم عَلَيهِ إِلّا كَما أَمِنتُكُم عَلىٰ أَخيهِ مِن قَبلُ ۖ فَاللَّهُ خَيرٌ حٰفِظًا ۖ وَهُوَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ

Bapa mereka (Nabi Ya'qub) berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan" (Yusuf[12:64])

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...